Cabaran Jiwa Pemuda

7.18.2010
Tentera-tentera iblis adalah musuh kita yang sangat jelas dan nyata. Mereka yang sentiasa menyeru kepada kancah maksiat, menuju ke arah kepuasan keinginan syahwat dan memandu kepada jalan yang penuh keji dan lucah sehingga seluruh tubuh, jiwa dan akal kita diserang penyakit jasad dan jiwa yang sangat kronik. Kita sedang melalui zaman keruntuhan akhlak dan kerosakkan sosial yang semakin berleluasa. Kita tidak akan mampu menghadapinya sekiranya tidak memiliki benteng akidah rabbaniyyah, pegangan yang teguh terhadap dasar-dasar Islam, keperibadian yang tinggi dan akhlak yang mulia.

Merentasi zaman yang penuh mencabar ini, kita perlu menghadapi cabaran jiwa yang amat pahit dan sangat hebat. Agak sukar untuk kita berpegang teguh dengan akhlak mulia dan membenteng diri dengan benteng kemuliaan serta meniti jalan dengan penuh ketenangan serta jauh daripada maksiat. Lebih teruk pada saat ini, di sekeliling kita terbentang dengan luas jalan-jalan kemungkaran dan kerosakan jiwa serta akhlak yang amat mudah untuk dilalui.

Salah satu benteng yang ampuh mampu menjadi perisai adalah memasuki alam perkahwinan demi memelihara akhlak, kesihatan jiwa dan akal serta kesejahteraan masyarakat. Kadang-kadang wujud alasan dengan hujah-hujah yang amat lemah tetapi menjadi penghalang utama dalam membina benteng yang kukuh ini, bahkan ia adalah merupakan bisikan hawa nafsu dan syaitan seperti "Mengapa harus berkahwin? Sedangkan perkahwinan merupakan bebanan dan tanggungjawab yang mesti dipikul. Mengapa mesti membina sebuah keluarga? Sedangkan dengan berkeluarga terpaksa berjaga malam dan bekerja keras di siang hari. Mengapa menyusahkan diri dengan perkahwinan? Sedangkan perkahwinan memerlukan kos yang tinggi dan menanggung bebanan yang cukup banyak.

Waspada terhadap bisikan syaitan dan hawa nafsu yang memperindahkan segala kemungkaran, menimbulkan bermacam keghairahan, memudahkan jalan-jalan kemaksiatan, membunuh kemuliaan, menggadaikan maruah dan memandu jalan menuju ke lubang neraka jahanam.

p/s : Merancang masa hadapan
Comments
2 Comments

2 komentar:

  • perkahwinan mampu mencegah maksiat..tapi jika hanya itu purposes perkahwinan, takut2 menambahkan rating pernceraian..

    tgjawab dan komitmen both partners must be tip top

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • huh..betul dah tu apa yg penulis tu sebut. rating perceraian tu berlaku bila dah sibuk sgt bercinta sebelum kawen, lepas kawen mula la boring..
    Nabi pun suruh umatnya berkahwin. So, memang positif la kawin tu.
    apa pun komitmen both partners must be tip top...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda