Tipu Ke Helah, Helah Ke Tipu?

1.30.2010
Mesyuarat akan bermula jam 8 malam, waktu kini menunjukkan jam 7.50 malam. Masih punya 10 minit lagi. Masih belum bersiap. Sepatutnya waktu begini sudah tiba di sana atau hampir tiba kerana perjalanan menuju ke bilik gerakan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit. Tiba-tiba...
Telefon berdering.

"Kamu di mana sekarang?"
"Err...saya on the way ni, kejap lagi sampai la". (masih berada di rumah)

10 minit berlalu. Saat ini baru memulakan langkah menuju ke bilik gerakan.

Nada dering Nokia berdering lagi.

"Kamu di mana? Sudah lewat ni. Semua orang sudah ada, semuanya menunggu kamu".
"Nak sampai dah ni, tunggulah sekejap." (baru saja keluar dari rumah)

Inilah tabiat kita. Usah menuding kepada sesiapa. Anda berbohong atau berhelah? Fikir-fikirkan.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jika berkata dia dusta, jika berjanji dia menyalahi (tidak menepati) dan jika diberi amanah (dipercayai untuk memegang sesuatu amanat) lalu dia khianati." - Hadis Muttafaq 'alaih
Comments
1 Comments

1 komentar:

  • elcamino

    Salam,
    Kalau ada DISIPLIN dalam diri, tipu/helah boleh dielakkan dlm konteks yg ditunjukkan.

    Moga disiplin yang kita sematkan dalam pada setiap kali menunaikan solat, dapat turut dibawa keluar dari konteks ibadat solat.

    Just my two cents

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda