
Ada sesuatu yang ingin dikongsi pada entri kali ini. Seringkali mendengar kalangan kita terutamanya semasa berselawat dengan menyebut pada kalimah ‘saidina’ سَيِِدنا (tanpa membariskan dan mentasydidkan ya’). Sedar atau tidak, rupa-rupanya sebutan ‘saidina’ adalah tidak tepat dan sebutan yang tepat adalah dengan mentasydidkan huruf Ya’ iaitu dengan menyebut سيّدنا (sayyidina).
Jika dirujuk dan diteliti berdasarkan kaedah ilmu sorof iaitu salah satu cabang ilmu bahasa arab, asal kalimah سيّد adalah سَيود. Berdasarkan kaedah dalam ilmu sorof juga, setiap huruf sebelum huruf Wau atau huruf Ya’ berbaris di atas akan ditukarkan kepada huruf Alif. Contoh, kalimah باب, asal kalimah tersebut adalah بوب.
Apabila berkumpul Wau dan Ya’ dan didahului dengan sukun(baris mati) salah satu daripada kedua huruf tersebut, ditukarkan huruf Wau kepada huruf Ya’ dan seterusnya diidghamkan(dimasukkan) huruf Ya’ yang ditukarkan kepada huruf Ya’ yang pertama dan menjadikan huruf Ya’ tersebut bertasydid.
Contoh yang mudah dibawakan di sini adalah kalimah سيّد yang asal kalimah tersebut adalah سيود dengan huruf Wau yang ditukar kepada huruf Ya’ beserta dengan idgham kedua-dua huruf tersebut. Hasilnya adalah kalimah سيّد. Jadi, sebutan yang tepat adalah سيّدنا (sayyidina) dan bukannya سيِِدنا (saidina).
Sila tekan 'Ctrl + +' untuk keselesaan dalam pembacaan
P/S: Segala pandangan dan tunjuk ajar amat diperlukan bagi memperbaiki segala kekurangan.