Babi Pula Yang Selsema

4.29.2009 0 komentar
Ambo ore Biaso

Dulu selsema burung, kini selsema babi pulak. Lepas ni entah apa pula yang akan selsema pulak. Kucing ke, anjing ke, tak pun selsema gajah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dulu kalau kita sebut saja ‘babi’ seolah-olah tidak sopan dan agak kasar bunyinya, tapi kalau kita sebut ‘khinzir’ bunyinya macam sopan sedikit dan agak manis sebutannya. Hakikatnya babi atau khinzir ini adalah benda yang sama iaitu sejenis binatang dan merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t. Mungkin untuk bulan April ini selayaknya kita menobatkan babi sebagai haiwan paling popular peringkat antarabangsa kerana rata-rata seluruh media elektronik, media cetak semuanya bercerita mengenai isu babi ini

Maksud firman Allah dalam surah al Baqarah ayat yang ke 173 :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disenbelih tidak kerana Allah ; maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah is berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi atau swine flu berpunca daripada sejenis virus terbaru iaitu H1N1 iaitu sejenis virus yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia. Wabak ini dilaporkan sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat, 1500 telah dijangkiti dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Macam bahaya sungguh virus ini. Semasa wabak selsema burung dulu ramai juga yang terkorban, tapi selsema burung tersebar melalui burung. Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Mari kita tengok reaksi negara-negara di dunia terhadap wabak ini :
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menggantung semua import babi dan produk daging berkenaan semalam sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap penularan wabak selesema babi.
Langkah itu dilakukan berikutan pertemuan menteri-menteri kanan yang berbincang mengenai koordinasi terhadap ancaman wabak itu terhadap Indonesia.

Sementara itu di Bangkok, pihak berkuasa Thailand mula memasang alat pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bagi menyekat kemasukan produk babi dari Mexico atau Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Witthaya Kaewparadai berkata, para penumpang dari beberapa destinasi turut diperiksa terhadap simptom jangkitan virus selesema babi. – AFP
MANILA - Pihak berkuasa kesihatan Filipina semalam menggesa orang ramai mengelak berpelukan dan berkucupan di tempat awam berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.

Pada Ambo, sudah tidak ada benda lain ke yang hendak dimakan, kenapa babi juga yang menjadi pilihan? Ambo tidak menyalahkan babi dalam kes ini, babi tidak bersalah. Babi adalah makhluk ciptaan Allah, ada hikmah disebalik penciptaan babi ini. Cuma babi hanya diharamkan untuk dimakan dan dikira sebagai najis mughallazoh(berat) sekiranya menyentuh babi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala hikmahnya.

Maksud firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”


Kenapa Masih Tidak Faham-Faham

4.28.2009 0 komentar

Susah juga nak memahamkan mereka yang tak reti-reti nak faham ni. Ibarat kata Ustaz Nik Abduh inilah antara ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’. Cuba fahami betul-batul apa yang disampaikan oleh Tuan Guru haji Abdul Hadi. Kalu diri tu sudah masih jahil, jangan cuba berlagak jadi ulama’ pula. Inilah yang disifatkan sebagai ‘bodoh sombong’. Malas nak ulas panjang-panjang, ini Ambo ada bawa kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkenaan isu ‘Unity Government’. Perhatikan betul-betul…

Dipetik daripada Blog Presiden.
PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara. Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Harapan Ambo, kalau masih tidak faham istilah ‘Unity Government’ usah cuba nak bicara atau mengulas isu ini.


Sanggup Ketepikan Kepentingan Islam

4.27.2009 0 komentar

Demi politik Najib sanggup gadaikan Islam...
KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.
Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam. Klik untuk baca selanjutnya di Harakah Daily

Di sini juga Ambo ada nak tunjukkan Draf Cadangan Penyelesaian Isu Keluarga Mohd Ridzuan Abdullah dan keluarga yang disediakan oleh Fellow MANHAL PMRAM 2009, hasil kajian : saudara Syed Abdul Qadir al-Joofre, saudara Abd Rahman Mohd Tharin, saudara Mohd Nazrul Abd Nasir dan saudara Hairul Nizam Mat Husain. Sila ke link ini untuk baca draf cadangan tersebut.

Soalan Dan Jawapan

2 komentar

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.
Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar.
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik
"Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Saya hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

Allahuakbar!!! Kerdilnya kita ini...

4.24.2009 0 komentar
Perhatikan pada gambar di bawah ini dan saksikan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Alangkah kerdilnya kita sebagai manusia yang hanya salah satu makhluk yang mendiami bumi.

Firman Allah dalam surah al A'raf ayat ke 54 :
"Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas 'Arasy: Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras(silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakannya) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya, Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan(sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekelian alam."

Hadis Rasulullah s.a.w "Berfikirlah kamu pada makhluk (ciptaan) Allah dan janganlah kamu berfikir mengenai zat Allah"

Komuniti Blogger Azhari


P/S : cuma sekadar ingin mengingatkan dengan menaqalkan satu kalam daripada seseorang :

"sekiranya kamu ingin melakukan maksiat, carilah satu 'tempat' di alam ini yang tidak diciptakan oleh Allah, berbahagialah kamu melakukan maksiat di 'sana'. Sekiranya tiada, taatlah kepada perintah Allah dan RasulNya."

Tudung Dan Imam

0 komentar

Artikel ini diciplak daripada blog 'Orang Kampung'. Ayuh kita sama-sama mengambil istifadah(pengajaran) daripadanya.

Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung... Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!

Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC... sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!

Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaikkkkk...

Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???

Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!!. Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.

Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… Ada ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam... Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!

Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???

Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.

Kejam Dan Songsang!!!

4.23.2009 0 komentar
Perhatikan video ni... memang melampau sungguh. Memang tidak sesuai untuk tontonan umum tetapi sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran terhadap situasi yang berlaku dalam masyarakat kita...



Ini lagi satu video, memang cukup-cukup teruk...
Jangan terkejut bila medapat tahu bahawa filem ini diarahkan dan diterbitkan oleh anak Melayu dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Memang cukup pedih hati ini bila menontonnya. Nilai suci murni Islam kian terhakis, nafsu yang diagung-agungkan.
Jangan sampai mengundang Bala daripada Allah s.w.t...
Ayuh sama-sama kita gerakkan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar




Mengurus Waktu Mengulang Al Quran

4.19.2009 2 komentar

Masa bukanlah emas sebab masa tidak boleh dijual beli. Masa sebenarnya adalah degupan jantung anda. Masa adalah nyawa anda, kehidupan anda. Sebanyak mana masa berlalu, kita semakin menghampiri kematian.

Penghafal Al Quran perlu bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulang Al Quran dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam mengingati Al Quran. Tidak kira samada anda menghafal secara sempurna 30 juzu' atau sekadar beberapa juzu' atau sekadar menghafal beberapa surah pilihan. Sebagai Penghafal Al Quran anda perlu :

Pastikan waktu untuk membaca dam mengulang Al Quran lebih daripada 3 jam sehari selain daripada waktu kelas. Malah untuk kesan yang lebih baik, anda perlu mengulang sehingga 5-7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5-7 jam ini bukanlah mengulang secara berterusan selama 5-7 jam. Anda mungkin mampu mengatur masa seperti mengulang 1 jam sebelim waktu subuh, 2 jam pada waktu petang dan 3 jam pada waktu malam. Ini menjadikan waktu anda bersama Al Quran adalah 6 jam sehari.

Sememangnya dimaklumi bahawa tahap kodentrasi atau tumpuan mengulang setiap individu adalah berbeza. Ada individu yang boleh menumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20-30 minit. Jangan paksa atau menyeksa diri anda, sekiranya anda merasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika, iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu, sambung semula pengulangan anda. Untuk lebih memantapkan ingatan, sebelum mengulang yang lain, cuba imbas surah-surah atau ayat-ayat yang telah anda ulang sebelumnya.

Jangan letakkan matlamat mengulang dengan jumlah terlalu besar, biar sesuai dengan tahap ingatan dan kemantapan hafalan. Jumlah mukasurat, maqra', surah dan juzu' yang mahu diulang mestilah anda tahu
yang anda mampu menghabiskan dalam masa yang ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk mengulang 1 juzu’ yang kurang lancar dalam masa 30 minit adalah tidak realistik (pada pandangan saya). Sebaliknya matlamat untuk menghabiskan dan melancarkan 4 maqra’ atau setengah juzu' yang kurang lancar adalah lebih munasabah dan boleh dicapai. Sekiranya matlamat yang ingin dicapai terlalu besar dalam masa yang agak singkat, dibimbangi akan memberi tekanan dan lebih tertumpu untuk menghabiskan pengulangan semata-mata tanpa betul memantapkan hafalan. Hasilnya, hafalan tidak betul-betul lancar dan tidak kekal lama.

Sediakan jadual mengulang atau perancangan mingguan tentang bilangan juzu’ yang mahu diulang. Ini adalah sangat penting kerana dengan adanya jadual ini maka anda tahu berapa bilangan juzu’ yang perlu anda habiskan setiap minggu bagi mengekalkan hafazan.

Sediakan senarai tugas harian (to do list) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang an
da mahu lakukan pada esok hari. Tentukan tahap kepentingan (aulawiyat) setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Sebagai penghafal Al Quran, utamakan pengulangan Al Quran daripada aktiviti anda yang lain kerana anda perlu “put first things first”.Ini kerana Nabi S.A.W pernah menyatakan di dalam sebuah hadis bahawa Al Quran yang dihafal adalah seperti unta. Sekiranya ia tidak dijaga dengan rapi ia akan lari. Begitu juga Al Quran yang dihafal, sekiranya tidak diulang, ia akan hilang daripada ingatan.

Rekodkan progress anda pada sebuah 'buku catatan khas'. Setakat mana anda telah menjayakan perancangan pengulangan Al Quran anda?? Tandakan setiap juzu’, surah yang diulang dengan lancar dalam senarai “to do” anda. Harus diingat, hal ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Walaupun telah lancar, Al Quran perlu diulang bagi mengekalkan kelancaran hafalannya. Pengulangan yang terbaik bagi mengekalkan kelancaran hafalan adalah dengan mengulang di dalam solat kerana bacaan Al Quran yang paling baik adalah di dalam solat.

Cuba hargai diri anda dengan mengganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

Gunakan teknik mengulang yang berkesan. Mengulang 1 jam dengan penuh tumpuan adalah lebih baik daripada mengulang 3 jam dengan fikiran melayang.

Cuba untuk fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa mengulang anda terhadap proses “recall” iaitu mengingati semula apa yang telah diulang kerana ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran bertahan lama.

Gunakan Al Quran kecil atau mengulang dengan rakan untuk memenuhi masa diantara kelas, ketika menunggu bas, selepas rehat, sebelum masuk kelas dan lain-lain. Sekiranya dihitung masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya adalah 1-2 jam sehari. Oleh itu manfaatkan masa ini dengan mengulang Al Quran.

Tahukah anda sekiranya anda mengulang secara konsisten cuma 1 jam sehari selain waktu kelas, ini bermakna anda hanya mengulang Al Quran yang anda hafal selama 15 hari sahaja dalam setahun?? Ke mana perginya 365 hari hari lagi masa anda??

Tidak ada guna anda bersusah payah menghafal tetapi sekadar mengulang ayat-ayat yang sering dibaca dan ayat-ayat yang popular sahaja...

Fikir-fikirkan…

Jagalah Al Quran dengan sebaiknya, Insya'Allah Allah akan menjaga sesiapa yang menjaga kalam-Nya.

Bila Nak Kahwin???

4.18.2009 0 komentar

Bila nak kahwin??
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahupun taulan
Itu sahaja yang menjadi bualan

Bila nak kahwin??
Selalu aku jelaskan
Pelajaran perlu diutamakan
Yang lain akan datang kemudian
Usah digopohkan perkara yang telah ditentukan

Bila nak kahwin??
Aku belum bersedia
Ilmu tidak cukup di dada
Harta satu pun tiada
Bagaimana hendak menjaga anak dara??

Bila nak kahwin??
Aduuhh..aku disoal lagi
Nak kahwin dengan siapa??
Calon pun tiada..
Kamu itu memilih sangat agaknya
Tidak..cuma aku belum bersedia..

Bila nak kahwin??
Ramai sahabat yang sudah..
Kamu bila pula??
Kahwin ini bukan mudah..
Berat amanah di dalamnya..

Bila nak kahwin??
Sungguh aku bosan
Banyak lagi soalan yang harus diajukan
Kenapa asyik topik itu yang dihadapkan
Apa kita nak hairan dan risaukan
Jodoh kita, Allah sudah tentukan..

Bila nak kahwin??
Pada yang asyik bertanya
Dengarlah nasihat hamba
Semua sudah ditentukan-Nya
Usah dirisaukan apa-apa
Jika sudah tiba masanya
Akanku hebahkan segalanya...

Beberapa Approach Penting Dalam Bertahaluf

0 komentar

Dalam bertahaluf atau bekerjasama bersama mana-mana badan politik ataupun tidak, jamaah Islam hendaklah memberi perhatian dalam beberapa perkara yang dikira boleh menjejaskan maslahah, sama ada maslahah itu adalah maslahah Islam ataupun maslahah jamaah itu sendiri. Sekadar menyebut beberapa perkara yang perlu diambil kira ialah;
1. Matlamat menegakkan sebuah negara Islam adalah yang paling utama dan sangat penting dalam strategi yang diambil oleh jamaah Islam. Oleh yang demikian, tahaluf atau kerjasama politik ini pada peringkat awalnya adalah jangan membuat satu ikatan atau dengan janji yang akan menghalang dari mencapai maksud dan tujuan menegakkan negara Islam itu atau terikat dengan syarat-syarat yang akan mengikat sehingga jamaah Islam itu terpaksa meminda dasarnya yang Islam kepada dasar liberal bahkan ke arah sekular.
Dalam konteks PAS bersama Pakatan Rakyat, ikatan yang dibina pada peringkat awal adalah bersifat longgar namun berusaha ke arah mengukuhkan ikatan dan kerjasama ini. Ini kerana dengan berpegang kepada kaedah " At-Ta'aawun 'ala mattafaqna wa tasaamuh 'ala makhtalahnaa fihi" iaitu, bekerjasama atas perkara yang dipersetuji dan bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan.
Kerjasama yang dibentuk pada asasnya adalah dalam perkara bersama yang dipersetujui iaitu sama-sama menolak kezaliman, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penipuan, salah urus tadbir dan sebagainya yang dilakukan oleh UMNO dan BArisan Nasional. Namun setiap parti itu ada dasar dan perlembagaan partinya, setiap parti ada matlamat yang diperjuangkan berdasarkan kerangka perlembagaan partinya. DAP dan PKR menerima kerangka perlembagaan bercorak sekular, pada asasnya tiada bezanya dengan UMNO dan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional.
Berbezanya UMNO dan DAP-PKR adalah UMNO terus dengan kerja penyelewengan serta ketidak-adilannya manakala DAP-PKR terus mengasak UMNO/BN, menolak penyelewengan dan ketidak-adilan yang UMNO/BN lakukan ke atas rakyat. Atas dasar inilah ada satu titik pertemuan antara PAS-PKR-DAP, bersama-sama menolak kelakuan aneh UMNO untuk mencapai keadilan umum.
Dalam isu dasar yang berbeza, Islam Vs. Sekular, selagi mana DAP-PKR tidak menolak terus dasar yang diperjuangkan oleh PAS, selagi itulah hubungan ini akan diteruskan. Maksud pengukuhan hubungan ini pada hemat saya adalah, setiap parti menghormati dan memahami dasar parti antara satu dengan yang lain. PAS berdiri di atas prinsip bahawa Islam adalah adil untuk semua manusia yang bernaung di bawahnya bahkan adalah lebih baik dari sistem demokrasi yang di amalkan sekarang. DAP-PKR harus diberi penerangan yang lebih tuntas tentang keadilan Islam yang menjamin kehidupan sesiapa sahaja sama ada Muslim atau non-muslim.
Non-Muslim di Malaysia selama ini mendapat maklumat yang salah tentang Islam yang dijaja oleh UMNO sejak Malaya merdeka lagi. Islam dilabelkan sebagi ketinggalan zaman, memecah-belahkan peraduan masyarakat, mundur dan tidak maju malah sehingga tahap mengatakan Islam yang dibawa oleh PAS akan mengancam ekonomi, pendidikan serta sosio-budaya non-muslim. Maka tidak hairanlah non-muslim menjauhkan diri dari PAS kerana takutkan Islam itu. UMNO-lah yang bertanggungjawab bersama parti komponen BN yang lain menyebarkan maklumat salah ini. maka menjadi tanggungjawab bagi PAS membetulkan kembali maklumat tentang keadilan Islam yang sebenar-benarnya.
Dengan memberi penerangan kepada non-muslim sehingga mereka ada rasa keyakinan terhadap Islam sehinggalah mereka tidak terasa 'terancam' dengan Islam, maka sudah pasti tidak akan timbul isu-isu sensitif seperti yang disebutkan oleh Karpal Singh atas kejahilannya sendiri tentang Islam. Justeru itu kerjasama antara parti akan bertambah kukuh dengan masing-masing parti memahami kehendak parti masing-masing. Inilah masanya PAS perlu mengambil peluang melebarkan dakwah Islamnya kepada non-muslim, kalaupun mereka tidak memeluk Islam, cukup sekadar mereka mendapat maklumat sebenar tentang tawaran Islam kepada kehidupan mereka yang lebih baik dari sistem demokrasi yang diamalkan sekarang.
2. Jamaah Islam perlu mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh serta mempunyai titik pertemuan dengan perkara-perkara prinsip yang boleh dipercayai dan bukannya membuat persefahaman denagn kumpulann-kumpulan yang lemah dan tidak berperanan. Setelah itu barulah melakukan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan non-muslim. Dalam perkara ini, PAS perlu terus-menerus melakukan hubungan dengan mana-mana badan bukan kerajaan yang diterajui oleh orang Islam meskipun apa yang diperjuangkan oleh badan-badan itu adalah berkaitan kemaslahatan umum. Setiap NGO memperjuangkan perkara tertentu yang bersifat umum sama ada memeperjuangkan hak kepenggunaan, hak asasi manusia, alam sekitar dan sebagainya sebagai tanda bahawa PAS juga memperjuangkan apa yang mereka perjuangkan. Yang membezakan hanyalah perbezaan politik dan umum. Motto PAS Islam for All atau Islam for All merangkumi semua perkara yang diperjuangkan atas apa-apa jua isu oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini dengan memberi pandangan dan kaedah penyelesaian menurut prinsip Islam. Setidaknya, setelah ada hubungan antara NGO-NGO muslim ini, para penyokong dan pendokong NGO-NGO ini menyedari bahawa PAS juga memperjuangkan apa yang mereka bawa, kesannya kemungkinan besar mana-mana kelompok di dalam masyarakat yang terbabit dengan isu yang diperjuangkan oleh NGO-NGO itu secara tidak langsung bersimpati dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS dan akan menterjemahkan sokongan itu dengan memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum atau kecil yang mendatang. 3. Jemaah Islam dewasa ini sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam khususnya serta isu-isu politik umumnya. Mentaliti masyarakat Melayu khususnya seolah-olah telah diprogramkan oleh UMNO/BN bahawa hanya UMNO/BN sahajalah yang boleh mentadbir dan "memberi rezeki" maka sebaliknya negara akan muflis dan huru-hara. Kesan daripada program mem'bodoh'kan rakyat sejak merdeka menyebabkan umat Islam berbangsa Melayu khususnya tidak dapat membezakan bahkan mengetahui perbezaan Islam dan idealogi-idealogi moden berteraskan sistem sekular. Dalam menghadapi karenah msyarakat yang masih dibelenggu kejahilan akibat dari program pembodohan rakyat anjuran UMNO/BN buat sekian lama, pimpinan jamaah Islam di setiap peringkat serta seluruh ahli-ahlinya perlu diperkuatkan dengan asas-asas ilmu Islam serta perbezaannya dengan sistem-sistem pemikiran sekular semasa. Dalam masa yang sama jamaah Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yang kuat sehingga mampu melahirkan pimpinan dan ahli yang dapat membezakan jamaah islam dan parti-parti sekular yang lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan yang melibatkan pertembungan antara 'aqidah dan idealogi sekular serta antara Islam dengan aliran-aliran pemikiran mode yang kini berjaya mencengkam minda sebahagian besar masyarakat yang akan ditempuhi oleh para pejuang Islam. Sekiranya tidak, kerjasama ataupun tahaluf dengan kumpulan non-muslim ini lebih memberi kesan negatif terhadap jamaah Islam itu sendiri. Perkara ini boleh menimbulkan bibit perpecahan antara ahli-ahli jamaah Islam yang 'baru' terjun ke lapangan dakwah dan politik Islam ini dengan membawa gaya dan corak pemikiran malah tindakan yang sama dilakukan oleh parti politik sekular yang lain serta dilihat terkeluar dari roh Islam atas alasan ingin 'cepat' mencapai kejayaan. Akhirnya musuh-mush Islam khususnya UMNO/BN akan terus-menerus menyebarkan propaganda kepada masyarakat bahawa jamaah islam ini tiada bezanya dengan parti sekular yang lain dari segi taktiknya, pemikirannya, tindakannya serta akhlaknya yang menyebabkan rakyat menjadi keliru bahkan merasa tar'tipu' seolah-olah jamaah Islam seperti PAS hanya berslogan dan berlambangkan Islam sahaja namun hakikatnya berperangai sama seperti UMNO/BN. Akhirnya rakyat mula ragu dengan apa yang dibawa oleh PAS dan mula berfikir bahawa PAS dan UMNO sama sahaja cuma lambang berbeza, maka lebih baik sokong UMNO. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, maka pemerkasaan program-program tarbiyah dan pembentangan kertas kerja ke arah pemantapan mentaliti ahli-ahli jamaah Islam khususnya PAS adalah amat-amat perlu disegerakan. Sekiranya perkara ini di abaikan, maka ahli-ahli yang lahir tidak menjalani proses tarbiyah Islamiyyah yang sempurna menyebabkan mereka akan bertindak lebih ke arah tindakan politk tanpa memikirkan tindakannya dari segi keadah-kaedah syar'iyyah. 4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan non-muslim adalah tidak berpanjangan. sama ada mereka akan menerima Islam atau akhirnya pertarungan atau permusuhan akan berlaku pada akhirnya. Barisan Nasional yang dianggotai oleh 100% aprti-parti politik sekular pun berlaku perpecahan dan keretakan umpama apa yang telah berlaku sebelum ini apabila SUPP mengumumkan keluar dari komponen Barisan Nasional, apatah lagi kerjasama antara parti politik Islam yang berteraskan 'aqidah dan parti-parti yang berteraskan falsafah aqal manusia yang nyata menolak autoriti wahyu dalam penyelesaian kehidupan manusia. Perkara ini dapat dirujuk di dalam seerah Rasulullah dan para sahabat baginda sebagaimana yang pernah berlaku kepada Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu apabila hubungan beliau dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Berdasarkan peristiwa yang berlaku di atas, maka jamaah Islam hendaklah membuat ikatan yang longgar dan bukan bersifat perjanjian agar iakatan itu tidak membelenggu kita pada masa akan datang. realiti di dalam Pakatan Rakyat, ikatan yang dibuat adalah bersifat longgar dari segi prinsip dan dasar parti ( kerana perbezaan dari sudut perlembagaan parti) namun agak kukuh pada perkara-perkara yang dipersetujui umpanya menolak undang-undang zalim, ISA dan OSA memerangi rasuah, menentang penyelewengan, salah guna kuasa, salah guna media, pencabulan hak asasi manusia dan sebagainya. PKR dan DAP adalah merupakan parti yang mengamalkan sistem politik sekular dalam urusan pastinya, dari segi struktur, tiada bezanya mereka ini dengan UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain. Bezanya PKR-DAP dan UMNO/BN adalah, UMNO/BN dengan dasar tidak telusnya manakala PKR-DAP mendesak UMNO/BN bersikap telus dan menolak segala unsur slah guna kuasa dan penyelewengan dlam pentadbiran negara. Namun kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah ta'ala yang bersifat lemah akalnya, mampukah kita yang bersifat lemah ini menentukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Boleh jadi pada suatu masa nanti, apabila pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rasuah dan menyeleweng sudah disingkirkan dan digantikan dengan pemimpin yang dianggap bersih dan suci disisi amalan sekular walaupun menolak Islam, bagaimana pula pendirian PKR dan DAP ketika itu? Islam tidak menjadi asas dan apa yang hendak diperjuangkan oleh PKR dan DAP, apakah ketika itu mereka akan bersama UMNO/BN? Boleh jadi mereka akan meninggalkan PAS ketika itu. Namun tiada siapa yang mampu menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kerana itulah ikatan yang dibuat adalah tidak melibatkan pindaan dasar dan prinsip parti semata-mata mahu mendapatkan sokongan parti sekular kerana islam adalah yang peling utama mengatasi segala yang lain. 5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip jamaah Islam yang manjadikan Islam sebagai dasar dan amalan parti kerana kenyataan-kenyataan itu nanti bukan sahaja perlu mengikut selera jamaah islam tetapi perlu juga menurut selereka mereka. Ini kerana kenyataan-kenyatan yang hendak dikeluarkan hendaklah senada dan tidak menimbulkan suatu perkara yang boleh dijadikannya sebagai suatu isu oleh musuh Pakatan Rakyat umpamanya propaganda UMNO/BN di dada media yang dikuasainya bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya berpecah dan tidak bersatu. Kenyataan berkaitan dasar parti hendaklah dibincangkan dalam peringkat jawatankuasa bersama antara parti agar semua parti memahami dan menghormati dasar dan prinsip antara parti. Jamaah Islam perlu mengambil peluang ini untuk berbincang, memberi penerangan dan kefahaman untuk memperbetulkan salah faham tentang Islam yang kononnya tidak adil, ganas, mengancam kehidupan non-muslim dan sebagainya kepada pimpinan parti sekular atas dasar dakwah. Setidak-tidaknya mereka menghormati prinsip keadilan Islam yang di bawa oleh jamaah Islam dan bolej jadi akan menimbulkan minat mereka untuk mengetahui tentang keindahan Islam dengan lebih mendalam sehinggalah akhirnya akan melahirkan non-muslim yang sanggup untuk turun di tengah-tengah masyarakat mereka sendiri untuk meyakinkan anggota masyarakat non-muslim yang lain tentang jaminan hidup dan keadilan yang islam tawarkan. Pada dasarnya, memanglah manusia yang tidak beriman kepada Allah maka taada suka manusia-manusia itu kepada manusia yang beriman kepada Allah. Namun Allah melarang manusia yang beriman kepadanya untuk memaksa manusia lain untuk beriman kepadanya melainkan dengan memberi penerangan dan kefahaman tentang Allah dan undang-undangnya yang adil untuk semua manusia. Moga-moga Allah jinakkan hati-hati mereka kepada Islam. Namun pada asanya juga manusia ini tiada siapa pun pada asalnya mahukan kepada pewrkara jahat, semua yang manusia mahu adalah perkara hendak jadi baik belaka. Cuma atas sebab kejahilan dan kekangan serta persaingan hidup yang mencabar, manusia tiada jawapan untuk mengahadapi hidupnya untuk menyelesaikan masalah hidup melainkan dengan penyelseain yang Allah telah sediakan. Maka jika diberi penerangan tentang tawaran-tawaran Allah ini, insya-Allah, manusia-manusia yang terbuka hatinya akan jinak seterusnya mereka tunduk jua kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Maka PAS dengan sedaya upaya untuk memberi faham kepada mana-mana pihak yang tidak faham tentang Islam agar mereka merasa terbuka dan menghormatinya. Apabila masing-masing menghormati antara satu sama lain, maka kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan akan berbunyi seperti satu suara dan bukan sebaliknya. 6. Maka akhirnya, pimpinan serta ahli-ahli jamaah islam perlu berwaspada terhadap tipu daya mereka ini dengan bergantung kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kebijaksanaan-Nya. Firman Allah mafhumnya;

".. dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan2 itu, kemudian sesudah engkau berazam ( sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu keputusan) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya allah ta'ala maha mengasihi orang2 yg bertawakkal kepada-Nya" ( surah Ali-Imran ayat 159 ). Wallahu A'lam. (al-Banjary)

Couple

4.14.2009 1 komentar

Hujah yg sering ditimbulkan oleh mereka yg ber"couple" sblm berkahwin...
Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual bersama, berbincang,..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (HR Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (HR Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib sebagai amalan soleh?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun,
carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan, fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut
manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu
kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan
memakannya.

Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat
sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.

Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah
dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.

Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya
menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah
dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita
yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu
pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah
mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.

Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak ke mana!

Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Bersiap menghadapi ‘peperangan’

4.13.2009 1 komentar
Hari yang dijanjikan semakin menghampiri, sememangnya tidak mampu untuk mengelak lagi melainkan mengharungi dengan segenap keringat yang ada. Keadaan ‘musuh’ pada kali ini tidak mampu untuk diduga, tidak seperti di bumi kelahiran Malaysia sebagaimana yang pernah dihadapi sebelum ini ternyata kita mampu menduga starategi, taktik dan kelicikan serangan. Ada juga beberapa ketika dugaan meleset. Di sini memang berbeza. Itu sahaja yang mampu disimpulkan.

Kini cuma berbaki belasan hari sahaja, Memang belasan hari jika dihitung dengan teori 24 jam sehari tetapi persoalannya adakah 24 jam itu digunakan dengan semaksimumnya demi menghadapi ‘peperangan’ kali pertama di bumi panahan ini. Jika ditolak campur dengan aktiviti lain, lalai dan banyak merehatkan tulang belakang di atas tilam, masa yang diperuntukkan untuk meningkatkan kekuatan ketenteraan cuma beberapa jam sahaja dalam sehari. Ya Allah!! Terlalu banyak masa yang telah Kau berikan namun aku mempersia-siakannya.

Memang terasa malu untuk memohon supaya Engkau Yang Maha Pemurah dan Penyayang mengurniakan kemenangan dalam ‘peperangan’ yang bakal dihadapi nanti kerana kelalaian dan kealpaan yang merajai diri namun ditelan juga perasaan malu itu kerana tidak ada tempat lain untuk memohon pertolongan selain daripadaMu. Kurniakan ‘kemenangan’ kepada kami Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.

Hakikat yang mesti diakui dan diterima adalah ‘kekuatan’ dan ‘persenjataan’ masih belum sempurna. Bukan setakat tidak sempurna malah terlalu banyak kecacatan yang menampal di sana sini. Adakah mampu untuk menghadapi ‘musuh’ pada hari ‘peperangan’ nanti jika ‘persenjataan’ ala kadar yang digunakan dan ‘kekuatan’ yang rapuh dan lembik bagai biskut yang dicicah air kopi panas. Logiknya memang tidak mampu melainkan ada ‘keajaiban’. Masa kian singkat. Kini cuma menghitung bilangan dari sehari ke sehari.

Adakah kita ingin mengharap kepada keajaiban yang tidak pasti. Kita bukanlah seorang nabi atau wali yang dikurniakan mukjizat dan karamah. Melihat kepada keadaan diri yang dibelenggui pelbagai dosa dan noda masakan akan ada keajaiban yang berlaku melainkan kalau ada yang berlaku maka itu adalah istidraj, na’uzubillah. Ya Allah!! Ampuni segala dosa kami. Lupakan sahaja soal keajaiban yang tidak pasti.

Peluang masih lagi terbuka, walaupun sudah agak terlambat namun masa yang masih ada ini perlu digunakan semaksimum mungkin walau terpaksa mengerahkan seluruh keringat dan tenaga demi meningkatkan ‘kekuatan’ dan ‘persenjatan’ demi menghadapi ‘musuh’ yang tidak pasti bagaimana keadaannya nanti. Bukan terpaksa tetapi kita mesti memaksa diri untuk melakukannya. Mulakan sekarang sementara masih ada kesempatan. Mohonlah kepada Allah disaat susah mahupun senang. Semoga Allah mengurniakan ‘kemenangan’ kepada kita dalam misi ‘peperangan’ yang bakal dihadapi nanti.

Salam imtihan. Insya’Allah bittaufiq wa najah.