Berlagak Alim (Habis Jahanam)

2.19.2010
Telah diceritakan akan satu kisah bahawasanya sepasang suami isteri menginginkan seorang menantu yang mempunyai latar belakang agama untuk anak perempuan kesayangan mereka yang cantik rupawan.

Ditakdirkan akan hasrat suami isteri itu telah diketahui oleh seorang pemuda yang banyak 'auta'nya dan sangat asyik 'mashuk' akan anaknya. Maka ditakdirkan juga dapatlah menikah akan pemuda itu dengan perempuan yang cantik rupawan itu.

Dikisahkan pada suatu hari maka berjalanlah pulang daripada surau akan mertua bersama menantunya dan menantu berada selangkah di belakang sambil memegang akan sebuah kitab. Maka bertemulah mereka dipertengahan jalan dengan seekor kura-kura dan diambil mertuanya kura-kura tersebut lalu ditanya akan menantunya. "Apakah hukumnya makan kura-kura ini wahai anankanda?"

Lalu si anakanda amat terkejut namun oleh kerana terlalu tinggi 'auta'nya sambil membelek-belek kitab yang entah apa isinya. Asyik dia membelek namun tak juga ketemu akan jawapannya kerana dia tidak pernah mengaji pun. Lalu akalan dia pun segera menyebut "Al babul kurouu walhahalu ilal manaatu walharomu ila mirtuwaa illa quwwatihi"(hanya sekadar tulisan). Dilanjutkan lagi akan menantunya segera menterjemah kalam yang dilafazkannya yang berbunyi "pada bab yang menyatakan hal kura-kura itu, dihalalkan akan menantu dan diharamkan atas mertua melainkan kuahnya sahaja".

Memandang mertua akan menantunya atas dan bawah lalu cepat-cepat melangkah. Si menantu pula lambat-lambat langkahnya sambil melihat kura-kura lalu dilemparkan ke dalam semak.

- kalau tidak tahu, usah nak berlagak seperti orang alim. Belajarlah...
Comments
0 Comments

0 komentar:

Post a Comment

Apa komen anda