Andai Aku Pergi Dulu

5.31.2009 0 komentar

Salam Keinsafan

Usai solat zohor di masjid Umar Abd Aziz. Para jemaah hari ini agak ramai. Imam terus bangkit mengajak para jemaah untuk solat jenazah. Solat jenazah yang hanya empat takbir serta secebis doa tanpa rukuk dan sujud. Jenazah diusung keluar setelah selesai solat. Ramai yang turut mengiringi, mungkin sanak saudara, kerabat dan sahabat sahabat allahyarham yang baru meninggal itu. Semoga Allah melimpahkan rahmat keatasnya...

Terfikir sejenak, bagaimana kalau aku yang berada di tempat jenazah itu? Aku yang dimandikan, dikafankan, aku juga yang disolatkan dan seterusnya diusung untuk di kebumikan. Adakan aku bersedia menghadapi saat kematian itu? Atau masih terdetik di hati kecil bahawa aku masih muda lagi, nanti dah tua baru bertaubat. Tidak semestinya bila sudah tua baru akan mati, lihat saja berapa ramai yang masih muda remaja, kanak-kanak dan bayi yang masih kecil juga turut mati. Aku tidak tahu bila aku akan mati. Mungkin esok atau lusa. Mungkin juga sekejap lagi. Semua itu aturan Allah, tiada siapa yang tahu.

Hari ini aku masih mampu bernafas tetapi adakah esok aku yakin bahawa aku masih mampu untuk bernafas? Tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti adalah saat kematian itu pasti akan dirasai setiap makhluk yang bernyawa. Maksud firman Allah s.wt di dalam surah Ali Imran ayat 185 "Tiap tiap yang bernyawa akan merasai mati". Kematian pasti akan berlaku tanpa mengira walau di mana kita berada kerana apabila tiba saatnya, Izrail segera menunaikan tugas mencabut nyawa. Firman Allah dalam surah Al Nisa' ayat 78 "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu(bila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh".

Aku tahu aku masih tidak bersedia menghadapi saat kematian itu. Aku seolah olah merasa saat itu masih jauh lagi. Begitulah perasaan aku kerana sekiranya aku bersedia untuk menghadapinya pasti tidak ada kemungkaran dan maksiat yang aku lakukan. Setiap hari dengan dosa yang bertimbun timbun, nafsu yang masih merajai jiwa dan raga, setiap masa lalai dan leka daripada mengingatiNya. Aku juga seolah olah tidak yakin bahawa aku akan mati kerana kalau aku benar benar yakin, segala kewajipan pasti aku segerakan, tiada kemungkaran yang aku lakukan dan setiap saat tidak akan aku sia siakan.

Masih ada masa untuk aku bertaubat, merintih dan menangis atas segala dosa dosa aku kerana apabila nyawa aku bercerai daripada badan tidak ada guna lagi aku menyesal dan bersedih walaupun semua kaum kerabat aku berduka dan merintih. Masih ada peluang untuk aku membayar semula hutang rukuk, hutang sujud dan segala kewajipan aku yang lain yang tidak disempurnakan kerana solat jenazah dengan hanya empat takbir tanpa rukuk dan sujud yang dilakukan kepada aku sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tidak akan mampu membayar hutang rukuk dan sujud aku apatah lagi menebus segala dosa aku.
Masih ada peluang buat aku untuk beristighfar memohon keampunan daripada Tuhan sekalian alam dan meminta kemaafan daripada seluruh manusia penghuni alam kerana istighfar aku dialam barzakh dan alam mahsyar tidak akan menyelamatkan dan menebus kesalahan yang aku lakukan. Masih ada jalan untuk aku meningkatkan iman dan menambah ketakwaan kerana apabila aku telah di'talkin'kan, iman dan takwa yang akan menjawab segala persoalan yang diajukan.

Bagaimana dengan umur, harta, pangkat dan segala macam nikmat yang dikurniakan kepada aku? Adakan semuanya aku syukuri atau aku kufuri serta aku menambahkan lagi kemungkaran dan kekufuran. Perlu untuk aku fikirkan kerana semasa aku hendak ditanam, tiga perkara yang mengekori aku ke perkuburan iaitu harta, keluarga dan amalan. Dua akan ditinggalkan dan hanya satu yang akn bersama aku iaitu amalan. Tiada guna harta dan keluarga sekiranya tidak diguna pada jalan kebaikan.

Aku cuba untuk bayangkan sekiranya umur aku cuma tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti semua yang ada di dunia ini terasa pahit untuk aku. Apa yang aku fikirkan adalah persediaan menghadapi kematian dengan melakukan amalan kebaikan, meningkatkan takwa dan keimanan serta meninggalkan segala jenis kemungkaran. Itu kalau umur aku masih berbaki seminggu. Tidak perlu untuk aku fikir sejauh seminggu, bagaimana kalau sebentar lagi Izrail datang dan terus mencabut nyawa aku?

Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMu ni. Sekiranya ada terdapat sebarang kesalahan sepanjang Ambo hidup ini, pohon segala kemaafan daripada seluruh ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat sahabat dan semua yang mengenali diri ini. Terlalu banyak dosa dan kesalahan yang ditanggung diri ini harap diampuni dan dimaafkan 'Andai Aku Pergi Dulu'.


Menanti Azan Subuh
04.10 pagi
Beit Darul Elyas

Ber'Agama' Dalam Kurungan (A)

5.29.2009 0 komentar
Salam Kedinginan

Banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi kini yang berteraskan agama dan menawarkan kursus kursus pengajian Islam. Ini adalah sangat bagus namun kenapa semakin hari kita lihat semakin ramai yang tidak beramal dan tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup?Semasa di sekolah atau IPT mereka boleh berpakaian sopan dan menutup aurat tetapi apabila di luar sekolah atau IPT tidak ada bezanya mereka yang belajar agama dengan yang tidak belajar agama samada lelaki atau perempuan terutama cara berpakaian dan akhlak mereka. Adakah hukum berpakaian sopan, menutup aurat dan berakhlak mulia adalah undang undang sekolah atau IPT? Bukan peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t?

Ambo masih ingat semasa masih menuntut di peringkat menengah di sebuah sekolah. Semasa belajar dan sepanjang berada di kawasan sekolah semua pelajar 'wajib' berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu bagi pelajar lelaki mesti berpakaian sopan dan menutup aurat dan pelajar perempuan mesti bertudung litup atau labuh dan memakai baju kurung. Tidak perlu menunggu sehingga tamat belajar, setiap kali cuti pengajian penjagaan aurat juga turut 'bercuti' bersama.

Setelah tamat belajar pula dilihat ramai dikalangan kawan kawan yang turut 'merdeka' daripada hukum menutup aurat. Hanya beberapa orang sahaja dikalangan pelajar perempuan yang mampu mengekalkan pemakaian tudung labuh dan baju kurung, sebahagian besarnya melaram dengan pelbagai fesyen tudung dan baju serta ada juga yang tidak segan silu menyarung jeans ketat dan t-shirt sendat sehingga menampakkan 'nasi lemak' masing masing(terpaksa sebut juga walau agak berbaur lucah). Dedah sana, tayang sini, menonjol sana, belah sini. Pihak lelaki tidak menunjukkan perubahan yang ketara cuma waktu tertentu seperti berkelah atau bemain futsal ramai yang tanpa segan silu menyarung seluar pendek serta menayangkan pelbagai rekabentuk pusat masing masing. Di mana pakaian anda yang sebelum ini? Adakah hanya untuk dipakai semasa dizaman sekolah?

Hukum menutup aurat adalah hukum Islam, bukan peraturan yang dicipta oleh pihak sekolah. Pihak sekolah sekadar mengambil hukum Islam dan menjadikannya sebagai undang undang sekolah. Hukum Islam adalah tetap hukum Islam, tidak kira di mana jua kita berada samada di sekolah, IPT atau di mana mana. Islam bukan hanya untuk diamalkan disekolah dan IPT tetapi seluruh hidup kita mesti beramal dengan cara Islam daripada sekecil kecil perkara sehingga kepada sebesar besar perkara. Islam itu syumul(menyeluruh).

Ini adalah racun sekularisme yang meresap dalam pemkiran umat Islam mula membarah dan bernanah bermula sejak di bangku persekolahan lagi. Ramai yang berfahaman Islam hanya di masjid masjid , perkahwinan(nak kahwin empat kerana nak ikut sunnah), berkhatan, dan kematian sahaja. Adakah ini sahaja Islam? Sudah pasti tidak kerana ini adalah fahaman yang sesat dan batil. Islam itu syumul, merangkumi seluruh perkara. Politik Islam, ekonomi Islam, undang undang Islam dan segala galanya mesti berlandaskan Islam.

Mungkin ada dikalangan sahabat sahabat lama terasa 'terkena' dengan entri ini kerana segelintir daripadanya Ambo pernah menegur keadaan diri mereka. Memang salah satu tujuan entri ini ditulis adalah ditujukan kepada mereka yang berkenaan selain untuk dakwah secara umum.

Kalau ditanya kepada seorang kanak kanak kecil sekalipun samada hendak pilih syurga atau neraka, sudah tentu mereka akan pilih kehidupan di syurga tetapi sangat pelik sekali bagi mereka yang sudah agak dewasa, tahu hukum hakam dan bila ditanya tentang syurga atau neraka semuanya memilih syurga tetapi keadaan mereka seolah olah menempah tiket ke neraka. Berpakaian dengan pakaian ahli neraka serta berakhlak dengan akhlak ahli neraka. Fikir fikirkan. Maksud firman Allah dalan surah Al Zaariyat "dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang orang yang beriman". Ayuh sama sama jadikannya sebagai peringatan kepada kita bersama.

Perbahasan Hukum Bacaan Iqlab

5.28.2009 6 komentar

Ambo Mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seusai talaqqi Al Quran dengan riwayat Abu Jaafar Ambo terus bertanya Syeikhuna Syeikh Hassan Rejab (syeikh talaqqi Al Quran bersanad dan panel pentashih Al Quran Mesir) mengenai hukum bacaan Iqlab iaitu bagaimana cara sebenar bacaan hukum Iqlab. Beliau menyatakan bahawa terdapat 2 cara bacaan Iqlab iaitu yang pertama adalah membaca dengan merapatkan kedua dua bibir mulut dan cara yang kedua iaitu cara yang paling sahih adalah dengan membuka sedikit mulut (tidak merapatkan) ketika membacanya. Beliau menambah lagi dengan menyatakan kadar bukaan mulut hanyalah sekadar memuatkan sehelai kertas sahaja. Tidak membuka terlalu besar.

Ini adalah sebahagian perbahasan para ulama’ mengenai hukum bacaan Iqlab.

Iqlab menurut etimologi bererti mengubah sesuatu daripada bentuknya. Berdasarkan istilah tajwid yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Khalil Husori (syeikh al Qurra’ Mesir) rahimahullah di dalam kitab Ahkam Qiraatul Quranul Karim iaitu menjadikan huruf tertentu pada posisi huruf lain dengan mengekalkan ghunnah(dengung) berserta ikhfa’(menyembunyikan). Huruf Iqlab hanya satu iaitu huruf Ba’ dan hukum Iqlab berlaku apabila Nun yang sukun atau Tanwin bertemu dengan huruf Ba’.

Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Sulaiman Bin Hussain Al Jamzuri (pengarang matan Tuhfatul Atfal) di dalam matan beliau :

والثالث الإقلاب عند (الباء) ميما بغنة مع الإخفاء

Maksud yang di sini adalah mengubah huruf Nun yang sukun dan tanwin menjadi Mim apabila bertemu dengan huruf Ba’ dan dibaca dengan Ghunnah berserta Ikhfa’(menyembunyikan) Mim. Jelas di sini bahawa bacaan Iqlab adalah dengan menyembunyikan Mim, bukan bermakna menghilangkan zat huruf Mim secara keseluruhan tetapi melemahkannya dan menyembunyikan zat Mim tersebut daripada bergantung kepada makhraj(tempat keluar) huruf Mim kerana makhrajnya adalah pada dua bibir. Cara yang paling tepat adalah dengan tidak merapatkan kedua dua bibir ketika membacanya

Berkata Imam Ibn Al Jazari Rahimahullah di dalam kitab Al Nasyru bahawa tidak ada perbezaan antara :
أن بورك

يعتصم بالله

Tidak wujud perbezaan antara keduanya adalah kerana wujud persamaan semasa membacanya adalah dengan menyembunyikan Mim. Sebagaimana kita membaca hukum Ikhfa’ Syafawi begitu jua cara dalam membaca hukum Iqlab iaitu dengan tidak merapatkan kedua bibir.

Syeikh Abdullah bin Soleh menyatakan dalam kitab beliau Al Itqan Fi Tajwidil Quran Biriwayati Hafs 'An 'Asim berkenaan cara melafazkan iaitu dengan menyebut dengan Mim tanpa merapatkan kedua dua bibir serta menyebut dengan Mim sukun secara lembut dan tidak berat.

Di dalam kitab Taisir Al Rahman yang dikarang oleh Dr Su'ad Abdul Hamid pula menyatakan bahawa terdapat tiga dalam melafazkan hukum Iqlab :

  • Mengubah Nun yang sukun menjadi Mim
  • Mengikhfa'kan(menyembunyikan) Mim di sisi Ba' tanpa merapatkan bibir mulut
  • Menyatakan Ghunnah secara beriringan untun mengikhfa'kan kemudian merapatkan kedua dua bibir untuk menyebut Ba'

Bacaan Iqlab dengan cara merapatkan kedua dua bibir adalah tepat tetapi cara yang paling tepat dan sahih adalah dengan tidak merapatkan(membuka sedikit) mulut semasa membaca hukum Iqlab.


