Saidina Atau Sayyidina?

12.10.2009

Ada sesuatu yang ingin dikongsi pada entri kali ini. Seringkali mendengar kalangan kita terutamanya semasa berselawat dengan menyebut pada kalimah saidina’ سَيِِدنا (tanpa membariskan dan mentasydidkan ya’). Sedar atau tidak, rupa-rupanya sebutan ‘saidina’ adalah tidak tepat dan sebutan yang tepat adalah dengan mentasydidkan huruf Ya’ iaitu dengan menyebut سيّدنا (sayyidina).

Jika dirujuk dan diteliti berdasarkan kaedah ilmu sorof iaitu salah satu cabang ilmu bahasa arab, asal kalimah سيّد adalah سَيود. Berdasarkan kaedah dalam ilmu sorof juga, setiap huruf sebelum huruf Wau atau huruf Ya’ berbaris di atas akan ditukarkan kepada huruf Alif. Contoh, kalimah باب, asal kalimah tersebut adalah بوب.

Apabila berkumpul Wau dan Ya’ dan didahului dengan sukun(baris mati) salah satu daripada kedua huruf tersebut, ditukarkan huruf Wau kepada huruf Ya’ dan seterusnya diidghamkan(dimasukkan) huruf Ya’ yang ditukarkan kepada huruf Ya’ yang pertama dan menjadikan huruf Ya’ tersebut bertasydid.

Contoh yang mudah dibawakan di sini adalah kalimah سيّد yang asal kalimah tersebut adalah سيود dengan huruf Wau yang ditukar kepada huruf Ya’ beserta dengan idgham kedua-dua huruf tersebut. Hasilnya adalah kalimah سيّد. Jadi, sebutan yang tepat adalah سيّدنا (sayyidina) dan bukannya سيِِدنا (saidina).

Sila tekan 'Ctrl + +' untuk keselesaan dalam pembacaan

P/S: Segala pandangan dan tunjuk ajar amat diperlukan bagi memperbaiki segala kekurangan.
Comments
5 Comments

5 komentar:

  • Unknown

    Erm btul tu..tapi saidina tu adlh sebutan Melayu dan sudah lama diguna pakai oleh kita..

    Mungkin pakar-pakar bahasa perlu meneliti lagi bagaimana menterjemahkan perkataan arab ke melayu..Yelah, perkataan arab ni kalau sebut slh, maknanya pn lari kan..

    Slm Ziarah..=)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • dsx

    jadi kalau selama solat telah menggunakan saidina.. sah atau tak

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Lps 2 kalimah syahadah. Kan ada selawat ke atas nabi.. Allahumma solli’ala sayyidina muhammad wa’ala ali sayyidina muhammad. Wallahu’alam

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Tetap sah walaupun tanpa sayyidina..itu hanya tambahan dan dianggap sunat

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda