Babi Pula Yang Selsema

4.29.2009 0 komentar
Ambo ore Biaso

Dulu selsema burung, kini selsema babi pulak. Lepas ni entah apa pula yang akan selsema pulak. Kucing ke, anjing ke, tak pun selsema gajah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dulu kalau kita sebut saja ‘babi’ seolah-olah tidak sopan dan agak kasar bunyinya, tapi kalau kita sebut ‘khinzir’ bunyinya macam sopan sedikit dan agak manis sebutannya. Hakikatnya babi atau khinzir ini adalah benda yang sama iaitu sejenis binatang dan merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t. Mungkin untuk bulan April ini selayaknya kita menobatkan babi sebagai haiwan paling popular peringkat antarabangsa kerana rata-rata seluruh media elektronik, media cetak semuanya bercerita mengenai isu babi ini

Maksud firman Allah dalam surah al Baqarah ayat yang ke 173 :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disenbelih tidak kerana Allah ; maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah is berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi atau swine flu berpunca daripada sejenis virus terbaru iaitu H1N1 iaitu sejenis virus yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia. Wabak ini dilaporkan sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat, 1500 telah dijangkiti dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Macam bahaya sungguh virus ini. Semasa wabak selsema burung dulu ramai juga yang terkorban, tapi selsema burung tersebar melalui burung. Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Mari kita tengok reaksi negara-negara di dunia terhadap wabak ini :
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menggantung semua import babi dan produk daging berkenaan semalam sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap penularan wabak selesema babi.
Langkah itu dilakukan berikutan pertemuan menteri-menteri kanan yang berbincang mengenai koordinasi terhadap ancaman wabak itu terhadap Indonesia.

Sementara itu di Bangkok, pihak berkuasa Thailand mula memasang alat pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bagi menyekat kemasukan produk babi dari Mexico atau Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Witthaya Kaewparadai berkata, para penumpang dari beberapa destinasi turut diperiksa terhadap simptom jangkitan virus selesema babi. – AFP
MANILA - Pihak berkuasa kesihatan Filipina semalam menggesa orang ramai mengelak berpelukan dan berkucupan di tempat awam berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.

Pada Ambo, sudah tidak ada benda lain ke yang hendak dimakan, kenapa babi juga yang menjadi pilihan? Ambo tidak menyalahkan babi dalam kes ini, babi tidak bersalah. Babi adalah makhluk ciptaan Allah, ada hikmah disebalik penciptaan babi ini. Cuma babi hanya diharamkan untuk dimakan dan dikira sebagai najis mughallazoh(berat) sekiranya menyentuh babi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala hikmahnya.

Maksud firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”


Kenapa Masih Tidak Faham-Faham

4.28.2009 0 komentar

Susah juga nak memahamkan mereka yang tak reti-reti nak faham ni. Ibarat kata Ustaz Nik Abduh inilah antara ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’. Cuba fahami betul-batul apa yang disampaikan oleh Tuan Guru haji Abdul Hadi. Kalu diri tu sudah masih jahil, jangan cuba berlagak jadi ulama’ pula. Inilah yang disifatkan sebagai ‘bodoh sombong’. Malas nak ulas panjang-panjang, ini Ambo ada bawa kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkenaan isu ‘Unity Government’. Perhatikan betul-betul…

Dipetik daripada Blog Presiden.
PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara. Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Harapan Ambo, kalau masih tidak faham istilah ‘Unity Government’ usah cuba nak bicara atau mengulas isu ini.


Sanggup Ketepikan Kepentingan Islam

4.27.2009 0 komentar

Demi politik Najib sanggup gadaikan Islam...
KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.
Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam. Klik untuk baca selanjutnya di Harakah Daily

Di sini juga Ambo ada nak tunjukkan Draf Cadangan Penyelesaian Isu Keluarga Mohd Ridzuan Abdullah dan keluarga yang disediakan oleh Fellow MANHAL PMRAM 2009, hasil kajian : saudara Syed Abdul Qadir al-Joofre, saudara Abd Rahman Mohd Tharin, saudara Mohd Nazrul Abd Nasir dan saudara Hairul Nizam Mat Husain. Sila ke link ini untuk baca draf cadangan tersebut.

Soalan Dan Jawapan

2 komentar

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.
Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar.
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik
"Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Saya hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.

Allahuakbar!!! Kerdilnya kita ini...

4.24.2009 0 komentar
Perhatikan pada gambar di bawah ini dan saksikan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Alangkah kerdilnya kita sebagai manusia yang hanya salah satu makhluk yang mendiami bumi.

Firman Allah dalam surah al A'raf ayat ke 54 :
"Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas 'Arasy: Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras(silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakannya) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya, Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan(sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekelian alam."

Hadis Rasulullah s.a.w "Berfikirlah kamu pada makhluk (ciptaan) Allah dan janganlah kamu berfikir mengenai zat Allah"

Komuniti Blogger Azhari


P/S : cuma sekadar ingin mengingatkan dengan menaqalkan satu kalam daripada seseorang :

"sekiranya kamu ingin melakukan maksiat, carilah satu 'tempat' di alam ini yang tidak diciptakan oleh Allah, berbahagialah kamu melakukan maksiat di 'sana'. Sekiranya tiada, taatlah kepada perintah Allah dan RasulNya."

Tudung Dan Imam

0 komentar

Artikel ini diciplak daripada blog 'Orang Kampung'. Ayuh kita sama-sama mengambil istifadah(pengajaran) daripadanya.

Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung... Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!

Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC... sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!

Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaikkkkk...

Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe. Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???

Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!!. Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.

Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… Ada ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam... Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!

Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???

Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.

Kejam Dan Songsang!!!

4.23.2009 0 komentar
Perhatikan video ni... memang melampau sungguh. Memang tidak sesuai untuk tontonan umum tetapi sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran terhadap situasi yang berlaku dalam masyarakat kita...



Ini lagi satu video, memang cukup-cukup teruk...
Jangan terkejut bila medapat tahu bahawa filem ini diarahkan dan diterbitkan oleh anak Melayu dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Memang cukup pedih hati ini bila menontonnya. Nilai suci murni Islam kian terhakis, nafsu yang diagung-agungkan.
Jangan sampai mengundang Bala daripada Allah s.w.t...
Ayuh sama-sama kita gerakkan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar