Angan-Angan Atau Impian

12.19.2009


Jika suatu hari nanti saya...

1. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Al Azhar.

2. Menguasai pelbagai cabang bidang ilmu.

3. Membina keluarga muslim.

4. Menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam bersama Parti Islam SeMalaysia.

5. Memiliki rangkaian perniagaan antarabangsa berasaskan keperluan harian yang dijamin halal.

6. Mengelola sebuah Universiti Islam Antarabangsa yang menyediakan semua bidang pengajian secara percuma.

7. Mengawal segala kemaksiatan samada di alam nyata atau alam maya (alam cyber).

8. Memiliki stesen televisyen antarabangsa. Siaran ke seluruh dunia.

9. Mengumpulkan pemain-pemain bola sepak Islam terbaik dunia dalam sebuah pasukan.

10. Memastikan pasukan bola sepak Malaysia memenangi Piala Dunia.

11. Memastikan negara Islam Malaysia memiliki teknologi persenjataan paling canggih.

12. Membebaskan bumi Palestin.

13. Mati syahid (cita-cita tertinggi).

Kita meletakkan sesuatu matlamat pada minda bawah sedar (subconscious mind) dan perkara itu seterusnya akan merangsang minda sedar (conscious mind) untuk mencari peluang-peluang untuk demi mencapai matlamat tersebut.
Comments
2 Comments

2 komentar:

  • Unknown

    Assalamualaikum.

    Angan-angan atau impian? Disebabkan nta meletakkan perkataan jika, maka ianya lebih mengarah kepada angan-angan. Adapun impian/cita-cita/tujuan hidup, supaya ianya boleh tertanam di dalam minda bawah sedar, ada beberapa kaedah yang mesti kita buat.

    Ini di antara beberapa kaedah dalam menentukan tujuan:
    -Tujuan mesti disusunkan dalam kata-kata positif, dalam bentuk 'present tense' dan lebih baik lagi dalam bentuk kata-kata “sudah” dan tambahkan kata-kata positif secara emosional.
    -Tujuan mesti spesifik/detail/jelas kerana minda bawah sadar kita perlu kepada tujuan yang mantap dan spesifik.
    -Tujuan mesti bertulis. Ketika menulis goal, tanpa sedar kita telah menuangkan impian yang kabur/tak jelas menjadi jelas. Masa tu kita mengaktifkan RAS (reticular active system) dalam otak kita. RAS ini adalah alat pada roket yang berfungsi untuk mengejar target dan melalukan perbaikan langkah kalau tersalah arah sampai akhirnya roket tersebut mengenai target.

    Contoh:

    Ana (tak pakai perkataan 'akan') berkahwin pada Jun 2010.

    atau:
    Ana berkahwin pada 12hb Jun 2010 (lebih spesifik lagi)

    atau:
    Pada 12hb Jun 2010, ana dah pun berkahwin.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    Nta bila nak kahwin? :D

    Wassalamualaikum.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Ana faham. Syukran Abg Rais.
    Betul ke Abg Rais nak kahwin Jun 2010 ni?
    Jangan lupa jemput ana yer..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda