Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

Tanggungjawab Pemuda Muslim

4.02.2011 0 komentar

Empat tanggungjawab pemuda muslim hari ini menurut Dr. Yusuf al Qaradawi :

1. Memahami Islam secara sahih
2. Mengamalkan Islam yang difahami
3. Menyebarkan Islam
4. Menggabungkan diri dengan kesatuan Islam


Wasiat Penyapu Lidi

2.23.2011 1 komentar


Lelaki tua yang melewati separuh abad usianya, tergopoh-gapah ke sebuah sekolah. Dia segera menemui pengetua, sambil membawa seikat penyapu lidi. Tanpa banyak bicara, terus diserahkan penyapu lidi itu. “Saya sudah tua, amal pun tak banyak. Saya cuma mampu memberikan penyapu lidi ini untuk meyapu sampah”, begitulah wasiatnya.

Lelaki tua datang dari jauh, hanya untuk menyerahkan seikat penyapu lidi. Di bawah cuaca terik tengahari, dia memberikan tiga ikat penyapu lidi di tiga buah sekolah yang berbeza. Andai dirinya kaya raya, mahu diwakafkan tanah untuk masjid dan sekolah, serta menunaikan zakat pada tiap kali genap tempohnya. Jika dia penguasa, mahu berlaku adil, memihak kepada yang lemah dan menolong mereka yang menderita. Tetapi usianya kini menjelang senja, cita-cita mulianya masih belum dikabulkan. Maka, dia mencari inisiatifnya sendiri.

Bebekalkan tenaga usia senja miliknya, dia meminta beberapa lembar daun kelapa milik jirannya. Diraut satu persatu daun kelapa sehingga menjadi tiga ikat penyapu lidi. Ikatan penyapu lidi, memberi makna sebuah jemaah, bentuk sebuah kesatuan umat. Penyapu lidi berfungsi untuk membersihkan sampah, antara tugas yang terhasil daripada gerakan jemaah ini adalah menyapu sampah masyarakat penipuan, korupsi, penindasan serta penyakit-penyakit sosial yang lain.

Ia memilih sekolah, harapannya penyapu lidi yang dihadiahkan difahami maknanya oleh semua peringkat usia. Sebuah generasi yang baik ditempa di sebuah tempat yang mendidik murid-muridnya taat pada kebersihan. Sampah hanyalah simbolik kekotoran yang juga melekat pada diri manusia. Penyapu lidi yang wujud dalam diri manusia adalah bentuk istighfar, kemaafan diri dan pemikiran positif berasaskan wahyu yang menjadi landasan manusia untuk menjadi manusia yang sebenarnya. Manusia yang taat pada Tuhannya, memanusiakan manusia yang lain, yang sentiasa menjauhi kekotoran dan berlaku adil.

Seikat penyapu lidi, melambangkan sebuah bentuk kesatuan umat. Sebuah generasi perlu difahamkan bahawa perjuangan memartabatkan kesucian Islam tidak mampu ditanggung seorang diri. Sebatang lidi terlalu mudah untuk dipatahkan berbanding seikat lidi. Seikat lidi juga ternyata dengan mudah mengikis karat-karat sampah berbading sebatang lidi. Satu kemestian untuk hidup berjemaah.

Melalui bahasa dan sudut pandangannya itu, lelaki tua itu memberikan penyapu lidi kepada sekolah. Dilihat kepada kewujudannya, memang tidak ada yang istimewa. Tetapi wasiat yang menyertai penyapu lidi itu, roh yang mengandungi nasihat dalam seikat penyapu lidi menjadi hidup dan mekar. Secara kasar, lelaki tua itu hanya orang biasa, tapi dia mahu menutup usianya dengan makna hidup yang luar biasa.

Setelah menyerahkan penyapu lidi, lelaki tua itu segera beredar. Dia telah menunaikan niat mulianya dengan cara yang dia yakininya mencapai matlamatnya. Pengajaran hidup untuk kita untuk lebih memaknakan sebuah kehidupan.

Catatan di tanah air
PenaDaie

Masih Mahu Beralasan??

11.19.2010 0 komentar
Selalu orang kata, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nak buat cari jalan, tak nak buat cari alasan. Seribu satu alasan bisa diberi jika kita memang tak berminat untuk melakukan. Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi jika kita benar-benar nekad untuk melakukannya. Kata-kata ini bukan teori baru dan bukan pujangga lapuk. Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu dan sudah berada dalam diri kita, namun kita sering tidak sedar dengan apa yang kita sedang lakukan. kita lebih tahu, kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau mencari alasan. Kita boleh menipu manusia lain, tapi kita tahu hakikatnya. Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita.

Berkemungkinan jalan yang sedang kita lalui agak samar-samar dan tidak jelas ke mana hala tujunya. Kadang-kadang juga tujuannya jelas tetapi lorongnya masih kabur. Namun, kesungguhan kita dalam mencari jalan terbaik untuk ditelusuri bakal mengundang hidayah dan petunjuk daripada Allah. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-’Ankabuut Ayat 69:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."


Selalunya bukan tidak ada jalan, tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan, cepat berputus asa dan lebih memilih untuk tidak meneruskan kesungguhan dan keazaman.

“Pasti ada jalan terbaik”

Kita perlu optimis dengan sentiasa meletakkan pergantungan hanya kepada Allah dalam mencari jalan dan memecah segala kebuntuan. Dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa bisa dicapai. Tatkala manusia ramai mengatakan tidak ada jalan, dia akhirnya menemui yang tidak disangka-sangka.

Orang yang berputus asa adalah orang-orang yang tidak yakin akan kehebatan dan kekuasaan Allah dalam menyinari jalan-jalan yang bakal kita lalui. Orang yang hidupnya penuh beralasan. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan telah menafikan segala bentuk petunjuk daripada menerangi laluan, lantas hasilnya adalah menemui jalan buntu. Mungkin kita termasuk dalam kalangan orang-orang ini. Jangan sesekali berputus asa.

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf : ayat 87


Kehidupan ini sentiasa menuntut kita membuat keputusan. Keputusan kita menentukan jalan mana yang akan dilalui. Jika kita memilih menjadi seorang Mukmin, maka jalan-Nya harus selari dengan tuntutan terhadap seorang Mukmin. Sekalipun kita buntu membuat pilihan terbaik, jangan pernah berputus asa untuk menonjolkan kesungguhan dan keazaman yang tinggi.

Pernahkah Rasulullah memberikan alasan bahawa kemungkaran terlalu meluas dan tidak sesuai untuk sebarkan dakwah semasa baginda diutus menjadi rasul? Atau baginda memberikan alasan bahawa baginda seorang yang ummi, tidak pandai menulis dan membaca? Pastinya tidak. Jalan yang dilalui oleh baginda jauh lebih hebat cabarannya berbanding apa yang sedang kita rasakan ‘susah’. Ya, memang susah rasanya nak berdakwah di tengah-tengah masyarakat Islam yang rosak, apakah kita rasa lebih susah daripada berdakwah ketika tidak ada seorang pun orang Islam? Memang susah rasanya berdakwah tatkala kesempitan wang, apakah kita rasa lebih susah daripada berdakwah tatkala dipulaukan seluruh masyarakat, diseksa dan dihalau?

Kita bagaimana? Sudahkah kita buntu mencari jalan tatkala masih banyak lorong-lorong yang belum kita terobosi? Adakah kita hanya keletihan kerana tidur berdengkur sepanjang hari? Sudahkah kita mendapat luka begitu hebat kerana menjalankan tugas dakwah? Persoalan-persoalan ini bisa menjelaskan status kita sebagai pencari jalan atau pencari alasan.

Jika kekayaan dijadikan alasan, Nabi Sulaiman memiliki kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Jika kesakitan menjadi alasan, Nabi Ayyub teruji dengan kesakitan yang amat hebat dan menyakitkan. Jika kekuasaan menjadi penghalang, Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang meliputi binatang dan jin. Jika orang tak mahu mendengar, Nabi Nuh berdakwah sehingga hampir seribu tahun. Nabi Ibrahim berdakwah sehingga dilemparkan ke dalam api yang marak. Kita, tidak dapat berdakwah kerana terlalu aman? Apakah di sisi kita punya perkara untuk dijadikan alasan?

Kalau nak buat, carilah 1001 jalan. Kalau tak nak buat, silakan carilah 1001 alasan. Ingat, setiap apa yang kita buat akan dipersoalkan.

Memaknakan Pengabdian

11.04.2010 0 komentar
Kita sebagai muslim mesti meletakkan keyakinan sepenuhnya bahawa kita tidak berada di dunia ini melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya untuk mereka menyembahKu" Surah al Zariyat : 56

Beribadah kepada Allah SWT dilahirkan daripada segala gerak geri dan tindak tanduk manusia yang baik, membangunkan ummah untuk memakmurkan bumi Allah, menegakkan kalimah Allah yang Maha Agung, melaksanakan hukum Allah dalam kehidupan daripada sekecil-kecil urusan hinggalah kepada sebesar-besar urusan manusia dengan mewujudkan rasa pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa di dalam jiwa muslim yang mana dia tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah SWT. Oleh yang demikian, setiap perkara yang dilakukan sekalipun hanya kerdipan mata adalah ibadah selama mana setiap gerakannya hanya berniat untuk Allah SWT.

Amal ibadah yang paling agung adalah melaksanakan syariat Allah SWT di muka bumi dan menegakkan hukum Allah dalam kehidupan seharian yang mana meliputi dan mengatur segala kehidupan manusia sama ada peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat, negara dan dunia.

Setiap muslim mempunyai misi dalam kehidupan ini iaitu memastikan segala urusan hidupnya berlandaskan syariat Allah SWT. Islam kita tidak akan sempurna kecuali dengan membawa misi ini dan pengabdian kepada Allah tidak dapat diwujudkan melainkan ia diamalkan dengan penuh kesungguhan secara berterusan dan penuh keikhlasan untuk diterapkan di alam realiti. Identiti seorang muslim yang sebenar dapat diwujudkan melalui misi ini dan menjadikan kehidupannya di dunia ini terlalu bermakna dan bernilai pada setiap saat waktu.

Setiap muslim mesti memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap misi ini dengan melaksanakan segalanya berdasarkan kemampuannya, mengorbankan sepenuh waktunya, mengorbankan jiwa dan harta demi misi ini. Segala pengorbanan ini merupakan tanda kehidupan yang sangat istimewa dan bernilai kerana ia adalah makna pengabdian yang tinggi dan petanda ia dekat dengan Allah SWT. Kenikmatan hidup tidak akan dapat dirasai tanpa ada pengorbanan untuk Islam dan tidak ada makna pengabdian kepada Allah SWT.

Semua ini adalah ibadah yang paling agung yang dilakukan oleh seorang muslim sejati. Kita sebagai muslim perlu sedar bahawa kita perlu melaksanakan misi ini tanpa berbelah bagi dan mesti bekerja tanpa mengenal erti lelah dan penat demi mendokong misi ini. Demi menjadi muslim sejati, sama-sama kita mengabdikan diri kepada Allah, menegakkan panji kalimah Allah dan melaksanakan syariat dan hukum Allah SWT. Semoga mendapat keredhaan Allah. Matlamat kita adalah Allah SWT.

Beberapa Approach Penting Dalam Bertahaluf

4.18.2009 0 komentar

Dalam bertahaluf atau bekerjasama bersama mana-mana badan politik ataupun tidak, jamaah Islam hendaklah memberi perhatian dalam beberapa perkara yang dikira boleh menjejaskan maslahah, sama ada maslahah itu adalah maslahah Islam ataupun maslahah jamaah itu sendiri. Sekadar menyebut beberapa perkara yang perlu diambil kira ialah;
1. Matlamat menegakkan sebuah negara Islam adalah yang paling utama dan sangat penting dalam strategi yang diambil oleh jamaah Islam. Oleh yang demikian, tahaluf atau kerjasama politik ini pada peringkat awalnya adalah jangan membuat satu ikatan atau dengan janji yang akan menghalang dari mencapai maksud dan tujuan menegakkan negara Islam itu atau terikat dengan syarat-syarat yang akan mengikat sehingga jamaah Islam itu terpaksa meminda dasarnya yang Islam kepada dasar liberal bahkan ke arah sekular.
Dalam konteks PAS bersama Pakatan Rakyat, ikatan yang dibina pada peringkat awal adalah bersifat longgar namun berusaha ke arah mengukuhkan ikatan dan kerjasama ini. Ini kerana dengan berpegang kepada kaedah " At-Ta'aawun 'ala mattafaqna wa tasaamuh 'ala makhtalahnaa fihi" iaitu, bekerjasama atas perkara yang dipersetuji dan bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan.
Kerjasama yang dibentuk pada asasnya adalah dalam perkara bersama yang dipersetujui iaitu sama-sama menolak kezaliman, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penipuan, salah urus tadbir dan sebagainya yang dilakukan oleh UMNO dan BArisan Nasional. Namun setiap parti itu ada dasar dan perlembagaan partinya, setiap parti ada matlamat yang diperjuangkan berdasarkan kerangka perlembagaan partinya. DAP dan PKR menerima kerangka perlembagaan bercorak sekular, pada asasnya tiada bezanya dengan UMNO dan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional.
Berbezanya UMNO dan DAP-PKR adalah UMNO terus dengan kerja penyelewengan serta ketidak-adilannya manakala DAP-PKR terus mengasak UMNO/BN, menolak penyelewengan dan ketidak-adilan yang UMNO/BN lakukan ke atas rakyat. Atas dasar inilah ada satu titik pertemuan antara PAS-PKR-DAP, bersama-sama menolak kelakuan aneh UMNO untuk mencapai keadilan umum.
Dalam isu dasar yang berbeza, Islam Vs. Sekular, selagi mana DAP-PKR tidak menolak terus dasar yang diperjuangkan oleh PAS, selagi itulah hubungan ini akan diteruskan. Maksud pengukuhan hubungan ini pada hemat saya adalah, setiap parti menghormati dan memahami dasar parti antara satu dengan yang lain. PAS berdiri di atas prinsip bahawa Islam adalah adil untuk semua manusia yang bernaung di bawahnya bahkan adalah lebih baik dari sistem demokrasi yang di amalkan sekarang. DAP-PKR harus diberi penerangan yang lebih tuntas tentang keadilan Islam yang menjamin kehidupan sesiapa sahaja sama ada Muslim atau non-muslim.
Non-Muslim di Malaysia selama ini mendapat maklumat yang salah tentang Islam yang dijaja oleh UMNO sejak Malaya merdeka lagi. Islam dilabelkan sebagi ketinggalan zaman, memecah-belahkan peraduan masyarakat, mundur dan tidak maju malah sehingga tahap mengatakan Islam yang dibawa oleh PAS akan mengancam ekonomi, pendidikan serta sosio-budaya non-muslim. Maka tidak hairanlah non-muslim menjauhkan diri dari PAS kerana takutkan Islam itu. UMNO-lah yang bertanggungjawab bersama parti komponen BN yang lain menyebarkan maklumat salah ini. maka menjadi tanggungjawab bagi PAS membetulkan kembali maklumat tentang keadilan Islam yang sebenar-benarnya.
Dengan memberi penerangan kepada non-muslim sehingga mereka ada rasa keyakinan terhadap Islam sehinggalah mereka tidak terasa 'terancam' dengan Islam, maka sudah pasti tidak akan timbul isu-isu sensitif seperti yang disebutkan oleh Karpal Singh atas kejahilannya sendiri tentang Islam. Justeru itu kerjasama antara parti akan bertambah kukuh dengan masing-masing parti memahami kehendak parti masing-masing. Inilah masanya PAS perlu mengambil peluang melebarkan dakwah Islamnya kepada non-muslim, kalaupun mereka tidak memeluk Islam, cukup sekadar mereka mendapat maklumat sebenar tentang tawaran Islam kepada kehidupan mereka yang lebih baik dari sistem demokrasi yang diamalkan sekarang.
2. Jamaah Islam perlu mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh serta mempunyai titik pertemuan dengan perkara-perkara prinsip yang boleh dipercayai dan bukannya membuat persefahaman denagn kumpulann-kumpulan yang lemah dan tidak berperanan. Setelah itu barulah melakukan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan non-muslim. Dalam perkara ini, PAS perlu terus-menerus melakukan hubungan dengan mana-mana badan bukan kerajaan yang diterajui oleh orang Islam meskipun apa yang diperjuangkan oleh badan-badan itu adalah berkaitan kemaslahatan umum. Setiap NGO memperjuangkan perkara tertentu yang bersifat umum sama ada memeperjuangkan hak kepenggunaan, hak asasi manusia, alam sekitar dan sebagainya sebagai tanda bahawa PAS juga memperjuangkan apa yang mereka perjuangkan. Yang membezakan hanyalah perbezaan politik dan umum. Motto PAS Islam for All atau Islam for All merangkumi semua perkara yang diperjuangkan atas apa-apa jua isu oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini dengan memberi pandangan dan kaedah penyelesaian menurut prinsip Islam. Setidaknya, setelah ada hubungan antara NGO-NGO muslim ini, para penyokong dan pendokong NGO-NGO ini menyedari bahawa PAS juga memperjuangkan apa yang mereka bawa, kesannya kemungkinan besar mana-mana kelompok di dalam masyarakat yang terbabit dengan isu yang diperjuangkan oleh NGO-NGO itu secara tidak langsung bersimpati dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS dan akan menterjemahkan sokongan itu dengan memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum atau kecil yang mendatang. 3. Jemaah Islam dewasa ini sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam khususnya serta isu-isu politik umumnya. Mentaliti masyarakat Melayu khususnya seolah-olah telah diprogramkan oleh UMNO/BN bahawa hanya UMNO/BN sahajalah yang boleh mentadbir dan "memberi rezeki" maka sebaliknya negara akan muflis dan huru-hara. Kesan daripada program mem'bodoh'kan rakyat sejak merdeka menyebabkan umat Islam berbangsa Melayu khususnya tidak dapat membezakan bahkan mengetahui perbezaan Islam dan idealogi-idealogi moden berteraskan sistem sekular. Dalam menghadapi karenah msyarakat yang masih dibelenggu kejahilan akibat dari program pembodohan rakyat anjuran UMNO/BN buat sekian lama, pimpinan jamaah Islam di setiap peringkat serta seluruh ahli-ahlinya perlu diperkuatkan dengan asas-asas ilmu Islam serta perbezaannya dengan sistem-sistem pemikiran sekular semasa. Dalam masa yang sama jamaah Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat sehingga mampu melahirkan pimpinan dan ahli yang dapat membezakan jamaah islam dan parti-parti sekular yang lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan yang melibatkan pertembungan antara 'aqidah dan idealogi sekular serta antara Islam dengan aliran-aliran pemikiran mode yang kini berjaya mencengkam minda sebahagian besar masyarakat yang akan ditempuhi oleh para pejuang Islam. Sekiranya tidak, kerjasama ataupun tahaluf dengan kumpulan non-muslim ini lebih memberi kesan negatif terhadap jamaah Islam itu sendiri. Perkara ini boleh menimbulkan bibit perpecahan antara ahli-ahli jamaah Islam yang 'baru' terjun ke lapangan dakwah dan politik Islam ini dengan membawa gaya dan corak pemikiran malah tindakan yang sama dilakukan oleh parti politik sekular yang lain serta dilihat terkeluar dari roh Islam atas alasan ingin 'cepat' mencapai kejayaan. Akhirnya musuh-mush Islam khususnya UMNO/BN akan terus-menerus menyebarkan propaganda kepada masyarakat bahawa jamaah islam ini tiada bezanya dengan parti sekular yang lain dari segi taktiknya, pemikirannya, tindakannya serta akhlaknya yang menyebabkan rakyat menjadi keliru bahkan merasa tar'tipu' seolah-olah jamaah Islam seperti PAS hanya berslogan dan berlambangkan Islam sahaja namun hakikatnya berperangai sama seperti UMNO/BN. Akhirnya rakyat mula ragu dengan apa yang dibawa oleh PAS dan mula berfikir bahawa PAS dan UMNO sama sahaja cuma lambang berbeza, maka lebih baik sokong UMNO. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, maka pemerkasaan program-program tarbiyah dan pembentangan kertas kerja ke arah pemantapan mentaliti ahli-ahli jamaah Islam khususnya PAS adalah amat-amat perlu disegerakan. Sekiranya perkara ini di abaikan, maka ahli-ahli yang lahir tidak menjalani proses tarbiyah Islamiyyah yang sempurna menyebabkan mereka akan bertindak lebih ke arah tindakan politk tanpa memikirkan tindakannya dari segi keadah-kaedah syar'iyyah. 4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan non-muslim adalah tidak berpanjangan. sama ada mereka akan menerima Islam atau akhirnya pertarungan atau permusuhan akan berlaku pada akhirnya. Barisan Nasional yang dianggotai oleh 100% aprti-parti politik sekular pun berlaku perpecahan dan keretakan umpama apa yang telah berlaku sebelum ini apabila SUPP mengumumkan keluar dari komponen Barisan Nasional, apatah lagi kerjasama antara parti politik Islam yang berteraskan 'aqidah dan parti-parti yang berteraskan falsafah aqal manusia yang nyata menolak autoriti wahyu dalam penyelesaian kehidupan manusia. Perkara ini dapat dirujuk di dalam seerah Rasulullah dan para sahabat baginda sebagaimana yang pernah berlaku kepada Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu apabila hubungan beliau dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Berdasarkan peristiwa yang berlaku di atas, maka jamaah Islam hendaklah membuat ikatan yang longgar dan bukan bersifat perjanjian agar iakatan itu tidak membelenggu kita pada masa akan datang. realiti di dalam Pakatan Rakyat, ikatan yang dibuat adalah bersifat longgar dari segi prinsip dan dasar parti ( kerana perbezaan dari sudut perlembagaan parti) namun agak kukuh pada perkara-perkara yang dipersetujui umpanya menolak undang-undang zalim, ISA dan OSA memerangi rasuah, menentang penyelewengan, salah guna kuasa, salah guna media, pencabulan hak asasi manusia dan sebagainya. PKR dan DAP adalah merupakan parti yang mengamalkan sistem politik sekular dalam urusan pastinya, dari segi struktur, tiada bezanya mereka ini dengan UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain. Bezanya PKR-DAP dan UMNO/BN adalah, UMNO/BN dengan dasar tidak telusnya manakala PKR-DAP mendesak UMNO/BN bersikap telus dan menolak segala unsur slah guna kuasa dan penyelewengan dlam pentadbiran negara. Namun kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah ta'ala yang bersifat lemah akalnya, mampukah kita yang bersifat lemah ini menentukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Boleh jadi pada suatu masa nanti, apabila pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rasuah dan menyeleweng sudah disingkirkan dan digantikan dengan pemimpin yang dianggap bersih dan suci disisi amalan sekular walaupun menolak Islam, bagaimana pula pendirian PKR dan DAP ketika itu? Islam tidak menjadi asas dan apa yang hendak diperjuangkan oleh PKR dan DAP, apakah ketika itu mereka akan bersama UMNO/BN? Boleh jadi mereka akan meninggalkan PAS ketika itu. Namun tiada siapa yang mampu menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kerana itulah ikatan yang dibuat adalah tidak melibatkan pindaan dasar dan prinsip parti semata-mata mahu mendapatkan sokongan parti sekular kerana islam adalah yang peling utama mengatasi segala yang lain. 5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip jamaah Islam yang manjadikan Islam sebagai dasar dan amalan parti kerana kenyataan-kenyataan itu nanti bukan sahaja perlu mengikut selera jamaah islam tetapi perlu juga menurut selereka mereka. Ini kerana kenyataan-kenyatan yang hendak dikeluarkan hendaklah senada dan tidak menimbulkan suatu perkara yang boleh dijadikannya sebagai suatu isu oleh musuh Pakatan Rakyat umpamanya propaganda UMNO/BN di dada media yang dikuasainya bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya berpecah dan tidak bersatu. Kenyataan berkaitan dasar parti hendaklah dibincangkan dalam peringkat jawatankuasa bersama antara parti agar semua parti memahami dan menghormati dasar dan prinsip antara parti. Jamaah Islam perlu mengambil peluang ini untuk berbincang, memberi penerangan dan kefahaman untuk memperbetulkan salah faham tentang Islam yang kononnya tidak adil, ganas, mengancam kehidupan non-muslim dan sebagainya kepada pimpinan parti sekular atas dasar dakwah. Setidak-tidaknya mereka menghormati prinsip keadilan Islam yang di bawa oleh jamaah Islam dan bolej jadi akan menimbulkan minat mereka untuk mengetahui tentang keindahan Islam dengan lebih mendalam sehinggalah akhirnya akan melahirkan non-muslim yang sanggup untuk turun di tengah-tengah masyarakat mereka sendiri untuk meyakinkan anggota masyarakat non-muslim yang lain tentang jaminan hidup dan keadilan yang islam tawarkan. Pada dasarnya, memanglah manusia yang tidak beriman kepada Allah maka taada suka manusia-manusia itu kepada manusia yang beriman kepada Allah. Namun Allah melarang manusia yang beriman kepadanya untuk memaksa manusia lain untuk beriman kepadanya melainkan dengan memberi penerangan dan kefahaman tentang Allah dan undang-undangnya yang adil untuk semua manusia. Moga-moga Allah jinakkan hati-hati mereka kepada Islam. Namun pada asanya juga manusia ini tiada siapa pun pada asalnya mahukan kepada pewrkara jahat, semua yang manusia mahu adalah perkara hendak jadi baik belaka. Cuma atas sebab kejahilan dan kekangan serta persaingan hidup yang mencabar, manusia tiada jawapan untuk mengahadapi hidupnya untuk menyelesaikan masalah hidup melainkan dengan penyelseain yang Allah telah sediakan. Maka jika diberi penerangan tentang tawaran-tawaran Allah ini, insya-Allah, manusia-manusia yang terbuka hatinya akan jinak seterusnya mereka tunduk jua kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Maka PAS dengan sedaya upaya untuk memberi faham kepada mana-mana pihak yang tidak faham tentang Islam agar mereka merasa terbuka dan menghormatinya. Apabila masing-masing menghormati antara satu sama lain, maka kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan akan berbunyi seperti satu suara dan bukan sebaliknya. 6. Maka akhirnya, pimpinan serta ahli-ahli jamaah islam perlu berwaspada terhadap tipu daya mereka ini dengan bergantung kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kebijaksanaan-Nya. Firman Allah mafhumnya;

".. dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan2 itu, kemudian sesudah engkau berazam ( sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu keputusan) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya allah ta'ala maha mengasihi orang2 yg bertawakkal kepada-Nya" ( surah Ali-Imran ayat 159 ). Wallahu A'lam. (al-Banjary)