Rujukan
Matan Tuhfatul Atfal, Syeikh Sulaiman Al Jamzuri
Ahkam Qiraatul Quranul Karim, Syeikh Mahmud Khalil Husori muka surat 144-146
Fathul Aqfal, Syarhi Tuhfatul Atfal, Syeikh Syed Syaltut muka surat 35-36
Al Burhan Fi Tajwidil Quran, Syiekh Muhammad Sodiq Qamhawi muka surat 16
Al Itqan Fi Tajwidil Quran, Syeikh Abdullah bin Soleh muka surat 33 dan 36
Taisir Al Rahman Fi Tajwidil Quran, Dr Su'ad Abdul Hamidmuka surat 182

Ggura Bewok (gurau biawak)

5.25.2009 2 komentar

Salam Kerinduan

Masa nak tulis entri ini, teringat kat kampung halaman. Agak lama juga Ambo bermusafir di bumi anbiya' ini mencari mutiara mutiara ilmu di sini. Memang teringat kat keluarga, sanak saudara, kawan kawan dan suasana kampung yang cukup tenang dan damai. Cerita pasal kampung, Ambo teringat kepasa sejenis binatang iaitu biawak. Masa dikampung memang cukup terkenal ungkapan "ggura bewok" atau "gurau bodoh" atau bergurau macam biawak. Maksudnya lebih kurang orang yang sangat melampau dalam bergurau. Sebabnya kalau bergurau dengan biawak kita habis dicakarnya yang mengakibatkan kesakitan atau cedera. Begitulah serba sedikit sejarah terhasilnya ungkapan "ggura bewok" yang sangat popular dikalangan masyarakat Kelantan.

Tajuk posting ini ada kena mengena dengan trend media elektronik tempatan yang mengenakan para artis dan para pendengar dengan berbagai cara. Ada yang namanya 'Panggilan Hangit', ada yang namanya 'Bang Bang Boom', ada yang namanya 'Wakenabeb' dan berbagai jenama lain yang hanya bertujuan untuk 'mengenakan' sesuatu pihak atau seseorang. Berbagai bagai cara digunakan dan bermacam macam style mereka untuk 'mengenakan' orang, tujuan mereka cuma untuk 'mengenakan' dan bergurau sahaja.

Bergurau macam ini bagi mereka yang jenis 'penggurau biawak' memang seronok, ketawa bagai nak gila bila kawan tu dapat dikenakan. Seronok bila tengok kawan tu terpinga pinga, serius dan marah bagai nak gila. Rupa rupanya dia hanya 'dikenakan' sahaja. Sudah tidak ada benda lain lagikah kamu nak buat selain 'mengenakan' orang? Cuba kalau si pengarah rancangan sebegini 'dikenakan' sekali, tentu marah kan? Siapa tidak marah, bergurau dengan cara yang sangat bodoh.

Namun bagi yang 'dikenakan' ia pasti melibatkan maruah yang tercalar, emosi terganggu dan hati yang luka macam dicakar biawak tadi. Ambo tidak tahu bagaimana pendapat orang lain tetapi bagi Ambo ia sangat memalukan dan mengaibkan. Apa tidaknya, rancangan tersebut disiarkan ke seluruh pelusuk tanah air, semua lapisan masyarakat menyaksikannya. Ambo rasa pelik kalau ada mereka yang mampu menerima 'gurauan' sebegini sebagai satu gurauan. Mereka tidak fikirkan maruah dan perasaan orang lain ke?

Ada satu kes yang hangat diperkatakan bila satu sesi panggilan hangit dibuat terhadap seorang pelajar yang menunggu keputusan biasiswa dikenakan oleh DJ dengan panggilan tersebut bahawa beliau tidak berjaya mendapatkan biasiswa yang dipohon terus menagis teresak-esak dan meletakkan telefon dalam keadaan Dj belum sempat menerangkan ianya hanya gurauan sahaja. Satu lagi semasa siaran langsung sebuah rancangan, bukan sahaja pengacara wanita tersebut yang terkejut malah para penonton juga turut gelabah. Mana tidaknya secara tiba-tiba lelaki tersebut seolah olah macam 'histeria'.

Apa maknanya semua ini? Apa hasil positif kepada agama, masyarakat dan negara? Pada Ambo, rancangan sebegini memang langsung tidak ada pengajaran dan nilai nilai murni yang mampu menyedarkan masyarakat kita yang kian jauh hanyut dalam lautan budaya hedonisme. Wang ringgit dibazirkan hanya untuk membiaya rancangan yang sia sia ini, lebih baik digunakan untuk berbagai bagai lagi program yang mampu menerapkan nilai nilai murni dan memperbaiki kerosakan akhlak yang kian membarah dikalangan masyarakat kita. Sebelum ada anak anak kecil yang terpengaruh dengan budaya 'ggura bewok' ini seperti cuba bergurau dengan membakar kereta bapanya. Ini adalah tidak mustahil bakal berlaku sekiranya langkah pencegahan segera tidak diambil.

Semua ini adalah gara gara kepimpinan negara kita yang redha dengan segala jenis maksiat dan keruntuhan akhlak yang berlaku disamping mereka juga(para pemimpin) turut terlibat dalam kancah jenayah dan maksiat. Tegakkan undang undang Islam nescaya segala masalah pasti akan diselesaikan.

7 Cara Menghadapi Kegagalan

5.24.2009 0 komentar
Salam Kejayaan

Tahniah buat mereka yang berjaya namun bukan takziah kepada yang tidak berjaya. Mungkin ramai yang berani menyediakan tips tips untuk menghadapi kejayaan dalam peperiksaan tetapi jarang kita menjumpai Bagaimana Cara Kita Menempuh Kegagalan. Ini tidak bermakna kita mahukan kegagalan, semua orang tidak mahu gagal dalam sesuatu perkara tetapi ia sebagai persediaan sekiranya ditakdirkan untuk menempuh kegagalan. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita gagal dalam peperiksaan? Jangan sesekali cuba untuk bunuh diri atau bertindak bodoh melakukan perkara yang tidak berfaedah yang tidak akan mampu menyelesaikan masalah.

Pertama, perlu bersyukur kepada Allah kerana tergolong dikalangan orang orang yang gagal kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Jika dilihat daripada sudut yang positif, sekiranya kita tekun dan gigih berusaha namun kita tetap gagal mungkin ia adalah suatu ujian daripada Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan hambaNya. Teruskan berusaha dan ikhlaskan niat kerana yang akan dinilai disisi Allah adalah sejauh mana usaha dan keikhlasan kita bukannya kejayaan atau kegagalan yang kita perolehi.

Kedua, bersangka baik terhadap ketentuan Allah. Mungkin Allah mahu memberikan kepada kita pahala yang melebihi daripada yang diperolehi oleh orang lain kerana kita sukar dan payah untuk memperolehi kejayaan dan kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya. Mungkin mereka yang telah berjaya usaha mereka terhenti di situ sahaja setelah memperolehi kejayaan namun kita tetap berusaha untuk berjaya sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah yang mungkin dapat kita kiaskan maksudnya dengan kepayahan dan kegigihan dalam berusaha : "orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir melakukannya kelak mendapat tempat di syurga bersama sama rasul yang mulia lagi baik sedangkan orang membaca al Quran tetapi tidak mahir, tertegun tegun dan nampak berat lidahnya (tidak lancar) dia akan mendapat dua pahala".

Ketiga, kegagalan bukan untuk ditakuti tetapi ia dihadapi dengan sikap minda yang positif kerana tanpa minda yang positif kita akan semakin 'stress' menghadapi kegagalan. Apabila kita 'stress' kita akan kehilangan 'energi' untuk bangkit semula daripada sebuah kegagalan kerana dibayangi rasa takut untuk gagal. Oleh itu jangan takut untuk gagal dan berusaha semaksima yang mampu untuk menggapai kejayaan.

Keempat, mencari punca kegagalan. Renung kembali diri kita, apa yang menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan? Mungkin sebelum ini kita terlalu asyik dan leka dengan urusan serta hal hal yang lain sehingga mengabaikan usaha mencapai impian untuk berjaya. Mungkin juga kita hanya menumpukan usaha pada saat saat akhir menghadapi peperiksaan atau kita sememangnya tidak memiliki persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Muhasabah diri kita kembali, di mana silap kita dalam merencana diri dan mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

Kelima, atasi kegagalan. Apabila kita telah mengetahui punca dan penyebab kegagalan, perlu ada suatu usaha untuk mengatasinya. Setiap penyebab dan punca perlu diatasi dengan strategi dan perancangan sebaiknya agar kegagalan tidak akan berlaku pada kali yang kedua. Sesungguhnya orang muslim tidak akan jatuh pada tempat yang sama pada kali yang kedua kerana cukuplah yang pertama itu sebagai pengajaran buat dirinya. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai guru untuk membimbing kita ke arah memperolehi hasil yang lebih baik. Belajar daripada kesilapan.

Keenam, jangan berputus asa. Teruskan berusaha dan istiqamah dalam usaha kita. Jangan sesekali menganggap usaha kita yang lalu adalah sia sia. Maksud firman Allah s.w.t dalam Surah Yusuf ayat 87 "janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

Ketujuh, berdoa. Setelah berusaha memperbaiki segala kelemahan dan mengatasi punca punca yang menyebabkan kita gagal, jangan sesekali kita melupakan Yang Maha Kuasa. Pohonlah kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenan segala permohonan kita. Sentiasa menghampirkan diri kepada Allah setiap masa, ikhlaskan setiap amal perbuatan dan usaha kita hanya keranaNya serta sentiasa memohon dikurniakan kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga dengan tips tips yang tidak seberapa ini menjadi panduan untuk kita bersama. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kepada Ambo kejayaan dalam peperiksaan tahun pertama. Terima kasih buat seluruh ahli keluarga, para pendidik dan sahabat sahabat atas dorongan dan tunjuk ajar daripda kalian semua. Ambo cuma mampu luahkan ucapan terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Cerita Tahanan Malaysia Di Shoubra

5.20.2009 0 komentar

Salam kepanasan dari bumi Mesir.

Beberapa hari lepas bumi Mesir gempar dengan penahanan 12 orang pelajar Malaysia yang tinggal di Aboud, Shoubra, Mesir. Berita selengkapnya sila klik pada laman blog Semalam Yang Hangat. Alhamdulillah, semua mereka kini selamat di bebaskan setelah hampir 24 jam berada di lokap. Tengah hari tadi, pulang dari Masjid Khazandarah Ambo sempat berYM dengan seorang sahabat yang turut ditahan bersama dengan 11 pelajar Malaysia yang lain. Beliau bercerita tentang pengalaman semasa ditahan oleh pihak polis Mesir. Ambo mendapat keizinan saudara xxxxxx untuk menyiarkan perbualan dilaman chatting Yahoo Messenger. Berikut adalah antara perbualan bersama beliau :

Ambo : Salam
xxxxxx : Salam. awt?
Ambo : ada pun
Ambo : ingt x dak td
xxxxxx : hehe
Ambo : sihat ke?
xxxxxx : ad apa2 ka?
xxxxxx : alhamdulillah
Ambo : hang ok ka?
xxxxxx : ok la
Ambo : saja tanya kaba adik xxxxxx ni
Ambo : hehehe
xxxxxx : hahahahah
Ambo : aku kan prihatin...
Ambo : hehe
xxxxxx : eleh..

Ambo : hang cerita la skit pasal polis serbu hr tu
Ambo : cemana dia serbu?
xxxxxx : heehehe
Ambo : citer la
xxxxxx : dia bknnya serbu pon
Ambo : abis?
xxxxxx : dia mntk psport kmi ja
Ambo : pastu?
xxxxxx : ps2 dia kta rais(ketua) nk smbg ngn kmi
xxxxxx : dlm 10 mnt cm2 ja
Ambo : rais mana?
Ambo : rais balai?
xxxxxx : kmi pon bg la tau kt u.Anuar(Pengerusi DPM Shoubra)
xxxxxx : ps2 u.Anuar suh la ikt
Ambo : ikut p mana?
xxxxxx : msa smpai kt sna dia tnya kmi psl pasport
Ambo : p balai?
xxxxxx : da slsai pasport dia wt x tau ja kt kmi
xxxxxx : kmi ingt da leh blk la
xxxxxx : ya la
Ambo : kat mana balai tu?
xxxxxx : dok kt lokap la msa2
Ambo : laa?

Ambo : kenapa masuk lokap?
xxxxxx : balai 2 mmg ssh skt nk cr
Ambo : kan nak tgk pasport je..
xxxxxx : xtau la
xxxxxx : tetiba ja kmi xleh kluar
xxxxxx : mmg xtau apa mslh kmi

Ambo : dia angkut hangpa naik apa?
Ambo : trak?
xxxxxx : nek trengko(sejenis kenderaan seperti van)
Ambo : brp org semua yg kena angkut?
xxxxxx : smua 12 org
Ambo : temasuk bdk thn 2 pun?
Ambo : yg ada iqomah?
xxxxxx : ya
xxxxxx : depa 2 lg tnsion
Ambo : knp?
xxxxxx : nk kta iqamah depa mati pon x
xxxxxx : xtau la sbb pa depa kna
Ambo : abis knp kena tahan gak?
xxxxxx : polis 2 mngkok(amboi, marahnya)
xxxxxx : mmg skt hati gila masa dok dlm lokap 2
Ambo : masa polis tu suruh hangpa g balai tu, depa kasar x??
xxxxxx : depa ok ja
xxxxxx : wt bek ja

Ambo : apa yg polis wat kat balai tu??
xxxxxx : smpai kt blai depa wt xlayan ja
Ambo : pastu terus bubuh dlm lokap???
xxxxxx : depa kurung kmi la
xxxxxx : yala
Ambo : mak aii..tension gila!!
Ambo : pastu??
xxxxxx : 24jam dlm lokap
Ambo : uish..
xxxxxx : smua wk2 dlm lokap
Ambo : cemana keadaan lokap tu??
xxxxxx : da la xdak tmpt smbhyg
Ambo : semua wk2 apa?? Solat?
xxxxxx : aku ad gmbr(gambar tidak dibenarkan untuk dipaparkan)
Ambo : hantar la..
Ambo : aku nak tgk
xxxxxx : cmn keadaan?
xxxxxx : hg nk cuba x?
xxxxxx : hehehe
Ambo : mntk jauh la
Ambo : Solat x??
xxxxxx : solat la
xxxxxx : tp x sah la
xxxxxx : sbb lntai 2 najis
Ambo : knp x sah??
xxxxxx : ya
Ambo : air kencing ka??
xxxxxx : tndas pun kt c2
xxxxxx : yar la
xxxxxx : bau hancing gila
Ambo : tandas kat c2??
Ambo : cemana tu?
xxxxxx : org msk tndas pkai slipar sndri
xxxxxx : ps2 dlm lokap pon pkai slpr gk
xxxxxx : jd tmpt 2 jd najis la
Ambo : hangpa tido ats lantai la??
xxxxxx : tngk la gmbr 2
xxxxxx : kmi tdo cmna
Ambo : ha'ah

Ambo : gamba hg mana??
xxxxxx : dpt x?

BUZZ!!!
(kena buzz la pulak)

Ambo : dapat..
Ambo : lokap tu luas x??
Ambo : ramai x dlam tu??
xxxxxx : bsr 2 ja la
xxxxxx : kck ja
Ambo : agk2 luas mana?
Ambo : hanpa duk dlm lokap sama ngn arab??
xxxxxx : kmi dok ngn org wafidiin(orang orang asing, bukan orang Mesir) ja
xxxxxx : stndrd blk ja
Ambo : ada luas markaz x??
xxxxxx : xdak la
Ambo : berapa ramai dlm tu??
xxxxxx : kck ja
xxxxxx : kwn kmi kck ja
xxxxxx : yg blk sblh 2 tmpt bnduan
xxxxxx : *kwsn
Ambo : abis hangpa bukan banduan ka??(cuba bergurau)
Ambo : hehehe
xxxxxx : kmi thnn smntra
xxxxxx : hmpeh tul
xxxxxx : (hantar emoction marah)
Ambo : sori2
Ambo : hehehe
Ambo : gurau je
xxxxxx : (hantar emoction senyum nampak gigi)

Ambo : dgr kata depa x bg makan??
xxxxxx : mmg pon
xxxxxx : DPM yg bwk mknn untk kmi(alhamdulillah, mujur ada DPM)
Ambo : pastu??
Ambo : makan x?
xxxxxx : mkn mknan DPM ja la
Ambo : owh..dapat makan gak la..
xxxxxx : yala
xxxxxx : 2 pon lps 16 jam
Ambo : owh..
xxxxxx : mmg lpr gila
Ambo : ada yg kena pukul x??
xxxxxx : x dak la
xxxxxx : klu kna pkul 2 mmg lbh2 sngt la
Ambo : gaduh n lawan cakap ada??
xxxxxx : gaduh ngn bnduan len ad la
Ambo : knp??(pelik)
xxxxxx : bnduan kt dlm 2 mmg kurg ajr
Ambo : depa wat apa??
xxxxxx : depa 2 otk da xbrp nk btl
xxxxxx : kta dok dlm lokap
xxxxxx : mst la trtkn
Ambo : tertekan??
xxxxxx : skt jiwa la
Ambo : owh..
xxxxxx : xpsl2 nk cr pasal ngn kmi
Ambo : cerita la apa lg pengalaman hang
Ambo : aku nak tau gak
xxxxxx : nti la klu jmpa
xxxxxx : aku mls la nk taip2 ni
xxxxxx : hehehe
Ambo : ala taip jela
xxxxxx : heheh
Ambo : aku ingt nak wat cerita. hehehe
xxxxxx : nnti la
xxxxxx : aku np solat dlu
xxxxxx : org da azan la wei..(azan zohor, waktu Mesir)
Ambo : okey

xxxxxx : nk siap2 dlu
xxxxxx : jap g aku nk g Dauran(nama tempat yang agak2 famous di Shoubra)
Ambo : aku ingat nk p ziarah hang
xxxxxx : aku p rmh hg la
Ambo : okey gak..
xxxxxx : tp hg kna amk aku la
Ambo : kul brp??
xxxxxx : lps zohr
Ambo : sng nak bajet masa
xxxxxx : dlm kol 2 aku smpai la dauran
Ambo : okey2
Ambo : ...
xxxxxx : hg nk mai dauran ka?
Ambo : tapi aku nak hg taip gak cerita ni skrg
Ambo : yup..aku g dauran
xxxxxx : mna larat nak taip
xxxxxx : dr hari 2 g aku dok taip
Ambo : ala taip la..
xxxxxx : mls............................................
Ambo : utk aku...boleh kan??
Ambo : ringkas2 je
xxxxxx : nanti2 la
Ambo : cerita dalam lokap je
Ambo : dlm lokap je
xxxxxx : jap g hg mai intrview aku
xxxxxx : hahahahahah
Ambo : okey..
xxxxxx : ok
xxxxxx : aku out dlu
Ambo : okey
Ambo : nnti jumpa kat dauran ok
xxxxxx is typing a message.
xxxxx : slm
Ambo : salam

Kiranya kes ini lebih kurang macam tahanan ISA kat Malaysia, tahanan tanpa bicara. Agak kejam. Eh..bukan agak kejam ISA tetapi memang kejam, zalim dan yang sewaktu dengannya. Mansuhkan sahaja ISA dan tukar kerajaan yang menggunakan ISA untuk menyekat kebenaran. Kononnya atas dasar ingin menghapuskan pengganas yang membawa ancaman kepada negara tetapi sebenar demi menjaga kepentingan peribadi dan politik jahat mereka. Ambo pasti, anda semua tahu siapa mereka...

p/s; DPM : Dewan Perwakilan Mahasiswa

Mujahadah Bermusim. Mujur Ada Exam

5.18.2009 2 komentar

Exam selesai. Fuhh...ramai yang mengeluh panjang. Lega. Ramai yang bersorak gembira kerana berjaya mencapai 'kemerdekaan' sementara. Segelintirnya ada yang 'moyok' bagai ayam digigit tungau. Ahh...biarkan saja bagaimana keadaan mereka, itu hak mereka samada mahu bergembira atau berduka.

Masih ingat lagi bagaimana keadaan diri kita sebelum peperiksaan? Segalanya masih 'fresh' lagi dalam ingatan. Ke hulu ke hilir mesti bersama buku dan kitab, tidur cuma beberapa jam sahaja sehari, sambil memasak dan membasuh pun boleh membaca, setiap masa kedengaran alunan ayat ayat suci al Quran dibaca, puasa sunat isnin dan khamis memang tidak ditinggalkan, solat hajat, solat sunat dan qiamullail hampir setiap malam dan boleh dikatakan setiap saat yang berlalu adalah sangat bermakna. Jika diperhatikan gelagat ini ibarat manusia jelmaan malaikat, bagus sungguh. Bermujahadah. Namun yang dikesalkan adalah hal ini cuma berlaku sebelum exam dan semasa exam berlangsung sahaja. Kenapa? Muhasabahlah diri kita.

Apa yang berlaku selepas exam? Memang malas nak cerita tetapi sebagai peringatan untuk kita bersama. Cuba renung renungkan. Habis sahaja exam, gembira tak terkata macam berjaya lunaskan hutang yang berjumlah RM satu juta. Itu belum lagi dapat tahu natijah samada berjaya atau sebaliknya. Berakhir saja exam, Al Quran yang sering dibaca sebelum ini entah berada di mana. Sebelum exam, sekali baca 4,5 juzu' adalah perkara biasa tetapi kini nak habiskan satu juzu' pun cukup cukup seksa. Kerana siapa dan kerana apa kita baca al Quran? Adakah kerana exam semata mata? Istighfar.

Sebelum dan semasa exam dapat diperhatikan bagaimana kita semua bermujahadah demi mencapai kejayaan dalam exam tersebut. Semua mahukan kejayaan. Itu adalah sesuatu yang pasti. Mana ada orang yang mahu gagal. Terfikir juga, kenapa semasa cuma sebelum exam kita begitu bersungguh sungguh sekali tak kira pada sudut solat, ulangkaji pelajaran, amalan ibadah lain semuanya macam sudah cukup sempurna tetapi seusai exam sahaja ke mana perginya segala amal ibadah itu? Sebelum exam kita sanggup mengekang mata dengan mengurangkan tidur tetapi selesai exam tidurnya ibarat ular sawa yang kekenyangan membaham seekor anak lembu. Lebih dahsyat daripada hibernasi seekor beruang pada musim sejuk. Adakah kita beramal kerana exam? Bermujahadah mengulangkaji pelajaran hanya kerana exam? Jawab persoalan tersebut sejujurnya. Tanya diri masing masing.

Bukankah sekurang kurangnya lima kali sehari kita solat kita melafazkan satu 'ikrar' di dalam solat sebaik sahaja selesai takbiratul ihram iaitu pada doa iftitah? Maksudnya "sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam". Mungkin kita lupa ikrar ini tetapi logikkah kita lupa kerana setiap hari paling kurang lima kali sehari kita lafazkan ikrar ini. Lainlah bagi mereka yang cuma solat seminggu sekali atau dua kali setahun (solat sunat aidilfitri dan aidiladha). Secara kasarnya kita memang bermujahadah dalam beribadah dan mengulangkaji pelajaran hanya kerana exam. Kita ini hamba exam ke?(maaflah agak kasar sedikit). Istighfar. Semuanya adalah untuk exam Kerana selesai saja exam, hilang semuanya. Begitu juga dengan apa yang kita pelajari dan ulangkaji semata mata hanya untuk menghadapi exam, segalanya dicurah dan diluahkan semasa menjawab dalam peperiksaan. Habis exam, segala yang telah difahami dan dihafal hilang begitu sahaja. Ruginya. Bukankan ilmu tersebut untuk digunakan sepanjang hayat? Bukan hanya untuk exam.

Jika niat kita tersasar, sama sama kita perbetulkan kembali. Segalanya adalah hanya kerana Allah s.w.t. Perlu kita ingat, sepanjang hidup kita ini adalah ujian, peperiksaan dan exam. Medan dunia yang sementara adalah tempat ujian menuju akhirat yang kekal abadi. Natijah atau keputusannya kita akan ketahui di sana nanti samada kita berjaya atau sebaliknya. Kegembiraan yang yang sebenar adalah kejayaan dalam menempuh ujian kehidupan di dunia ini. Kejayaan di akhirat adalah kejayaan dan kemerdekaan yang abadi. Mujur juga ada exam, ada juga ruang bermujahadah, mendekatkan diri dengan Yang Maha Pecipta dengan beribadah kepadaNya. Bayangkan kalau tidak ada exam. Anda boleh bayangkan? Ambo langsung tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya...

Rasanya tidak mahu tulis panjang artikel ini, cukuplah disitu. Selebihnya "lu pikir la sendiri"(pinjam trademark seorang artis popular Malaysia). Semoga kita dapat manafaat daripadanya. Cuba untuk memberi sebanyak banyaknya, bukan menerima sebanyak banyaknya. Oleh itu, kalau mahu pintar belajar, kalau mahu berhasil usaha.

p/s: Harap maaf, Ambo lebih senang gunakan istilah 'exam' kerana ia lebih popular daripada peperiksaan dan lebih senang difahami. Ini tidak bermaksud Ambo menyokong PPSMI. Tukar kerajaan yang memperjuangkan PPSMI.


Khas Untuk Bacaan Wanita Yang Ingin Berkahwin Sahaja

5.17.2009 2 komentar

Pastikan tumpuan anda berada pada tahap 100% untuk membaca artikel ini. Tengok pada tajuk nampak macam menarik. Mesti anda tengah bersemangat untuk membaca post pada kali ini, terutamanya kaum lelaki kerana itu adalah lumrah manusia yang memiliki hawa nafsu. Apa yang ditegah, itulah yang diinginkan. Hahaha... Tidak dinafikan memang ada yang merasa dirinya terkena namun cubalah terima hakikat ini seadanya. Ambo Memang sengaja meletakkan tajuk macam tu pada artikel ini kerana ia mungkin akan menarik minat kebanyakan pembaca untuk membaca artikel Ambo ni. Tajuk yang sebenar adalah 'Lelaki dan Imam Solat'.

Allah mensyariatkan kepada kita perkahwinan. Sebelum berkahwin, kebanyakan dikalangan lelaki(maaf perempuan Ambo tak tahu) siap mengklasifikasi bagaimana ciri ciri wanita yang bakal menjadi isteri atau teman hidupnya samada pada sudut agama, kecantikan, harta atau keturunan sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : "seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya". Sabda Nabi s.a.w melalui riwayat Imam Muslim : "Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah".

Wanita Pilih Suami

Nabi s.a.w menyarankan kepada lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Bagaimana dengan perempuan? Sama saja. Pilih yang beragama dan berakhlak. Ambo nak ingatkan di sini agar para wanita tidak tergoda dengan kebaikan yang cuma dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah 'cair' dengan ayat ayat manis lelaki. Bekukan diri anda. Pilih betul betul siapa yang bakal menjadi suami yang akan memimpin rumahtangga kerana sebuah rumahtangga adalah ibarat sebuah 'negara kecil'. Jika Perdana Menterinya rosak, buruklah negara tersebut. Pilihlah 'Perdana Menteri' yang baik. Memang la, siapa tak ingin yang baik kan? Cuma usah ter'cair' dengan pujuk rayu manis, ayat ayat 'power' dan kehandsomeman semata.

Lelaki Yang Mejadi Imam

Kepada wanita, satu panduan untuk anda semua. Pilihlah lelaki yang mampu mengimami solat (bacaan jahr@kuat. Soalat zohor dan asar budak kecil pon boleh) kerana pada solat pelbagai perkara yang dapat dinilai terhadap seseorang lelaki.
Pertama, pada sudut kepimpinan. Lelaki yang mampu mengimami solat dapat dilihat ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam aspek ibadah. Kalau lelaki tidak mampu menjadi imam cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam aspek ibadah pun tidak mampu untuk manjadi pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain lain. Jika ada lelaki yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya adakah dia mampu menjadi imam solat selepas itu barulah nilai perkara perkara yang lain.

Kedua, pada sudut ilmu agama kerana lelaki yang ingin mengimami solat(Ambo ingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau Isyak) perlu mengetahui rukun-rukun solat, perkara yang membatalkan solat dan kesempurnaan bacaan al Quran. Kebanyakan lelaki 'takut' mengimamkan solat yang Jahr(subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut nak baca ayat ayat al Quran secara kuat. Ramai dikalangan yang 'penakut' ini yang sanggup menjadi imam solat Zohor dan Asar tetapi untuk solat subuh, maghrib dan Isyak mereka mengelak.

Ketiga adalah pada sudut akhlak atau pekertinya. Kebanyakan yang mampu menjadi Imam adalah memiliki akhlak dan pekerti yang baik. Semua orang tidak kira lelaki atau perempuan menginginkan pasangan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. Pesan Ambo, janganlah terlalu memilih dan mencari yang terbaik sebaliknya jadikan diri kita yang terbaik, berakhlak mulia dan soleh atau solehah kerana Allah menjanjikan yang baik adalah untuk yang baik.

Jangan terpedaya dengan kecantikan atau ke'handsome'man kerana cantik atau hensem tidak akan kekal. Nanti kalau uban dan berterabur, pipi dah kendur, gigi pun sudah gugur, mata dah kabur dan berjalan pun hampir nak tersungkur hilanglah segala kecantikan dan kehenseman yang ada. Begitu juga dengan keturunan dan harta yang tidak akan kekal selamanya. Pilih yang beragama serta berakhlak mulia kerana akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga.


Ambo tulis artikel ni tapi Ambo boleh ke jadi imam?? (solat zohor dan asar memang 'confirm' boleh)
Wallahu a'lam.

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

5.15.2009 0 komentar

"Eh aku tengok kau ni asyik je duk menulis dan update blog, ada ke orang yang baca blog kau tu?" cetus seorang sahabat.

Dia menyambung lagi.
"Aku ni tak payah nak tulis tulis, cakap saja terus. Senang. Kalau orang tak faham orang tanya terus".

Berfikir sejenak.

"Ada je orang yang baca, aku tengok kat statistik pengunjung tu setiap hari tak kurang 10 orang. Lagipun ini adalah salah satu medium untuk kita sampaikan dakwah masakini. Sekarang sudah menulis blog sudah jadi hobi aku. Matlamat aku nak sampaikan mesej Islam, itu saja.

"Entah entah ko ni syok sendiri je kot, buat penat je tulis tapi tak ada orang baca" tambahnya lagi.

Pedas juga ayat mamat sorang ni.

"Insya'Allah ada je yang baca, aku menulis bukan nak cari populariti, bukan nak cari nama. Matlamat aku cuma nak sampaikan dakwah dan fikrah Islam melalui methodologi penulisan dan inilah wasilah yang aku gunakan. Salah satu hobi aku adalah menulis, jadi aku gunakan hobi ini untuk Islam. Aku rasa ini lebih baik daripada orang yang buat blog tapi tulis perkara yang entah apa apa"

Apa yang aku nak tegaskan di sini, tujuan utama menulis di laman blog ini adalah untuk memannfaatkan sedikit ruang dakwah dengan menggunakan metodologi penulisan dan ICT. Usaha ini mungkin sangat kecil, tetapi sekurang-kurangnya aku mempunyai sedikit hujah apabila ditanya 'apa yang telah kamu lakukan untuk Islam?'

Yang pastinya, aku menulis bukan kerana nama.

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Exam, Jaulah, Syeikh dan Perak.

5.14.2009 0 komentar

Inilah tajuk yang paling sesuai pada posting kali ini memandangkan blog Ambo Ore Biaso terbengkalai lebih daripada seminggu. Sudah bersawang agaknya. Kini kembali dengan posting yang terbaru. Sibuk sikit dalam dua minggu kebelakangan ini, walaupun ini sebenarnya bukan alasan untuk tidak meneruskan dakwah maya ini.



Exam selesai.


Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t Ambo berjaya menyelesaikan peperiksaan buat kali pertama di bumi anbiya' ini. Memang cukup-cukup mencabar menghadapi exam kat sini, suasana yang cukup berbeza dan beberapa perkara lagi yang memang tidak terdapat di bumi Malaysia. Madah madahnya juga cukup menguji kefahaman dan hafalan terutamanya madah Al Quran Tahriri tetapi Ambo suka cabaran sebegitu sebab soalan-soalan memang menguji tahap ingatan dan kelancaran serta kita dapat tahu kita sebenarnya berada ditahap mana dan sejauh mana usaha yang kita lakukan. Apa pun teruskan berdoa dan bertawakkal saja pada Allah atas segala usaha yang dilakukan. Sebenarnya itu cuma peperiksaan dunia, kita sebagai hamba Allah masih punya dua peperiksaan yang yang bakal ditempuhi nanti iaitu peperiksaan di dalam kubur yang mana soalan soalannya telah pun bocor namun yang akan menjawab soalan soalan nanti adalah keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Peperiksaan yang kedua adalah peperiksaan amalan di padang Mahsyar yang mana segala amalan akan dihisab oleh Allah. Adakah kita sudah bersedia? Tepuk dada, tanya iman.

Keluar Tiga Hari.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Orang kata lepas exam kita pakat pakat release tension. Jadi empat sekawan termasuk Ambo sekali pergi jalan jalan sekitar Mesir ni. Alhamdulillah segalanya selamat, tidak ada kecelakaan yang berlaku sepanjang perjalanan. Walaupun pengembaraan kami cuma 3 hari namun ia cukup cukup menyeronokkan dan memberi pelbagai pengalaman baru. Sebenarnya matlamat kami adalah ber'jaulah' sekitar 4 muhafazah namun atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan, kami cuma mampu tiba di Iskandariah dan Mansurah sahaja. Tanta dan Zaqziq tunggu kedatangan kami nanti. Bermacam macam perkara suka, duka dan bermacam macam perasaan bercampur baur sepanjang perjalanan tidak perlu Ambo ceritakan di sini. Cuma sekadar perkongsian buat semua, sementara kita masih berada di luar tanah air kita, manfaatkan dan luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan melihat kesan kesan sejarah umat lampau kerana banyak manfaat yang dapat kita perolehi daripadanya. Daripada menghabiskan duit pada perkara yang tak berfaedah, lebih baik digunakan untuk perjalanan sebegini. Berjalan jalan sudah selesai. Lepas ini sambung bertalaqqi pula.

Syeikh Prihatin.

Bukan niat pergi jalan jalan kosong tanpa beritahu syeikh, cuma tidak berkesempatan untuk memaklumkan saja. Akhirnya cara yang cukup sempoi digunakan iaitu menelefon dan memaklumkan pada syeikh. Alhamdulillah diterima baik. Sepanjang berjaulah selama 3 hari sebanyak dua panggilan diterima daripada Syeikh Muhammad Abdul Nabi bertanya Ambo di mana dan bila akan balik untuk tasmi' Al Quran. Itulah keprihatinan syiekh. Ambo semakin segan dengan syeikh. Insyaallah hari ini akan bermula kembali tasmi' dan talaqqi seperti hari hari biasa. Banyak atau sedikit ilmu yang diperolehi bukan ukuran dan nilaian tetapi apa yang penting adalah keberkatan yang diperolehi daripada ilmu yang diterima tersebut. Demi mendapatkan keberkatan, mentaati dan menghormati para syeikh atau guru adalah sangat dituntut dalam menimba ilmu tanpa mengira siapa yang mengajar kita walaupun yang mengajar kita itu adalah orang miskin atau yang lebih muda daripada kita.


Halal vs Haram

Krisis di Perak semakin berlarutan dan Keadaan semakin pening, MB Nizar cuma berada 6 jam di pejabat MB, 16 jam kembali menjadi MB kini kembali meninggalkan pejabat MB akibat permohonan si haram Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Satu perkara yang perlu kita ingat dan 'set'kan dalam pemikiran kita iaitu kerajaan haram tetap akan kalah, kebenaran akan tetap sebagai kebenaran. Usaha pakatan haram Zambry yang bertindak sebagai peragut tidak akan ke mana mana, kerajaan Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Haram tetap haram. Penyelesaian yang kita nampak adalah dengan cara pembubaran seluruh DUN Perak. Perkara ini sukar untuk diterima BN kerana mereka sudah menjangkakan yang mereka akan kalah sekiranya pembubaran DUN dilakukan. Kita lihat mereka menggunakan undang undang dan mahkamah dalam kes ini tetapi hakikatnya undang undang dipergunakan dan mahkamah di'sarkas' oleh puak haram ini. Mereka yang tidak mengambil peduli halal haram akan menggunakan apa saja termasuk yang haram asalkan hasrat mereka tercapai. Ingatlah kekuasaan Allah mengatasi segala galanya.

Pengajaran Daripada FRU

5.07.2009 0 komentar
Pengajaran buat semua...
Jadikan cerita ini sebagai teladan dan pengajaran... Ambo petik cerita ini kat blog muslimeen-united.blogspot.com


Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.
Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”

Bahaya Tidur Bersama Handphone

5.04.2009 0 komentar
Dulu ramai yang menggunakan jam loceng sebagai alat mengejutkan diri daripada tidur tetapi kini Ambo melihat jam loceng kelihatan kurang mendapat tempat di pasaran tempatan mahupun antarabangsa menyebabkan para pengusaha jam loceng terpaksa bekerja secara ‘part time’ di pasar malam atau menjadi ejen-ejen syarikat jualan langsung demi meneruskan kelangsungan hidup dek kerana kecanggihan teknologi dalam mencipta gadjet-gadjet seperti telefon bimbit yang yang memiliki kepelbagaian dalam penggunaannya termasuk bertindak mengambil alih tugas jam loceng.

Antara kegunaan lain telefon bimbit pada masa kini selain untuk membuat panggilan dan ber’sms’ adalah sebagai ‘alarm’ untuk mengejutkan diri pada waktu-waktu tertentu seperti bangun disepertiga malam untuk bermunajat pada Allah s.w.t.

Adakah anda tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Di sini Ambo nak berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.

Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza.. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan.

Kita semua maklum bahawa apabila system imuniti tubuh badan lemah, berbagai-bagai penyakit boleh menghinggapi kita ibarat sebuah negara yang amat lemah pada sistem ketenteraan dan pertahanan, mudah sahaja diserang dan dipermain-mainkan oleh negara lain yang lebih kuat.

Oleh itu, Ambo juga menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.

Perlu diingat bahawa proses keseimbangan badan adalah sangat penting bagi seseorang, jadi batu permata adalah objek yang berfungsi membetulkan medan elektromagnet yang ada pada setiap tubuh manusia. Bilamana berlaku ketidakseimbangan medan elektromagnet ini, ia akan membuatkan tubuh mengalami kemerosotan sistem imuniti badan. Wallahu Taala A’lam.

Dipetik dan diolah daripada buku Batu Permata dan Nilai Perubatannya oleh Dr Hisyam Hashim.


Mahasiswa/wi Gila Komputer

5.02.2009 0 komentar

Rata-rata kini kita melihat mahasiswa/i tak kira di dalam atau luar negara masing-masing memiliki komputer atau laptop. Jika dilihat pada suatu sudut memang banyak kelebihannya tapi jika diperhatikan pada satu sudut yang lain menampakkan terlalu banyak yang negatif pula. Ini dapat dilihat apabila mahasiswa/wi kini seolah-olah menjadi ketagih untuk bersama dengan komputer, lebih-lebih lagi mereka yang memiliki kemudahan internet dan ‘kaki game’.

Bermula bangkit daripada tidur, selesai saja solat subuh ada yang terus mengadap komputer kesayangan,. Terus ke waktu zohor, selesai saja solat terus bersemuka dengan komputer. Begitulah seterusnya pada waktu-waktu yang lain. Sampai pada hari peperiksaan pun komputer lebih diutamakan daripada mengulangkaji pelajaran. Jika setiap orang ada 24 jam sehari masa di depan komputer mungkin mencecah 6-7 jam atau mungkin lebih mengikut tahap ketagihan yang dihadapi masing-masing.

Mungkin bagi mereka yang ada kemudahan internet atau jenis ‘kaki game’ lebih teruk keadaannya. Kini internet cukup mudah diperolehi dengan bermacam-macam cara samada Broadband, Wifi dan lain-lain. Game pun sama, PES, FIFA 2009, Need For Speed dan macam-macam lagi, tidak perlu Ambo sebut di sini. Anda semua tahu. Asal ada internet atau main game saja tak makan pun tak mengapa, tak tidur sudah menjadi tabiat biasa.

Berbeza keadaan apabila membuka buku atau menelaah pelajaran, paling lama boleh bertahan adalah selama 2 jam dengan sepenuh tumpuan tetapi di depan komputer lebih 2 jam pun tak mengapa. Apabila buka saja buku, mata pun mulalah nak mengantuk, perut pun rasa lain macam saja. Ini adalah realiti yang berlaku dikalangan mahasiswa/wi. Masa dihabiskan dengan ber`chatting`, melayari laman-laman web atau blog, men`download` movie atau cerita bersiri dan macam-macam lagi yang dibuat dengan internet.

Ambo tak menafikan bahawa kemudahan internet sangat penting pada masa kini, untuk mengetahui isu-isu semasa dan mendapat maklumat yang terkini memandangkan maklumat yang disampaikan oleh media-media lain banyak yang ‘palsu’ dan dipengaruhi oleh pihak yang tertentu tetapi persoalannya sejauh mana kita gunakan untuk perkara yang berfaedah seperti itu, Ambo rasa sekejap saja, banyak dilalaikan dengan perkara lain. Kalau game pula, memang sudah maklum untuk menyelesaikan satu-satu misi atau perlawanan akan mengambil masa yang agak lama. Bukan tak boleh main game, cuma biarlah berpada-pada.

Komputer cukup penting, ini Ambo tidak nafikan. Pendakwah masa kini Ambo rasa tidak lengkap sekiranya tidak ada bersama seorang pendakwah itu sebuah laptop dan internet kerana disamping menyampaikan mesej dakwah secara zahir, perlu juga mengambil tempat untuk menyampaikan mesej dakwah di alam cyber yang tidak memiliki sempadan. Kita lihat kini ramai yang mengambil pendekatan ini seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz memiliki laman blog sendiri kerana ingin menyampaikan dakwah terutamanya kepada golongan muda yang lebih cenderung menggunakan teknologi cyber ini. Ramai lagi ulama’-ulama’ lain yang memiliki laman web sendiri Dr Yusuf Qardawi dan Dr Said Ramadhan Al Buti(sekadar menyebut dua contoh, ramai lagi ulama’-ulama’ lain).

Apa yang menjadi masalah adalah pembaziran masa dan pelajaran akan terabai disamping komunikasi kita dengan masyarakat realiti di alam sebenar akan terganggu jika terlalu asyik dengan kehidupan di alam maya. Cuba bahagikan masa dengan sebaiknya, jangan sibuk dengan men’tenet’ atau membilang zikir dengan ‘joystick’ tapi pelajaran entah ke mana. Nanti apabila pulang ke kampung halaman, jangan cuba nak ‘sembang kemaih’ dengan mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri. Fikir-fikirkan amanah yang kita tanggung dan harapan masyarakat terhadap kita semua mahasiswa/wi Islam.


Menjadi Isteri Yang Diredhai Suami

0 komentar

Ahmad Baei Jaafar

Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri mamang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar. Wallahu a'lam.