Mangkuk Berkata-kata
2.10.2010 catatan Pena Daie pada Wednesday, February 10, 2010Nasihat saya, jika tidak tahu tentang sesuatu perkara, katakan sahaja "aku tidak tahu". Buat apa nak malu. Apa yang nak dimalukan? Bukannya rugi apa-apa. Nak jaga imejlah kononnya. Menjadi masalah besar apabila berkata-kata seolah-olah semua perkara diketahui olehnya. Sebut sahaja tentang apa, hukum apa, masalah apa dan segala yang sewaktu dengannya. Semuanya diketahui. Hakikatnya cuma pandai bermain kata-kata. Sangat bahaya. Lebih-lebih lagi apabila menyentuh perkara yang berkait tentang persoalan hukum-hukum agama.
Ibarat 'mangkuk yang berkata-kata'. Mangkuk apa usah ditanya, jenis apa tidak perlu disoal.
Jangan malu untuk katakan "AKU TIDAK TAHU".
Firman Allah SWT "maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui" - Surah al Nahl : 43
2 Comments
2 komentar:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)