Ustaz Pelakon & Pengarah Filem

4.07.2011


Ternyata cukup memualkan apabila mengikuti perkembangan industri perfileman Malaysia melalui filem, telemovie dan drama yang dihasilkan. Di samping 3 elemen utama yang menjadi kegilaan penggiat filem masa kini iaitu seram, lawak dan cinta, terdapat juga kalangan penggiat filem yang menghasilkan telemovie dan drama yang berteraskan nilai murni dan menyalurkan unsur nasihat serta kesedaran kepada masyarakat umum. Namun, apa yang dikesali adalah pelakon yang melakonkan watak 'ustaz/ustazah' terdiri daripada mereka yang bukan selayaknya membawa watak tersebut.

Penggiat filem melihat seseorang pelakon 'berjaya' menunjukkan kebolehannya membawa pebagai watak termasuklah sebagai 'ustaz/ustazah', sementara pada lakonan yang lain pelakon tersebut membawa watak yang jelas bertentangan. Ini dilihat sesuatu yang kurang menyenangkan. Lihat saja drama Nur Kasih melalui watak 'Ustaz Aidil' yang berkelulusan sarjana muda undang-undang dan kehakiman Universiti Al Azhar, Cairo yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz, 'Ustaz Amirul' dalam drama Ustaz Amirul yang juga bekelulusan Universiti Al Azhar yang dilakonkan oleh Asyraf Muslim. Turut tidak ketinggalan adalah 'Ustazah Nurlia' dalam telemovie 'La Ikroha Fiddin' juga berkelulusan Universiti Al Azhar yang dilakonkan oleh Sharifah Amani.

'Ustazah Sharifah Amani' sedang menerangkan perbezaan antara kafir harbi dan kafir zimmi

Mereka bukan sahaja melebelkan diri sebagai 'ustaz/ustazah' di dalam drama malah ditambah dengan kelulusan dari Universiti Al Azhar. Realitinya, mereka juga yang berpelukan dalam sesi lakonan yang lain serta tanpa segan silu berkemban dikhalayak ramai semasa Anugerah Skrin. Layakkah mereka melakonkan watak ustaz/ustazah?

Adalah sangat baik jika ustaz yang benar-benar ustaz membawa watak sebagai ustaz. Sekurang-kurangnya mereka tahu hukum hakam, halal dan haram. Begitu juga dengan watak ustazah. Bagaimana para ustaz dan ustazah?

Ternanti-nanti juga drama/filem yang dihasilkan oleh ustaz/ustazah di Malaysia. Siapa yang mahu mulakan? Atau sekurang-kurangnya perjalanan plot, pelakon dan skrip disemak dan diawasi dengan ketat oleh ustaz/ustazah memandangkan apa yang dilihat melalui drama dan filem yang disiarkan seolah-olah tidak ada penapisan yang dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara.

Para ustaz dan ustazah, siapa yang mahu menjadi pengarah, pelakon atau penerbit filem? Ada berani?
Atau kita mahu ustaz ini terus dengan 'title ustaz'nya?

Ustazkah Amirul ini?

Comments
7 Comments

7 komentar:

  • Tapi sekurang-kurangnya menampakkan corak drama yang islamic walaupun pelakunnya tak la islamic sangat...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • nampak corak islamic ke?
    berlakon dgn x tutup aurat tu..
    aduyaii..
    mcm tu x islamic g la..
    mcm ni kefahaman org2 kita

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Shaker™

    siapa yg mahu dipersalahkan.. adakah golongan2 huffaz kena terjun ke bidang perfileman plak?...

    semua kemungkinan sahaja...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Ustaz Huzaifah

    salam wbt..

    sekadar perkongsian..

    drama islamic walaupun pelakonnya xislamic??

    tahi lembu dicampur dengan gula memang la jadi manis, tapi tetap najis...

    fikir-fikirkan..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • servant of Allah

    mungkin dah tiba masanya, org yg faham Islam dan nak memperjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya getting involved dalam semua benda yg nampak macam sekular ni. industri hiburan, kejuruteraan, perubatan, ekonomi dan lain-lain lagi, amat dahagakan sentuhan ikhlas dan luhur dari pemegang-pemegang agama sekalian..
    kalau bukan kita yg mengubahnya, siapa lagi?
    tak cukup dengan kritik, kita seharusnya terjun bersama ke bidang ini.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • muhasabah dari filem "ketika cinta bertasbih"...pengarah filem still kekalkn & mencari ciri2 pelakon yang digambarkn dlm filem ni samada diluar shooting @ time shooting even time audition..sgt respect pd pelakon OKI SETIANA(ANNA ATFUNNISA')hingga diluar lakonan sempat membca al-quran & berzikir..persoalan??adkh pengarah kita bley wt cmni??

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda