Makluman kepada semua. Alamat blog Laman Pena Da'ie telah diciplak. Terima kasih kepada saudara kamal yang memaklumkan melalui shoutbox blog ini. Berhati-hati semasa menulis alamat blog kerana hanya kesalahan pada satu huruf akan membawa anda ke laman Mega Site of Bible Studies and Information.
Cuba klik link ni http://zulikhwanzahari.blogpot.com
Sebagai peringatan pada pengunjung dan mengelakkan fitnah, pastikan alamat diisi dengan betul. Alamat diatas hanya ditulis dengan 'blogpot'. Tanpa huruf 'S'. Berhati-hati.
Sangat kecewa dengan keadaan ini.
Harap Maklum..
Tipu Ke Helah, Helah Ke Tipu?
catatan Pena Daie pada Saturday, January 30, 2010 1 komentar
Mesyuarat akan bermula jam 8 malam, waktu kini menunjukkan jam 7.50 malam. Masih punya 10 minit lagi. Masih belum bersiap. Sepatutnya waktu begini sudah tiba di sana atau hampir tiba kerana perjalanan menuju ke bilik gerakan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit. Tiba-tiba...
Telefon berdering.
"Kamu di mana sekarang?"
"Err...saya on the way ni, kejap lagi sampai la". (masih berada di rumah)
10 minit berlalu. Saat ini baru memulakan langkah menuju ke bilik gerakan.
Nada dering Nokia berdering lagi.
"Kamu di mana? Sudah lewat ni. Semua orang sudah ada, semuanya menunggu kamu".
"Nak sampai dah ni, tunggulah sekejap." (baru saja keluar dari rumah)
Inilah tabiat kita. Usah menuding kepada sesiapa. Anda berbohong atau berhelah? Fikir-fikirkan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jika berkata dia dusta, jika berjanji dia menyalahi (tidak menepati) dan jika diberi amanah (dipercayai untuk memegang sesuatu amanat) lalu dia khianati." - Hadis Muttafaq 'alaih

Nasihat Buat Diri Dan...
1.25.2010 catatan Pena Daie pada Monday, January 25, 2010 0 komentar
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar" - al Ahzab : 70
Tidak semudah yang disangka memberikan pandangan apatah lagi mengkritik sesuatu perkara kerana tindak balas yang muncul selepasnya mungkin bersifat positif atau negatif. Mungkin kerana kritikan tersebut boleh menjadi penyebab yang mengguris hati dan perasaan pihak terbabit serta sebagai virus yang merosakkan sistem kabel ikatan persahabatan yang sekian lama terjalin. Jangan jadikan diri menjadi bola yang disepak sesuka hati atau lalang yang ditiup angin pada setiap sisi tanpa punya pendirian dan ketegasan diri terhadap fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Kebenaran tetap ditegakkan.
Jika benar-benar mahu mengkritik atau menegur, jujur dan amanah amat penting disamping perlu berdisiplin dan beradab dalam mengkritik. Jangan menjadi sang bacul (penakut) yang bersikap 'baling batu, sorok tangan'. Jika berani, dipersilakan. Respon yang lahir daripada teguran dan kritikan yang dilontarkan samada berbentuk negatif atau positif perlu diterima seadanya kerana pandangan yang dikemukakan mungkin benar dan mungkin juga salah setiap kali berlaku percanggahan pendapat.
Kita perlu sabar dan berlapang dada menadah segala tohmahan, cemuhan dan kritikan balas. Apa yang diharapkan, pihak yang ditegur atau dikritik perlu berjiwa besar menerima teguran dan tidak mudah melatah. Elakkan segala kata-kata yang bersifat memaki dan mengeji kerana ia boleh menjadi racun bisa yang meleburkan binaan ikatan ukhuwwah. Hindarkan pergaduhan, lucutkan pakaian egois yang membalut diri dan hormati pandangan yang lain sekalipun ia adalah pandangan yang remeh kerana sikap tersebut perlu dihiasi pada peribadi golongan agamawan dan ilmuan.
Jadikan akhlak para ulama' agung yang tawadhu' dan berdisiplin sebagai contoh ikutan kerana mereka mengkritik sesuatu pandangan tanpa sedikit pun mencalarkan kehormatan pihak yang dikritik apatah lagi merendahkan dan menghina pandangan tersebut. Mengkritik pandangan, bukan peribadi yang boleh mencalar kehormatan.
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya(pada segi hukum agama) mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk dan merekalah orang yang berakal sempurna" al-Zumar : 18

Ekspidisi 2010 Menarik
1.23.2010 catatan Pena Daie pada Saturday, January 23, 2010 2 komentar
Perjalanan memakan masa melebihi 14 jam dari Shoubra untuk tiba di Fox Camp kerana pelbagai halangan dan liku yang merintangi perjalanan. Sekatan jalan, tanah mendap, jalan rosak dan sebagainya tidak menghalang kesempurnaan ekspidisi kali ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Apa yang menarik adalah alunan burdah bergema di puncak gunung Sinai seusai solat subuh ketika salji sedang turun mencurah-curah yang dimulakan dengan alunan zikir Asma' al Husna oleh kesemua 47 orang peserta yang berada di puncak.
Majlis Khatam al Quran
Menginap di Dahab menghilangkan lelah pendakian ke puncak tidak dibiar kosong. Majlis khatam al-Quran secara beramai-ramai berjaya dilangsungkan dengan sepenuh komitmen yang diberikan oleh para peserta.

Ekspidisi 2010
1.18.2010 catatan Pena Daie pada Monday, January 18, 2010 0 komentar
Mengikut jadual, ekspidisi akan bermula pada lewat malam ini. Menghayati sirah dan sejarah serta menyaksikan keagungan ciptaan Allah s.w.t menjadi misi ekspidisi ini.
Berikut adalah penerangan secara ringkas tempat-tempat yang bakal dilawati:
SEMENANJUNG SINAI
Segi tiga Sinai merupakan semenanjung yang mirip kepada sebuah pulau yang diapit oleh dua buah teluk iaitu Teluk Suez dan Teluk Aqabah. Dataran ini menyingkap pelbagai peristiwa sejarah para rasul seperti peristiwa perjalanan Nabi Ibrahim a.s ke Syam, Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah Taala di Lembah Suci Sinai (Wadi Muqaddas Thawa), terdapat juga makam Nabi Harun a.s dan makam Nabi Salleh a.s Disamping itu penaklukan Mesir di bawah pimpinan Amru bin al-A’sr r.a juga melalui dataran Sinai ini. Hampir seluruh Semenanjung Sinai ini merupakan kawasan padang pasir dan gunung-ganang berbatuan.
TEROWONG AHMAD HAMDI
Terowong Ahmad Hamdi ini menghubungkan antara tanah besar Semenanjung Mesir di sebelah barat dan Sinai di sebelah timur. Ia mempunyai laluan pergi dan balik yang sentiasa di kawal rapi dengan system yang canggih. Terowong Ahmad Hamdi ini terletak di bawah paras Terusan Suez.
TERUSAN SUEZ
Terusan Suez telah dibina oleh sebuah syarikat dari Perancis (Dilsabs).Terusan ini digali pada tahun 1859 M semasa pemerintahan Said Basha. Ia diswastakan selama 87 tahun sebelum diserahkan kepada kerajaan Mesir. Semasa penggalian terusan ini seramai 120 000 orang pekerja telah terkorban. Kerja-kerja pembinaan dan penggalian ini menggunakan tenaga manusia seramai 60 000 orang petani Mesir dengan gaji sebanyak 2 Piasters sehari. Ia siap dibina dengan rasminya pada 17 November 1896 M. Terusan Suez merupakan laluan utama kapal-kapal perdagangan antara Barat dan Timur dan laluan kedua terpenting selepas laluan Lautan Atlantik Utara. Pada tahun 1967 M ia ditutup sementara akibat berlakunya peperangan antara Mesir dan Israel.
UYUN MUSA
Uyun Musa ini merupakan tempat persinggahan Nabi Musa a.s untuk bersuci yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Terusan Suez dan Gunung Thursina. Mengikut sejarah terdapat 12 buah telaga. Akan tetapi sekarang hanya tinggal lapan buah telaga sahaja. 12 buah telaga itu menunjukkan bahawa pengikut Nabi Musa a.s terbahagi kepada 12 kaum.
HAMMAM FIRAUN
Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat bersiram (mandi) Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai. Udara panas yang keluar dari lubang tersebut digunakan oleh Firaun untuk mengubati penyakit Rheumatism. Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas dan jika direndam telur di dalamnya kemungkinan telur tersebut boleh masak.
MAKAM NABI SALLEH A.S.
Mengikut pendapat yang paling tepat bahawa Makam Nabi Salleh a.s yang sebenarnya terletak di atas bukit di tengah-tengah perjalanan antara Hammam Firaun dan Saint Catherine. Nabi Salleh a.s adalah rasul yang kelima. Baginda menjadi rasul pada umur 58 tahun bermula tahun 2000 sebelum Masihi hingga 1990 sebelum Masihi.
WADI ARBA’IN
Wadi Arba’in (Lembah 40) berhampiran dengan pokok-pokok ribuan tahun yang menyaksikan pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan anak Nabi Syuib a.s Ia juga merupakan tempat Nabi Musa a.s dan 40 orang nabi-nabi mengadakan perjumpaan dan persidangan pada zaman dahulu.
12 MATA AIR MUSA
Terletak 12 Mata Air Musa ini di Wadi Arba’in kira-kira 243 km dari Kaherah. Ia merupakan bekas 12 mata air yang dipukul oleh Nabi Musa a.s dengan tongkatnya pada batu. Setiap satu dari 12 mata air itu menunjukkan satu kaumnya. Ini difirmankan oleh Allah Taala di dalam al-Quran pada Surah al-Baqarah ayat 60. Terdapat juga sebuah tempat keluar mata air kemudian dijadikan telaga untuk memberi minum binatang-binatang oleh orang-orang terdahulu.
JABAL MUSA
Gunung Thursina (Jabal Musa panggilan bagi masyarakat Mesir) berada pada 2280 meter dari paras laut. Di puncak gunung inilah menjadi tempat di mana Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah Taala selama 40 hari sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada Surah al-Araf ayat 143. Juga terdapat sebuah masjid dan gereja kecil Ortodoks di puncaknya. Terdapat juga kesan batu yang menghalang Nabi Musa a.s daripada terkena batuan-batuan lain sewaktu berlakunya peristiwa di mana Allah Taala menunjukkan kebesaranNya maka hancur leburlah gunung tersebut. Pandangan menarik dapat dilihat dari puncaknya bilamana matahari terbit pada waktu pagi.
PERKAMPUNGAN KAUM NABI ALIAS A.S.
Perkampungan Kaum Nabi Alias a.s berada di tengah-tengah perjalanan turun dari puncak Jabal Musa. Terdapat juga Telaga Nabi Musa a.s di tengah-tengah perjalanan turun dari puncak Jabal Musa ini.
SAINT CATHERINE
Di sini terdapat juga sebuah biara yang telah dibina pada abad ke 9 M dengan nama Saint Catherine. Saint Catherine adalah pengikut setia Nabi Musa A.S. Beliau meninggal dunia ketika bermunajat kepada Allah Taala di puncak Gunung Thursina bersama Nabi Musa a.s Beliau telah dikebumikan oleh pengikut-pengikut Nabi Musa a.s di kaki Gunung Thursina. Setelah beberapa abad berlalu empayar Kristian berjaya menakluki Mesir maka mereka membina sebuah gereja di kaki Gunung Thursina dan mendakwa bahawa Saint Canterine adalah seorang rahib Kristian. Ini semua adalah pembohongan dan pendustaan yang amat nyata oleh Kristian dan disokong oleh Yahudi. Terdapat juga sepohon pokok suci (Shajaratul Mubarakah) di dalamnya dan ia disebut dalam al-Quran pada Surah al-Mukminun ayat 20 dan Surah an-Nur ayat 35.
PATUNG LEMBU SAMIRI
Patung Lembu Samiri ini diukir pada batu oleh Samiri (seorang Bani Israel dari suku kaum Assamirah) iaitu salah seorang dari pengganut Nabi Musa a.s selepas membuat patung ciptaan yang pertama (dibuat daripada emas kemudian dihancurkan oleh Allah Taala). Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah Taala di puncak Jabal Musa selama 40 hari. Dalam pendapat yang lain dikatakan pancaran cahaya dari patung lembu emas itu yang membentuk Patung Lembu Samiri itu. Berhampiran dengan ukiran patung ini terdapat pokok yang dikatakan hidup sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Ia disebut dalam al-Quran pada Surah Toha ayat 85 dan Surah al-Araaf ayat 148.
MAKAM NABI HARUN A.S.
Nabi Harun a.s adalah rasul yang ke-16 selepas Nabi Musa a.s Baginda merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s sendiri dan sentiasa bersama-sama Nabi Musa a.s dalam menyebarkan dakwah. Dilantik menjadi rasul ketika berusia 122 tahun bermula dari tahun 1439 sebelum Masihi sehingga 1317 sebelum Masihi. Makam ini terletak di kaki Gunung Thursina bersebelahan dengan sebuah gereja. Makam ini tidak jauh dari Patung Lembu Samiri.
DAHAB
Kawasan perlancongan dan perkelahan di tepi pantai.
BANJARAN TIH
Ia dikelilingi oleh kawasan yang bergunung-ganang berbatuan. Tempat ini mengisahkan kaum Bani Israel yang disesatkan oleh Allah Taala selama 40 tahun kerana keengganan mereka untuk masuk ke Palestin bagi mempertahankan tanahair mereka. Dalam pendapat yang lain mengatakan Bani Israel yang memohon kepada Allah Taala untuk masuk ke Palestin dan Allah Taala tidak membenarkannya. Sila rujuk al-Quran pada Surah al-Maidah ayat 26.
BATU BERSURAT MAMALIK
Terdapat ukiran cop mohor kerajaan Mamalik pada batuan sebagai tanda dan laluan masyarakat Mesir untuk menunaikan haji. Pernah terhakis sedikit akibat banjir yang melanda. Kerajaan Mamalik adalah kerajaan yang didirikan pada 650 tahun dahulu.
TOBA
Toba merupakan tempat yang terletak paling timur di Mesir. Perjalanannya kira-kira 708 km dari Kaherah. Ia menjadi batas terakhir wilayah Mesir dengan Kota Ilat di wilayah Palestin. Terdapat pemisah atau sempadan bagi empat negara di sini iaitu Mesir, Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Ia juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada Israel.
KUBU SALAHUDDIN AL-AYUBI
Kubu Salahuddin al-Ayubi (Qal’ah Salahuddin al-Ayubi) yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8 km dari Toba. Ia adalah kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib. Untuk sampai ke Kubu Salahuddin al-Ayubi ini perlulah menggunakan perkhidmatan bot penambang yang telah disediakan.
KUBU PENINGGALAN ISRAEL
Kubu ini adalah peninggalan tentera Israel yang kalah kepada Mesir dalam peperangan tiga penjuru pada suatu ketika dahulu. Ia menempatkan peralatan-peralatan perang milik tentera Israel yang ditinggalkan seperti kereta kebal, meriam, pakaian, senjata dan lain-lain lagi. Ia juga adalah sebagai salah sebuah tempat tumpuan pelancong yang dikekalkan oleh kerajaan Mesir sehingga kini.
Sumber : Buku Ekspidisi 2010

Hati-Hati Dengan Mesin ATM
1.17.2010 catatan Pena Daie pada Sunday, January 17, 2010 2 komentar
Perhatikan wang di atas
Apa yang anda nampak?
Wang telah terkoyak ini diperolehi daripada sebuah mesin ATM The Hongkong And Shanghai Banking Corporation (HSBC) cawangan pusat membeli belah Arkadia, berhampiran Kornish Neil.
Wang yang bernilai LE 200 ini dikeluarkan saudara Muaz Halim, bekas ahli rumah Darul Elyas.
- kasihan Ustaz Muaz, banyakkan bersabar. Insya-Allah akan ada rezeki yang lain, mana tahu kalau-kalau selepas ini dapat wang kembar pula.

Nilainya adalah LE 200 = RM 123.156
1. Bagaimana dengan kecanggihan teknologi terkini yang mampu mengesan wang palsu tetapi tidak mampu mengesan wang yang cacat?
2. Bank HSBC bukan calang-calang bank, cawangannya terdapat di seluruh dunia
3. Apa yang perlu dibuat dengan wang ini?1. Bagaimana dengan kecanggihan teknologi terkini yang mampu mengesan wang palsu tetapi tidak mampu mengesan wang yang cacat?
2. Bank HSBC bukan calang-calang bank, cawangannya terdapat di seluruh dunia
- kasihan Ustaz Muaz, banyakkan bersabar. Insya-Allah akan ada rezeki yang lain, mana tahu kalau-kalau selepas ini dapat wang kembar pula.
Shoutbox 'Panas'
1.15.2010 catatan Pena Daie pada Friday, January 15, 2010 2 komentar
Agak lama membiarkan shoutbox dihujani teguran dan cercaan
Tanpa membalas setiap kenyataan dan persoalan
Sengaja membiarkan tanpa mem'ban'
Tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan
Boleh kenal siapa teman dan siapa kawan
Atas beberapa sebab, artikel yang lepas di'save as draft'
Langsung tiada kaitan dengan komen pada shoutbox di sebelah
Yang pasti tidak akan edit atau delete
Cuma tidak akan dipaparkan
Jangan cuba timbulkan. Full stop.
Masalah cuma khilaf pandangan
Jangan pula menjumudkan pemikiran
Guna akal dan buka fikiran
Cuba berfikir pada sudut yang berlainan
Adakah menjadi suatu kesalahan
Berfikir dengan akal yang diberi tuhan
Membezakan manusia dengan haiwan
Syariat Islam sebagai landasan
Sudut pandangan yang membezakan
Kalian tetap dengan pemikiran kalian
1. Terima kasih atas keprihatinan semua
2. Langsung tidak kepingin menjawab setiap teguran dan persoalan
3. Jangan tanya mengapa
4. Ulangi yang ke-3
5. Saya tidak se'baik' kalian
6. Sama-sama kita kenal siapa kawan dan teman
7. Pesanan : Jangan berselindung disebalik nickname yang bermacam-macam.
8. Alfu syukran atas teguran dan cercaan
9. .....(tidak perlu dinyatakan)
10. Pohon maaf atas segalanya
p/s : rajin-rajinlah mengutip mutiara ilmu secara bertalaqqi dengan para ulama' dan menghadirkan diri ke kelas. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara!!!

Siapa Boleh?
1.11.2010 catatan Pena Daie pada Monday, January 11, 2010 2 komentar
1. Khatam al-Quran empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam seperti al-Sayyid al-Jalil Ibnul Katib al-Sufi?
1. Khatam al-Quran tiga kali sehari seperti Salim bin Umar rahimahullah?
1. Khatam al-Quran dalam satu rakaat pada solat seperti Sayyidina Uthman bin Affan, Tamim al-Dari, Sa'id bin Jabir dan al-Syafie r.a?
1. Khatam al-Quran diantara solat maghrib dan isya' pada bulan Ramadhan seperti Mujahid rahimahullah?
1. Khatam al-Quran dalam masa tiga hari pada bulan Ramadhan seperti Abdullah bin Mas'ud r.a?
1. Khatam dalam masa tiga hari seperti Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a?
1. Khatam al-Quran dalam masa tujuh hari seperti Zaid bin Thabit r.a?
1. Khatam al-Quran dalam masa lapan hari seperi Ubay bin Ka'ab r.a?
1. Khatam al-Quran pada setiap sepuluh malam seperti al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri?
* mengapa semua No.1?
* kita berada pada tahap mana?

Ditakdirkan berzina
1.07.2010 catatan Pena Daie pada Thursday, January 07, 2010 1 komentar
Berjalan melihat suasana malam, menyaksikan kerdipan bintang-bintang yang menemani cahaya bulan yang suram. Di hujung jalan, sebuah kerusi batu berhampiran lampu jalan yang menyala suram. Sepasang lelaki dan wanita sedang memadu kasih di bawah pokok berdaun rendang.
Menghampiri dengan tenang. Niat untuk membanteras kemungkaran.
Tangan si lelaki sedang berada di kawasan larangan tubuh wanita.
"Apa yang kamu buat di sini?"
"Kami tidak buat apa-apa, hanya berbual biasa saja". Muka menggelabah.
Tanpa ditanya terus menjawab.
"Kami tidak berzina!".
"Kami telah 'ditakdirkan' untuk bersama pada malam ini".
"Lagipun dia bakal tunang saya".
Huh. Sengal betul. Ada juga manusia yang bagi jawapan begini.
Tanpa membuang masa, baju si lelaki direntap ganas. Tumbukan padu dilepaskan sekuat hati tepat mengena bahagian ulu hatinya. Mengerang kesakitan. Nah! Rasakan. Padan muka.
Sambil menggosok-gosok perutnya.
"Kenapa kamu pukul aku?"
"Apa salah aku?"
Senyum sindir. Jawapan yang lebih kurang sama.
"Aku telah 'ditadirkan' untuk membelasah kamu pada malam ini".
Itulah cara paling berhikmah untuk mengajar golongan yang 'ditakdirkan' ini.
Cerita seorang teman.

Emosi Yang Kacau
1.05.2010 catatan Pena Daie pada Tuesday, January 05, 2010 2 komentar
Saya tahu kamu tak akan baca blog saya
Tetap nak tulis juga
Blog ini saya punya
Berhak nak tulis apa saja
Kes ini bukan yang pertama
Semua 'terpaksa' merasa azabnya
Kezaliman segelintir manusia
Yang punya sama agama
Skill dan taktik semua sama
Dasar manusia gila harta
Sapa tak sakit hati?
Kami datang bukan makan gaji
Jangan 'kapak' kami sesuka hati
Ayat mereka simple saja
Silakan keluar kalau tak suka
Mana kami tak pening kepala
Kena fikir banyak perkara
Ada apa dengan harta?
Kamu ingat boleh hidup selamanya
Dengan duit boleh buat apa saja
Ajal boleh tiba bila-bila masa
Kamu semua sudah senja
Banyak mana sudah kumpul pahala
Buat timbangan atas neraca
Yakin ke boleh masuk syurga
Puncanya mereka dihujung sana
Suka ikut kepala mereka
Itulah perangai budak-budak muda
Tak nak dengar nasihat orang tua
Jumlah kini sudah lima
Cuma tunggu masa saja
Lepas ini giliran siapa
Bakal jadi mangsa seterusnya
* tekanan isu kenaikan harga sewa rumah yang semakin 'menggila'

Joget Hati & Tarian Minda
1.02.2010 catatan Pena Daie pada Saturday, January 02, 2010 0 komentar
Usah dikenang lagi perkara yang lepas, amat wajar penyesalan itu berlaku, namun jangan sesekali berputus asa. Teruskan tekad dan bersemangat mengharungi setiap detik dan saat demi menggapai segalanya yang telah tertulis di hati dan bersarang di minda sejak sekian lama. Mengatur plan sebaiknya dan kerahkan seluruh anggota bekerja, natijahnya telah diatur Yang Maha Esa. Kembara ini masih jauh, segala macam duri yang berbisa menanti di hadapan ibarat busur panah yang akan menembusi batang tubuh si mangsa pada bila-bila masa sahaja.
Abaikan segala lelah dan kepenatan. Rehat selamanya menanti di syurga. Itu janjiNya. Walau jauh dan sesukar mana sekalipun, pasakkan tekad dan gagahkan diri untuk mencapainya. Tiada apa yang perlu ditakuti jika iman dan taqwa menjadi asas bekalan diri dan hati. Orang lain boleh, mengapa sudah katakan tidak jika kaki belum melangkah? Hanya yang bodoh mengaku kalah sebelum berjuang dimedan perang. Kata orang, belum cuba belum tahu.
Bagaimana jika gagal dicapai juga setelah puas berhempas-pulas mengerahkan keringat yang ada? Bagaimana jika keadaan langsung tidak mengizinkan? Pedulikan itu semua. Mungkin si laknat syaitan sedang berbisik untuk menimbulkan keraguan. Bagaimana dengan alunan bunyian mulut-mulut sumbang? Pekakkan deria pendengaran. Ayuh! Bangkitlah daripada rebah semalam. Gerakkan langkah yang tersusun dengan kemas. Segalanya bakal dicapai.

Subscribe to:
Posts (Atom)