Tak Melenting Tapi Ada Yang Terkilan

10.14.2009

Satu entri yang agak berbaur kontroversi murahan dituliskan oleh seorang sahabat melalui laman blog peribadinya yang bertajuk "Sahabat-sahabat qiraat, jangan melenting ye!!". Lebih lanjut berkenaan entri berkenaan sila klik di sini.

Isi kandungannya cuma sekitar perbualan bersama seorang tokoh yang terkenal di bumi Malaysia iaitu Ustaz Othman Hamzah, Imam Besar Masjid Negeri Selangor. Saya tidak melihat perkara tersebut adalah untuk merendah-rendah para pelajar yang belajar di bumi Shoubra namun ia adalah sebagai motivasi, cabaran dan pemangkin untuk kita berusaha lebih gigih dalam mengutip mutiara ilmu di bumi Mesir ini.

Mungkin ada yang agak kurang senang dan panas hati dengan apa yang ditulis dalam entri berkenaan seperti semua orang yang menjadi imam atau tidak mempunyai sanad adalah salah dan tak layak memimpin jemaah dalam solat dan dia belajar hanya bahagian Qiraat sahaja. Bahagian Fikh atau Usul Fikh dia tak belajar. Pada saya, kenyataan tersebut ada benarnya kerana sememangnya wujud golongan seperti yang dinyatakan dan terdapat juga golongan yang tidak mengambil peluang mendalami ilmu-ilmu lain. Itu belum termasuk golongan yang hanya datang sebagai pelancong atau pemandu pelancong sahaja.

Peribahasa melayu menyatakan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Dek kerana beberapa golongan tersebut seluruh pelajar yang menuntut di bumi Shoubra seolah-olah 'dihukum' dengan hukuman tersebut. Perlu diketahui, kami di sini tidak hanya belajar ilmu Qiraat sahaja. Ilmu al Quran adalah pemulaan kepada ilmu-ilmu yang lain. Kami juga peruntukkan sebahagian besar daripada masa khusus bagi mendalami ilmu-ilmu Islam yang lain. Jemputlah bertandang ke bumi Shoubra dan Mesir ini dan melihat dengan mata kepala sendiri apa yang kami belajar di sini dan di Masjid Al Azhar secara bertalaqqi dengan para masyaikh yang mungkin tidak ada di tempat anda. Saya bersedia menerima anda sebagai tetamu kehormat saya.

Entri yang ditulis dilaman peribadi anda adalah sangat bagus sebagai muhasabah buat kita semua namun nasihat saya adalah elakkan daripada cuba mencetuskan apa-apa kenyataan bersifat kontroversi murahan agar tidak wujud budaya seolah-olah mahu saling merendahkan antara dua pihak. Mohon tunjuk ajar jika ada salah dan silap.
Comments
1 Comments

1 komentar:

  • assalamualaikum..

    1st of all, sy bukan student aliran agama..blaja skola agama pn smapi form 3 je..tp rse berminat nk komen..

    sy da bce dua2 post..rsenye,blogger camar putih tu bkn nk menyindir..die juz postkan perbualan die dgn senior2 kamu..n, btol..kamu sume jgnla melenting..dan kalau kamu melenting pn, sbnrnye kamu melenting ngn kate2 ustaz tu..blogger tu menyampai ape yg ustaz tu luahkan kt die je..

    ustaz tu da ade pglmn diperkecilkan oleh mreka yg ade sanad dr rasulullah..mgkn beliau kecil hati..pointnye disini, ustaz tu cume mahu mengingatkn junior2nya sahaja..supaya tidak memperkecilkan org laen..tuje..yg beliau duk express rase tak puas hati tu beliau tuju kt 'nila setitik' tu je..moge2 beliau juge sedar..

    tp btolke org xde sanad xleh jd imam?ke juz refer pade imam besar ke?ayah saya blaja ngaji ngn atuk sy je..bole je jd imam..alhmdllh, bacaan ayh baik..n dgn yakinnye ayah ajar kami adek beradek..tp kami xdela bce best cm ayh..huhu..

    hurm..tu jela..sori terpanjang pule komen..maaf kalu ade salah silap..byk yg saya xtau n xphm sbnrnye..

    wallahualam~

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda