Mak! Saya Mahu Kahwin

6.12.2010
Entri ini bukanlah luahan hati tetapi hanya sekadar menyatakan suatu pandangan, mungkin akan membuka minda dan mungkin juga akan ada yang membangkang. Terpulang.

Gejala sosial yang melanda negara kita berada pada tahap kritikal dan membimbangkan terutamanya yang melibatkan golongan muda remaja. Baru-baru ini dikejutkan dengan berita 16 pelajar di Terengganu 'berjaya' melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka. Kes buang bayi, zina, bersekedudukan mahram,  seolah telah menjadi berita panas sebagai pelaris akhbar setiap hari.

Mak! Saya Mahu Kahwin

Luahan si anak yang menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada ibubapanya namun disusuli dengan sanggahan yang berbunyi "Jangan nak menggatal, muda-muda lagi dah fikir nak kahwin. Belajar pun tak habis-habis lagi, sudah nak fikir pasal nak kahwin". Biasa dengar kan? Angguk sajalah.

Hasrat si anak yang mahu berkahwin pada usia yang muda adalah merupakan satu niat dan hasrat yang baik serta positif tetapi kebanyakan (bukan semua) ibubapa sekarang memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif malah hasrat anak-anak yang mahu mendirikan rumahtangga pada usia muda cuba disekat dan dihalang. Berdasarkan situasi dan kondisi semasa, kahwin muda sepatutnya digalakkan malah ibubapa sepatutnya yang bertanya kepada anak-anak bila mahu mendirikan rumahtangga, bukannya menghalang anak yang mahu berkahwin.

Situasi kini yang boleh dilihat, ramai mana remaja lelaki yang membawa perempuan ke hulu ke hilir tanpa ada talian perhubungan yang sah. Sungguh pelik dan hairan melihat ibubapa yang hanya membiarkan anak gadis mereka diusung ke sana ke mari oleh lelaki. Kebejatan akhlak yang kian meruncing cukup dengan melihat pendedahan aurat berlaku di mana-mana. Remaja perempuan tanpa segan silu menayangkan 'pusat-pusat' mereka di pusat membeli belah, aksi peluk cium di sana sini, tidak kurang juga yang berpakaian mengalahkan artis-artis barat sehingga menampakkan bahagian sulit. Ini realiti. Lelaki mana yang sanggup melihat sahaja dengan membeliakkan biji mata masing-masing. Mengikut satu kajian, 70 peratus ransangan lelaki adalah melalui pandangan. Itu belum lagi sebut tentang aksi-aksi pelakon di kaca TV dan aktiviti men'download' bahan-bahan lucah daripada internet dengan hanya sekali 'klik'. Kita semua sudah maklum. Bagi membendung nafsu muda yang menggila dan menjaga kawalan pandangan mata, amat wajar sekali jika anak-anak yang punya kesedaran mahu memilih jalan yang dihalalkan oleh Islam dengan menyatakan hasrat "Mak! Saya mahu berkahwin".

Ibubapa Menanggung Saham Dosa

Kes zina yang berleluasa dan kes buang bayi cukup mengajar umat kini bahawa Islam telah mengatur jalan terbaik bagi membendung masalah ini iaitu melalui perkahwinan. Terlalu kejam jika ibubapa membiarkan anak-anak 'terseksa fizikal dan mental' akibat dihalang untuk berkahwin malah ada ibubapa yang seratus peratus menyalah anak-anak jika mereka terlibat dengan kes zina dan buang bayi. Ibubapa turut menanggung saham dosa jika anak-anak mereka terjebak dalam kes zina jika hasrat mereka yang sebelum ini mahu berkahwin dihalang. Setelah terlanjur sebelum kahwin, perut si gadis membunting manakala si lelaki yang mungkin keturunan spesis tupai (selepas tebuk lari) ketakutan dan melarikan diri kerana tidak mahu bertanggungjawab. Jika si anak berhasrat memilih jalan halal melalui perkahwinan dihalang, mengapa si anak sahaja yang disalahkan akibat memilih jalan haram melampiaskan nafsu mereka? Pasti ada yang bertanya, bila sudah kahwin nanti nak makan apa? Nak bagi makan apa kat anak orang? Ini adalah soalan -soalan biasa dan bukan topik perbincangan utama. Yang utama adalah mahu si anak memilih jalan halal atau mahu si anak tersalah pilih jalan haram dan berdosa.

Memilih Jalan Halal

Ibubapa sewajarnya menyokong hasrat si anak yang memilih jalan halal iaitu perkahwinan, bukannya menyekat dan menghalang. Bukankah Islam menyuruh kita supaya bersegera untuk melakukan kebaikan (fastabiqul khairat). Situasi sekarang bukan seperti 30 tahun lalu. Keadaan kini memerlukan jiwa yang benar-benar kuat bagi mengharungi liku-liku hidup yang penuh ranjau berduri, penuh dugaan dan cabaran. Jika dahulu aktiviti mengendap anak-anak dara mandi menjadi kegilaan pemuda, kini tidak perlu susah-susah mengendap, hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan meng'klik' bagi mereka yang memiliki capaian internet. Siapa yang terpalit malu jika si anak ditangkap basah? Siapa yang susah jika perut anak gadis mengandungkan anak hasil daripada zina? Siapa yang dikata tidak tahu mendidik anak jika si anak terlibat dalam kes buang bayi? Pastinya ibupada. Sudah pasti tidak ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka terjebak dalam kancah perbuatan keji dan haram.

