Fitnah Besar Facebook
12.05.2009 catatan Pena Daie pada Saturday, December 05, 2009Malam tadi berbual dengan sahabat di rumah sebelum berangkat menghadiri usrah. Dia memperlihatkan sesuatu di laman Facebook, mengenai perihal seorang kenalannya. Menyampah saya membacanya. Isunya adalah "ikhtilat yang langsung tidak dijaga". Di luar, di alam realiti, dikenali sebagai seorang 'ustazah'. Melakukan dakwah ke sana sini, mengajar agama kepada anak-anak pewaris agama dan bangsa. Terlalu sukar untuk melihat bercanda mahupun bergurau senda dengan kaum yang berlawanan jantina. Tetapi di dalam Facebook, semua berubah sama sekali, bagai langit dengan bumi, malu sudah terbang menghilang entah ke mana.
Belum ada sebarang ikatan sah antara keduanya, si 'ustazah' menulis komen pada wall Facebook : "sayang B", lalu dibalas oleh sang lelaki "sayang BB jugak". Ke mana hilangnya malu kalian? Jika tiada perasaan dengan Allah s.w.t, cubalah untuk malu dengan rakan dan teman yang memerhatikan satu persatu komen pada wall Facebook anda.
Tugasan sahabat itu agak berat kerana ia melibatkan hati dan perasaan orang-orang yang dia kenali. Kata sahabat saya malam tadi, "Jika teguran secara umum yang dilakukan tidak akan dapat mereka fahami, maka wajarlah ditegur secara spesifik". Satu kerja yang berat bukan. Dia perlu melaksanakan juga.
Mereka itu bukan cuma berdua. Maksudnya ramai lagi yang tidak perlu disebutkan satu persatu di sini. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita daripada fitnah di dalam Facebook ini. Ikhtilat diluar batasan yang wujud dalam Facebook adalah fitnah yang amat besar. Ia menanggalkan sifat malu satu persatu hatta pada si gadis yang menutup wajah sekalipun tidak ada rasa segan silu bersenda gurau mahupun bercanda bersama si jejaka yang halal untuk mereka nikahi. Jangan biar malu kita yang selama ini kita jaga di alam realiti terbang menghilang begitu sahaja.
"Dan janganlah kamu mendekali zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" - Al Isra' ayat : 32
3 komentar:
salam...ini baru satu dari fitnah teknologi ciptaan kuffar yang disalahgunakan oleh manusia yang telah melalaikan ramai orang lebih cakna lagi kepada muslimin dan muslimat...
tidak salah mengupdate diri sesuai dengan zaman tapi jangan sampai zaman menguasai diri apatah lagi agama..
ana pn tak tau nak komen apa tetang facebook ni..mula2, isu boleh ke tak boleh sebab yang buat facebook ni orang yahudi..entah yahudi belah mane..yang seterusnya, katanya facebook ni menyumbang dana walaupun sedikit kpd program yahudi..bagi ana, ana ambik je mane yang perlu..berjaga2, berhati2.dan, smpai sekarang ana blum berkeinginan lagi untuk sign up faceebook..cuma kdg2 ada terfikir, siapa pula yang buat blogspot tu?blogger seronok2 dengan entry yang semangatnya, tapi tak tahu 'controlller'nya siapa...
ana pn tertanya2 dan masih tertanya2....
wallahua'lam
salam..pada ana x salah pun nak guna apa2 ciptaan puak2 yahudi @ lain2. Gunakan la utk promosi boikot barang2 yahudi n sekutunya. Gunakan utk perkara yg baik. Ana pon tak pasti siapa owner blogspot. Cuma yg boleh dikatakan adalah kita gunakan semuanya utk kebaikan, bukan libatkan diri kita dlm kancah maksiat..
saya betul2 setuju...
memang ramai yang tidak menjaga ikhtilat di ruang maya...