Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa al-Quran dan al-Qiraat adalah dua perkara yang sama sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Salim Muhaisin di dalam kitabnya al Qaul al Sadid Fi Difa’I ‘an Qiraat al Quran al Majid Fi Dhoui al Kitab wa al Sunnah kerana al Quran adalah masdar(kata terbitan) yang seerti dengan al Qiraah dan al Qiraat adalah jama’ kepada al Qiraah.
Persamaan ini berhujahkan firman Allah SWT dalam surah al-Qiyamah ayat 8 yang bermaksud :
“Oleh itu, apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaan itu”
Walaupun terdapat perselisihan pandangan para ulama’ dalam menyatakan hubungan antara al Quran dan al Qiraat, akan tetapi pada hakikatnya al Quran dan al Qiraat bukan dua perkara yang mempunyai persamaan secara mutlak dan tidak mempunyai perbezaan secara menyeluruh. Secara amnya, al Quran dan al Qiraat memiliki ikatan yang kukuh dan saling berkait rapat antara satu sama lain.
Lebih lanjut, sila rujuk Perbahasan Ringkas Ilmu Qiraat.
Petikan daripada kertas kerja : Perbahasan Ringkas Ilmu Qiraat oleh Noraidin bin Nordin dan Muhamad Zul Ikhwan bin Zahari. Kertas kerja ini masih belum siap 100%, dalam proses memasukkan ayat-ayat al Quran yang berkaitan dan takhrij hadith.
Sedikit masa lagi diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan kertas kerja ini. Jika memerlukan kepada pembentangan, sila berhubung dengan Ustaz Noraidin bin Nordin, bukan saya. Harap maklum.