Wahai ibubapa dan penjaga, mengapa menghalang si anak yang mahu berkahwin? Bukankah perkahwinan adalah halal malah amat digalakkan oleh Islam? Cuba pilih satu antara dua, mahukan si anak terjebak dengan kancah maksiat atau membantu si anak mengharungi liku hidup setelah berkahwin?

Jika si anak berkata : "Mak! Saya mahu kahwin"
Jawab ibubapa : "Beritahu mak siapa calonnya, biar mak yang uruskan semuanya.
Pasti si anak tersenyum lebar hingga ke telinga.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pendindingnya".

p/s : Ayuh! Nyatakan hasrat anda
Comments
11 Comments

11 komentar:

  • mak, nak kahwin jugak..haha..amin..moga niat berkahwin bukan semata utk mensalurkan perasaan kepada sesuatu yg halal tapi wajib disertai dgn rasa tanggungjawab utk melahirkan little caliph di muka bumi

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Terima kasih atas peringatan. Moga sama-sama beringat. Redha Allah itu yang utama kerana Allah matmalat kita.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • sumaiyah

    ramai juga yang berkahwin namun membuka pintu ke neraka. kerana tanggungjawab tak terlangsai sepenuhnya.

    ibubapa lebih kenal anak-anak, mungkin sebab itu langkah diambil, tak benarkan pernikahan di usia muda.

    tapi kalau rasa HANYA itulah satu-satunya cara hendak membendung keinginan dalam diri, terus-terang pada mereka, dan doa. insyaAllah, dipermudahkan.

    sekadar lontaran fikiran.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • kalau nk kahwin sebab hawa nafsu..padahal pada masa tu akal dan jiwa belum cukup matang dan bersedia menghadapi perkahwinan..ia bukanlah cara penyelesaian masalah yang baik

    bagi saya apa yang lebih penting ialah bagaimana para pemuda pemudi mendidik, bermujahadah dan meluruskan nafsu mereka selari dengan perintah Allah dan rasul

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Saya tidak memaksa sesiapa menerima pandangan yg saya nyatakan dalam tulisan saya.

    Perkahwinan di sisi syarak adalah akad yg menghalalkan perhubngan antara suamin isteri. Islam mensyariatkan perkahwinan selari dgn fitrah jiwa manusia kerana Islam adalah agama fitrah. Rasulullah melarang drpd hidup membujang. Melalui perkahwinan, nafsu boleh disalurkan dengan cara yang betul, mewujudkan ketenangan n ketenteraman jiwa, tidak merosakkan diri sendiri n diri orang lain, dapat menjaga akhlak, dapat melahirkan keturunan yang baik.

    Banyak perkara boleh dibendung melalui perkahwinan. Mana lebih baik, membiarkan anak-anak muda berpeleseran tanpa ikatan sah, terjebak dalam kancah zina atau menyegerakan perkahwinan mereka..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Serambi Azhari

    Didoakan semoga ust zul cepat-cepat kawin, kita xsabar nak kenal siapakah insan bertuah yang bakal menjadi permaisuri hidup ust zul..

    "kalau tidak kita yang mulakan, siapa lagi?? dan kalau tidak hari ini, bila lagiii???"

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • assalammualaikum..
    hurmm..mak ayah tau yang terbaik untuk anak3nya..mak ayah makan garam lebih dulu dari kita.maybe mereka masih berpendapat anak2nya tak cukup matang untuk melalui onak duri setelah bergelar suami or isteri orang..tapi bagi ana,kalau lah si anak menyatakan nak kahwin dengan orang yang selayaknya,apa salahnya kan?mungkin bergantung kepada calon yang si anak nak kahwin juga..

    wallahualam

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Serambi Azhari :
    Pandai la demo guna nama Serambi Azhari. Macam la kita x kenal...
    Ameenn, doakan sama2 la yer.
    Demo mulakan dulu, kawe follow. Demo mula hari ini, kawe mula esok. Ke guane? Melawak saja..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • bagaimana jika si anak yg mengeluarkan penyataan itu seorang pmpn?wajarkh
    mndambakn kasih llki dlm usia muda nmun sdar belum mampu mmikul tggjwb...risikonya?

    emah_ccs@yahoo.com

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Tiada sebarang masalah jika yang mengeluarkan penyataan itu seorang perempuan. Ibubapa perlu mencari suami yang terbaik utk anaknya. Usaha memikul tanggungjawab boleh dipelajari dr semasa ke semasa. Persoalan berkaitan rumahtangga silakan bertanya kepada pihak yang lebih berautoriti dan berpengelaman seperti Unit Bait Muslim atau lain-lain. Secara jujurnya, saya hanya menyatakan pandangan sahaja namun tidak pernah punya pengalaman.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda