Misi Menghapuskan Terrorist Kembali

5.02.2011

Amerika melalui Presidennya, Barrack Obama kononnya berjaya menawan dunia dengan berita kejayaannya membunuh Osama Bin Laden. Seluruh dunia mempercayainya. Apa yang dikesalkan adalah terlalu ramai yang mempercayai dengan mudah berita kematian Osama walaupun gambar serta laporan kematiannya berada pada tahap yang sangat meragukan.

Perhatikan propaganda yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam. Setelah bertahun-tahun lamanya nama Osama menyepi setelah dikaitkan dengan pengganas yang menjadi dalang tragedi 11 Sept ciptaan Amerika, kini tiba-tiba muncul dengan berita kematiannya di Pakistan.

Pengganas Amerika mahu gembar gemburkan kembali semboyan "Islam pengganas" yang menyebabkan seluruh dunia mengalami islamphobia sepertimana dilaungkan sebelum ini yang ternyata berjaya mengalih perhatian masyarakat dunia. Mereka tidak mahu Islam bangkit memakmurkan dunia. Kesannya boleh dilihat di Iraq dan Afghanistan. Turut tidak ketinggalan, sekolah agama rakyat di Malaysia turut terkena tempias Islamphobia.

Pengganas yang pastinya tidak akan senang duduk dengan kebangkitan Islam di Tanah Arab sekarang. Lebih-lebih lagi apabila sempadan Mesir-Palestin akan dibuka. Padahnya akan diterima oleh negara haram Yahudi, Israel. Pada awalnya mungkin akan bertindak menghapuskan 'pengganas' di Pakistan sepertimana yang telah dilakukan di Iraq dan Afghanistan. Setelah Pakistan, mungkin mereka akan beralih arah kepada bumi Timur Tengah dengan alasan yang sama iaitu menghapuskan 'pengganas'. Siapa sebenarnya pengganas?

Berita 'kematian Osama' juga bertujuan mahu mengalihkan tumpuan masyarakat dunia daripada tertumpu kepada kejatuhan ekonomi yang sedang melanda Amerika kini yang memungkinkan mereka bankrap. Teknik ini dilihat adalah 'copy paste' daripada apa yang berlaku di Malaysia seperti isu kenaikan harga minyak yang dilenyapkan dengan isu video seks. Teknik yang sama, hanya isu yang berbeza. Siapa yang yang mencipta teknik ini? Dan siapa yang meng'copy and paste'?


Comments
2 Comments

2 komentar:

  • shaker

    sekarang matawang usdolar jatuh teruk dalam sejarah.. dan emas naik mendadak...

    dgn isu ini mereka akan kembali pulih sedikit.. pandai btol dorang ni..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    macam UNMO/BN kat Mesia la..
    macam2 isu bodoh yang dibuat nak tutup isu2 sebenar.

    Jangan lupa ket, beli dinar emas. Ada bajet lebih, angkat plat @ jongkong terus!

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda