Raja Abu Sa'id al Muzaffar adalah merupakan orang yang pertama yang mengadakan dan memperingati Maulid Nabi SAW secara besar-besaran. Beliau adalah seorang raja yang memerintah kerajaan Ibril, di negara Iraq. Untuk mengadakan Maulid Nabi SAW, beliau telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 300 ribu dinar pada waktu itu.
Ibril adalah sebuah negeri kecil, pernah diserang dan diserbu oleh Raja Mongolia, Zengis Khan. Ini membuatkan Raja Muzaffar berfikir dan membayangkan, apabila rakyat sudah tidak memiliki daya tahan juang yang tinggi, sudah pasti mereka akan menjadi korban keganasan dan kekejaman tentera mongolia.
Pada masa semangat rakyat sudah mulai lemah dan goyah, Raja Muzaffar telah mendapat buah fikiran yang bernas iaitu dengan cara mengadakan Maulid Nabi. Di Dalam Maulid Nabi itu, dibacakan riwayat-riwayat kehidupan Rasulullah SAW. Ternyata dengan mengadakan majlis Maulid tersebut, menjadikan semangt rakyatnya bangkit kembali serta menambahkan perasaan berani menghadapi musuh. Dengan tentangan keras dan sikap tidak mudah menyerah kalah, negeri Ibril tidak berhasil untuk ditakluki oleh tentera-tentera Mongolia.
Idea Raja Muzaffar ini kemudian digunakan pula oleh Salahuddin al Ayyubi untuk membangkitkan semangat rakyat dalam Perang Salib, yang berlarutan cukup lama. Ketika itu, dunia Islam sedang menghadapi gelombang tentangan dari berbagai bangsa Eropah, Perancis, Jerman dan Inggeris.
Pada awalnya, cadangan Salahuddin al Ayyubi ini ditentang oleh para ulama'. Ini kerana sejak zaman Nabi SAW, peringatan Maulid seperti itu tidak pernah ada. Tambahan pula hari raya rasmi menurut Islam cuma ada dua iaitu 'Idulfitri dan 'Iduladha. Akan tetapi Salahuddin menegaskan, perayaan Maulid Nabi hanyalah majlis yang akan menyemarakkan syiar Islam, bukan perayaan biasa dan bukan diketegorikan bida'ah yang sesat.
Ketika Salahuddin al Ayyubi meminta persetujuan dari Khalifah al Nasir di Baghdad, ternyata Khalifah merestui tindakan dan bersetuju. Maka pada ibadah haji pada bulan Zulhijjah 579 Hijrah bersamaan 1183 masihi, Salahuddin memaklumkan kepada seluruh jemaah haji, jika pulang ke negeri masing-masing agar menyebarkan kepada umat Islam bahawa, mulai tahun 580 hijrah 1184 masihi, tanggal 12 Rabi'ulawwal adalah merupakan hari perayaan Maulid Nabi yang harus dihidupkan dengan berbagai kegiatan yang membangkitkan semangat umat Islam.
Salah satu atur cara yang diadakan oleh Salahuddin al Ayyubi pada peringatan Maulid Nabi adalah mempertandingkan sayembara penulisan riwayat serta puji-pujian bagi Rasulullah SAW dengan bahasa seindah mungkin. Seluruh ulama' dan tokoh-tokoh saterawan diundang hadir mengikuti majlis tersebut. Pemenangnya adalah Syeikh Ja'far al Barzanji. Karyanya yang terkenal sebagai kitab Berzanji yang sering dibaca umat Islam pada setiap kali Maulid Nabi SAW.
Ternyata peringatan Maulid Nabi yang diadakan Salahuddin al Ayyubi itu membuahkan hasil yang memuaskan. Semangat umat Islam dalam Perang Salib bergelora kembali. Pada tahun 583 Hijrah 1187 masihi, Jurusallem dapat ditawan kembali oleh Salahuddin al Ayyubi dari tangan bangsa Eropah dan Masjid al Aqsa kembali menjadi tempat beribadah umat Islam.
Petikan daripada : Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah SAW.
Laman Pengajian Untuk Semua
2.23.2010 catatan Pena Daie pada Tuesday, February 23, 2010 0 komentar
Makluman penting. Sila dapatkan siri rakaman pengajian bersama para masyaikh di masjid al Azhar al Syarif melalui laman Cahaya Ilmu Dari Kamar al Azhar al Syarif.
Semoga sedikit usaha ini menjadi benteng percikan api neraka dan penghapus segala dosa.
Semoga bermanfaat.
Sila layari http://tvalazhar-pmram.blogspot.com
Tunggu UMNO Mampus?
2.22.2010 catatan Pena Daie pada Monday, February 22, 2010 0 komentarSaya fikir, bila agaknya PAS akan akan dibenarkan mengiklan atau berkempen secara bebas di media utama seperti radio dan televisyen?
Tak kisah panjang atau pendek ruang yang diberikan. Memberikan kebenaran dan sedikit ruang itu perkara pokok.
Usahkan televisyen, radio pun tak dapat.

Jawapan : Mungkin setelah UMNO terkubur / dikuburkan
p/s : TV & radio di internet itu tak dikira
Jangan Nilai Luaran Saja
2.21.2010 catatan Pena Daie pada Sunday, February 21, 2010 4 komentar
Peribahasa orang putih 'don't judge the book by the cover'.
Walaupun kulit buku tidak seberapa cantik, isi kandungan belum tentu tidak menarik. Kalau setakat kulit sahaja cantik dan menarik tapi isi kandungan langsung tidak bermanfaat tidak ada guna juga.
Hah! Cukupkah menilai seseorang hanya melihat pada luaran sahaja?
Ada suatu cerita...
Seorang ahli sufi telah pergi mengembara ke suatu tempat dengan memakai jubah dan serban yang besar di kepalanya. Dia menaiki seekor keldai. Penduduk di kawasan tersebut begitu kagum melihat kedatangan lelaki tersebut di tempat mereka. Penduduk di kawasan tersebut menggelarkannya sebagai sebagai ulama'. Lalu dia bertanya kepada penduduk kawasan tersebut :
"Kenapa kamu semua menganggap aku sebagai seorang ulama'?"
Penduduk kawasan tersebut menjawab :
"Kami lihat kamu memakai jubah dan serban besar."
Lelaki tersebut segera mencabut serban yang dipakainya lalu diletakkan di atas kepala keldai lalu berkata :
"Baiklah, sekarang ini adakah kamu menganggap keldai ini adalah ulama' kerana di atas kepalanya terdapat serban?"
Mereka semua tercengang dan tidak dapat berkata walau sepatah.
Hah! Lihat keldai di atas. Macho tak?
Inilah gambaran bagi tanggapan segelintir manusia sekarang. Bila lihat sahaja ustaz-ustaz yang tidak berkopiah terus saja cop ustaz-ustaz tersebut dengan bermacam-macam gelaran. Antara yang popular adalah ustaz tersebut 'tidak thiqah'. Itu baru ustaz yang tidak berkopiah, bagaimana pula dengan ustaz yang memakai jeans? Belum lagi bicara pasal ustaz yang dressing ala-ala hip hop dan stylo dengan gaya seolah-olah baru pulang dari negara orang putih. Tidak ingin kaitkan di sini soal ustaz-ustaz yang merokok kerana ustaz tersebut tahu apa hukumnya malahan tanggapan orang terhadap ustaz merokok adalah lebih parah.
Itu baru ustaz, belum lagi ustazah.
Tidak mahu panjangkan artikel
Alahai manusia, makin serabut berbicara
Persoalan, adakah nilaian seorang ustaz hanya pada kopiah di kepala?
Kalau begitu, terlalu ramai yang bergelar ustaz jika diukur pada kopiah yang berada di atas kepala.

Berlagak Alim (Habis Jahanam)
2.19.2010 catatan Pena Daie pada Friday, February 19, 2010 0 komentar
Telah diceritakan akan satu kisah bahawasanya sepasang suami isteri menginginkan seorang menantu yang mempunyai latar belakang agama untuk anak perempuan kesayangan mereka yang cantik rupawan.
Ditakdirkan akan hasrat suami isteri itu telah diketahui oleh seorang pemuda yang banyak 'auta'nya dan sangat asyik 'mashuk' akan anaknya. Maka ditakdirkan juga dapatlah menikah akan pemuda itu dengan perempuan yang cantik rupawan itu.
Dikisahkan pada suatu hari maka berjalanlah pulang daripada surau akan mertua bersama menantunya dan menantu berada selangkah di belakang sambil memegang akan sebuah kitab. Maka bertemulah mereka dipertengahan jalan dengan seekor kura-kura dan diambil mertuanya kura-kura tersebut lalu ditanya akan menantunya. "Apakah hukumnya makan kura-kura ini wahai anankanda?"
Lalu si anakanda amat terkejut namun oleh kerana terlalu tinggi 'auta'nya sambil membelek-belek kitab yang entah apa isinya. Asyik dia membelek namun tak juga ketemu akan jawapannya kerana dia tidak pernah mengaji pun. Lalu akalan dia pun segera menyebut "Al babul kurouu walhahalu ilal manaatu walharomu ila mirtuwaa illa quwwatihi"(hanya sekadar tulisan). Dilanjutkan lagi akan menantunya segera menterjemah kalam yang dilafazkannya yang berbunyi "pada bab yang menyatakan hal kura-kura itu, dihalalkan akan menantu dan diharamkan atas mertua melainkan kuahnya sahaja".
Memandang mertua akan menantunya atas dan bawah lalu cepat-cepat melangkah. Si menantu pula lambat-lambat langkahnya sambil melihat kura-kura lalu dilemparkan ke dalam semak.
- kalau tidak tahu, usah nak berlagak seperti orang alim. Belajarlah...

Mendekati Syeikh Sya'rawi
2.15.2010 catatan Pena Daie pada Monday, February 15, 2010 3 komentar
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi merupakan seorang ulama' yang dihormati, disayangi, dikagumi dan digeruni sepanjang zaman dengan ketinggian ilmu serta pelbagai sifat mahmudah yang menjadi pakaian beliau.
Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana pada hujung klip video, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah sedang menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman.
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – Surah al-Baqarah : 258, al Quranul Karim
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.
Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.
Sumber : Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre

Hari Keluarga 2010
2.14.2010 catatan Pena Daie pada Sunday, February 14, 2010 2 komentar
Cuti 2 minggu tidak dibiar kosong tanpa terisi. 13/2/2010 telah berlangsung Hari Keluarga Shoubra dengan penuh meriah meskipun dalam keadaan cuaca yang sedikit panas. Pelbagai acara telah dilangsungkan sempena Hari Keluarga pada kali ini. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang telah terjalin sekian lama.NIKON D90 milik Ali Imran Salleh membantu saya merakam foto-foto sepanjang Hari Keluarga pada kali ini.
Ingin melihat gambar-gambar menarik?
Klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)