Erti Kemerdekaan Sebenar

8.30.2012 2 komentar
Apakah erti kemerdekaan menurut perspektif Islam?


Janji Bersih!



Penawar Menghilangkan Kepenatan

8.29.2012 1 komentar

Bagi mengatasi keletihan dalam melaksanakan tugas-tugas seharian samada di rumah, bolehlah mengamalkan penawar yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri kesayangan baginda, Sayyiditina Fatimah.

Suatu hari, Fatimah telah mengadu kepada suaminya, Sayyidina Ali tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Sayyidina Ali berkata: "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang, pergilah berjumpa dengannya dan mintalah seorang khadam untuk membantumu".

Lalu Fatimah pergi berjumpa dengan ayahnya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w pergi menemui puterinya serta menantunya itu.

Lantas Baginda s.a.w berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua hendak berbaring untuk tidur, maka bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, dan bertakbir (Allahu Akbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Rasulullah s.a.w ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan dalam kehidupan mereka berdua.

Sayyidina Ali terus mengulang-ulang apa yang Nabi SAW ajarkan kepada dia. Katanya: "Demi Allah aku tidak pernah tinggalkan zikir tadi semenjak ia diajarkan kepadaku."

Jika anda merasai kepenatan setelah melakukan tugasan harian supaya mengamalkan membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali pada setiap malam sebelum melelapkan mata (tidur).

Lakukanlah dengan penuh tekun, ikhlas dan istiqamah. InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan dalam kehidupan seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Doa Ketika Melihat Anak Bulan Ramadhan

7.14.2012 0 komentar

Disebutkan dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi :

عن طلحة بن عبيد الله : أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال : أللهم أهله علينا بالأمن والإيمان والسلامة والإسلام ربى وربك الله هلال رشد وخير. 
Ertinya “ Daripada Talhah Ibn ‘Ubaidillah, sesungguhnya bila Rasulullah s.a.w melihat hilal (anak bulan), baginda berdoa : ‘Wahai Tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman, dengan selamat dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah, hilal yang benar dan baik

Setiap kali apabila Rasulullah s.a.w menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadhan yang disebut hilal, beliau mengucapkan doa seperti di atas. Doa ini tidak hanya baginda ucapkan ketika hilal bulan Ramadhan, tetapi juga baginda ucapkan pada bulan-bulan lain. Disebutkan doa ini dalam amaliah Ramadhan adalah untuk menyempurnakan sambutan kita akan datangnya bulan Ramadhan.


Hukum Wangian Semerbak Kaum Wanita

6.20.2012 0 komentar
Wanita keluar rumah, tak kira la ke mana-mana. Mereka memakai wangian. Ada yang biasa-biasa saja. Ada yang hebat, dalam jarak lima tiang elektrik pun orang tahu dia akan muncul kerana wangian yang dipakainya. Huh!

Inilah fenomena umum yang menjadi kebiasaan bagi kalangan wanita. Keluar rumah dengan memakai wangian yang menjelajahi segenap ruang yang menjadikan para lelaki tertarik dan tergoda dengan umpanan wangian tersebut.

Rasulullah s.a.w memberi amaran mengenai perilaku ini dengan sabda baginda :

 أيما امرأة استعطرت ثم مرت على القوم ليجدوا ريحها فهي زانية

"perempuan manapun yang menggunakan pewangi yang kemudiannya melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina"

Kebanyakan wanita pada hari ini sengaja meremehkan hal ini sehingga sengaja melampau-lampau dalam mewangikan diri. Tak peduli di sekitar mereka ada kalangan lelaki sama ada pemandu, penjual, pengawal atau orang lain-lain yang tak mustahil akan tergoda dengan wangian mereka.

Berhubung dengan masalah ini, Islam menunjukkan tatacara kepada wanita yang memakai wangian, jika hendak keluar rumah, mereka mesti mandi terlebih dahulu seperti mandi janabah. Sekali pun tujuan keluar dari rumah kerana ingin menuju ke masjid.

Sabda Rasulullah s.a.w :

أيما امرأة تطيبت ثم خرجت الى المسجد ليوجدوا ريحها لم يقبل منها صلاة حتى تغتسل اغتسالها من الجنابة

"perempuan manapun yang memakai wangian kemudian pergi ke masjid, (dengan tujuan) agar wangian tercium oleh orang lain maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi sebagaimana mandi janabah"
Kita boleh perhatikan para wanita di sekeliling kita yang memakai wangian keluar rumah dalam pelbagai pesta, kenduri kendara, ziarah. Pergi beli gula kat kedai runcit pun spray pewangi sampai menyengat hidung. Wangian yang dipakai bukan hanya pada majlis keraian, keluar ke pasar-pasar, shopping di supermarket sahaja, bahkan ke masjid juga memakai wangian semerbak yang boleh menyebabkan imam asyik membaca ayat sama dalam surah al Kafirun dan tak jumpa-jumpa mana hujungnya.

Syariat Islam memberi batasan, wangian muslimah tidaklah mengharum semerbak wangiannya.

Kita pohon pada Allah memberi taufiq dan hidayah kepada golongan yang berkenaan dan Allah tidak murka kepada kita. Semoga tidak menghukum orang-orang soleh lagi baik di kalangan lelaki dan wanita dengan sebab dosa orang-orang bodoh. Semoga kita mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t ke jalan yang lurus.


Lebuhraya Rakyat

6.09.2012 0 komentar

Satu masa dahulu,rakyat Kelantan tidak pernah terfikir kerajaannya mampu membina jambatan merentangi Sungai Kelantan yg dinamakan Jambatan Sultan Yahya Petra. Jambatan yg dibina tahun 1963 itu siap 2 tahun kemudian dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra yg menelan belanja RM6.7 juta. Saya sempat membaca tulisan Allahyarham Tuan Haji Mohd Amin Yaakob,bekas Exco kerajaan negeri: "Setelah perundingan dibuat (antara kerajaan negeri dan Persekutuan), keputusannya amat mendukacitakan. Sebaliknya segala peralatan yg telah dibawa bagi melaksanakan projek tersebut terus dipindahkan ke Temerloh,Pahang untuk membina jambatan di sana bagi menggantikan perkhidmatan feri pada masa itu."

Allayharham juga menulis, terdapat pihak2 tertentu mengejek bahawa tanpa bantuan kerajaan Pusat,kerajaan negeri tidak akan dapat menyempurnakan pembinaan jambatan tersebut bahkan mereka bernazar andaikata jambatan tersebut mampu disiapkan,maka mereka akan bertelanjang di atas jambatan tersebut. Juga beliau menyentuh pembinaan projek Stadium Sultan Muhammad ke-IV yg berjaya diusahakan oleh kerajaan negeri pada masa itu.

Itu yg tercatat dalam lipatan sejarah. Hari ini kita generasi baru akan mengukir sejarah baru bersama kerajaan negeri dgn pembinaan lebuhraya. Kenapa perlu dipandang dgn ejekan dan sindiran? Biarkan mereka. Semoga TUKAR akan insaf kelak.

Saya terfikir satu cdgn khas kpd TUKAR dan kawan2 dia yang perli bila kerajaan negeri Kelantan nak bina lebuhraya. Kalau tahun 60-an dulu,ayah dan datuk mereka boleh berniat kalau siap Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka nak telanjang atas jambatan, hari ini anak-beranak TUKAR kena niat perkara yg sama. "Kalau siap lebuhraya,niat nak jalan kaki dari Kota Bharu ke Kuala Krai tanpa berpakaian." Baru nampak bersungguh sikit. Ada berani?

Abdul Malik Abdul Karim (FB)

p/s : Pakat-pakat la kita derma untuk bina 'lebuhraya ke syurga' kita. Kalau tak ada duit RM10 yang baru, bagi RM100 yang buruk-buruk pun tak apa...



Menyelamatkan diri & harta dari malapetaka (Doa Abu Darda')

5.27.2012 1 komentar
Diriwayatkan di dalam kitab Ibn al Sunni, daripada Thalq Bin Hubaib dia berkata, "seorang lelaki datang kepada Abu Darda' seraya berkata : 'Wahai Abu Darda'! Rumahmu terbakar!' Jawab Abu Darda' : 'Apakah yang terbakar? Allah tidak akan berbuat demikian kerana ada beberapa kalimah yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda : 'sesiapa yang membaca di awal hari, dia tidak akan tertimpa musibah hingga petang. Sesiapa yang membaca diakhir hari, dia tidak akan tertimpa musibah hingga subuh"ز

Riwayat lain, daripada seorang sahabat Nabi s.a.w yang tidak disebut, daripada Abu Darda', berulang kali lelaki itu datang kepadanya lalu berkata : 'tengoklah rumahmu sudah terbakar'. Abu Darda' menjawab : 'Ia tidak terbakar kerana aku telah dengar Nabi s.a.w  besabda :"Sesiapa yang membaca kalimah ini pada pada waktu subuh dia tidak akan ditimpa sesuatu yang tidak diingini baik pada dirinya, keluarganya dan hartanya. Sesungguhnya aku telah membacanya pada hari ini". Kemudian dia berkata : "Mari kita pergi! Lalu dia berdiri diikuti orang-orang yang lain bersamanya lalu berangkat ke rumahnya. Sesungguhnya telah terbakar disekitar rumah itu tetapi rumah Abu Darda' tidak terbakar sedikit pun.

(petikan daripada kitab al Azkar, Imam Nawawi)

Doanya adalah :



Biografi Imam Qiraat 7

5.22.2012 0 komentar
Imam Nafi'
Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nu'aim. Diberi gelaran Abu Ruwaim. Berasal dari Asbahani. Dilahirkan pada sekitar tahun 70 hijrah dan wafat di Madinah pada tahun 169 hijrah.
Dua perawi yang terkenal adalah Qalun (wafat pada 220 hijrah) dan Warsy (wafat pada tahun 197 hijrah)

Imam Ibn Kathir
Abdullah bin Kathir al Makki. Diberi gelaran Abu Ma'bad. Dilahirkan di Makkah pada tahun 45 hijrah. Beliau adalah tabi'in yang pernah berjumpa Abdullah bin Zubair, Abu Ayyub al Ansari dan Anas bin Malik. Wafat pada tahun 120 hijrah.
Dua perawi yang terkenal ialah al Bazzi (wafat pada 250 hijrah) dan Qunbul (wafat pada 291 hijrah)

Abu Amru
Nama beliau ialah Zabban bin al Alaa' bin Ammar al Basri. Lahir di Makkah pada tahun 70 hijrah. Meninggal dunia di Kufah pada 145 hijrah.
Dua perawi yang terkenal adalah al Duri (meninggal pada 246 hijrah) dan al Susi (meninggal pada 261 hijrah)

Ibn Amir
Nama beliau adalah Abdullah bin Amir al Syami al Yahsobi. Merupakan seorang qadhi di Damsyik pada zaman khalifah al Walid Ibn Abdul Malik. Merupakan seorang tabi'in. Dilahirkan pada tahun 21 hijrah dan meninggal dunia pada hari asyura pada tahun 118 hijrah.
Dua perawi yang terkenal adalah Hisyam (meninggal pada 245 hijrah) dan Ibn Zakwan (meninggal pada 224 hijrah)

'Asim
Nama beliau adalah 'Asim bin Abi Najud dan digelar dengan Abu Bakar. Beliau adalah daripada kalangan tabi'in. Meninggal dunia di Kufah pada tahun 127 hijrah.
Dua perawi yang masyhur adalah Syu'bah (wafat pada 193 hijrah) dan Hafs (wafat pada 180 hijrah)

Hamzah
Nama beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah al Ziati. Digelar dengan Abu Ummarah. Merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat warak dan kuat ibadat. Meningga dunia pada zaman Abi Jaafar al Mansur pada tahun 156 hijrah.
Dua perawi yang masyhur adalah Khalaf (meninggal dunia pada 229 hijrah) dan Khallad.

Kisaie
Nama beliau adalah Ali bin Hamzah. Merupakan seorang pakar ilmu nahu. Digelar dengan kisaie kerana pernah sekali tidak memakai pakaian ihram ketika di Mekah. Meninggal dunia di Ranbawaih pada tahun 189 hijrah.
Dua perawi yang masyhur adalah Abu al Harith dan al Duri.


Terbebankah Tugas Guru?

5.20.2012 1 komentar
Isu beban tugas guru ni telah lama diperkatakan. Cuma media saja yang membezakan tentang apa yang cuba dibangkitkan. Jika dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara yang meminta untuk diberi perhatian, iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. 

Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan dan hari kebesaran yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada mendidik dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi jika pandangan itu daripada masyarakat luar, sudah tentu ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik.

Okey apa cikgu, kerja separuh hari, cuti pun banyak. Belum campur MC lagi. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti… sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan, menyemak buku latihan pelajar dirumah atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.

Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat. Keluar pejabat, lepas tanggungjawab.

Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Terbebankah tugas guru?

p/s : lebih terbeban guru yang pada masa yang sama terpaksa jadi warden asrama!

Hukum Pengantin Wanita Melayan Tetamu

2.07.2012 0 komentar

Seorang pengantin wanita berkhidmat melayan tetamu, jika hal ini diketahui oleh puak 'radikal agama' sudah pasti mereka menentang sekeras-kerasnya. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya dan beliau mengulanginya beberapa kali. Imam Bukhari juga memperuntukkan satu bab yang bertajuk 'Wanita berkhidmat pada kaum lelaki dalam majlis perkahwinan'.

Maksudnya :
"Daripada Sahl, beliau berkata : 'ketika Abu Usaid al Sai'mengadakan majlis perkahwinan, beliau menjemput Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Tidak menyediakan makanan dan tidak melayan mereka melainkan isterinya Ummu Usaid. Beliau merendamkan buah tamar di dalam sebuah bekas. Sebaik sahaja Nabi selesai makan, dia memerah tamar itu dan memberi Nabi minum air perahan tamar itu kepada baginda, beliau juga mengkhususkan untuk Nabi hidangan makanan'"

Berkata al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani : 'Hadis ini menunjukkan bahawa wanita boleh berkhidmat kepada suami dan para tetamunya. Jelaslah bahawa keharusan ini ketika tidak ada fitnah dan menutup aurat. Harus bagi suami menggunakan isterinya untuk perkara sebegini.

Ini merupakan hakikat ilmiah yang telah ditetapkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri dan para ulama' mengerti mengenainya serta tercatat di dalam kitab-kitab muktabar. Namun kita dapati mereka menyanggahi hal ini dan terus berhujah dengan kebatilan, bahkan mereka enggan mendengar apatah lagi menerima hakikat tersebut.

PenaDaie