Salah Menentukan Keutamaan

7.04.2010

Pertembungan dua perkara dalam satu masa yang sama menyebabkan kita sering ragu-ragu untuk menilai dan menentukan yang mana lebih utama untuk dipilih. Hal ini memerlukan kefahaman yang jelas berkenaan keutamaan atau lebih mudah difahami sebagai aulawiyyat. Jika ditanya, ramai yang mampu menilai dengan baik tentang keutamaan sesuatu perkara namun tidak pada sudut perlaksanaan kerana belum pasti ramai yang sanggup untuk mendahulukan perkara yang lebih utama lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut bertentangan dengan kehendak diri.

Satu contoh yang cukup mudah iaitu pada tarikh 3 Julai 2010, menyaksikan perlawanan peringkat suku akhir piala dunia antara dua kuasa besar bola sepak dunia, Jerman menentang Argentina. Hasilnya, pasukan Jerman yang rata-rata dibarisi pemain muda dengan mudah membelasah pasukan Argentina dengan 4 jaringan tanpa dibalas. Sangat memalukan apabila pasukan yang digembar-gemburkan sebagai calon yang akan membawa pulang trofi piala dunia tewas dengan cukup mudah di tangan anak-anak muda Jerman.

Ketika wisel pertama ditiup di Green Point Stadium, Cape Town, saat itu juga pengajian Fiqh Syafie bersama Syeikh Sayyid Syaltut menggunakan Matan Abi Syuja' sempena Daurah Mukaddimat Ulum Syar'iyyah di Masjid Al Azhar dimulakan. Perbahasan pengajian bermula pada bab ahkam al Najasat sehingga bab solat-solat sunat.

Kedua-dua hal ini memiliki tarikan yang tersendiri. Pasti diakui oleh semua bahawa pengajian Fiqh Syafie adalah lebih utama berbanding sebuah perlawanan bola sepak. Peminat bola sepak yang memilih untuk berada di majlis ilmu langsun tidak tergugat malahan sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan kepada pengajian kerana rakaman penuh perlawanan boleh dimuat turun daripada pelbagai laman download. Kenyataan tidak rasmi yang lebih kurang sama juga daripada peminat bola sepak yang memilih untuk menyaksikan perlawanan secara langsung kerana berpendapat 'tidak syok' jika tidak menonton perlawanan secara langsung. Piala dunia cuma 4 tahun sekali, pengajian di Al Azhar ada setiap hari. Malah, rakaman pengajian juga boleh diperolehi daripada pelajar yang merakam pengajian tersebut.

Jika semalam anda memilih untuk berada di hadapan televisyen menyaksikan perlawanan hebat antara Jerman dan Argentina, anda telah melakukan satu kesilapan dalam menentukan keutamaan. Majlis ilmu di Masjid Al Azhar yang menjanjikan ilmu yang bermanfaat dan dicucuri rahmat serta dipayungi oleh para malaikat adalah lebih utama untuk dipilih berbanding perlawanan bola sepak. Anda langsung tidak mengalami kerugian walau satu sen samada Jerman mahupun Argentina yang tewas kerana anda yang memahami tuntutan Islam pasti bukan seorang tahi judi. Adalah amat malang sekali bagi penyokong pasukan Argentina yang tidak menghadiri pengajian di Masjid Al Azhar kerana bukan sahaja ilmu yang tidak diperolehi malah pasukan yang disokong juga terpaksa menerima kekalahan yang memalukan di tangan pasukan anak-anak muda Jerman.Gigit jari saja penyokong Argentina.
Amat mudah untuk melemparkan kata-kata dalam menentukan yang mana lebih utama tetapi amat sukar untuk dilaksanakannya jika perkara tersebut bertentangan dengan kehendak diri.

p/s : Perlawanan akhir nanti, mungkin Jerman akan bertemu Uruguay. Saya pilih Jerman!
Comments
4 Comments

4 komentar:

  • adikeica

    i think Messi played very well. It just Argentina dont have a very good team coordination..

    Unlike Germany, they really worked as a team!

    Oh, Germany akan jumpa Spain di Semi Final, not yet final..Holland akan jumpa Germany nnt di final IAllah

    Saya pilih Germany juga! =D

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Untuk capai sesuatu, terlalu sukar jika hanya mengharapkan amal n skill fardi. Ibrah daripada permainan yang ditunjukkan oleh Germany adalah tentang penting gerak kerja berpasukan. Sila rujuk artikel bertajuk Ibrah daripada world cup. Saya tidak suka cara permainan Holland, walaupun meminati seorang striker muslim Holland, Van Persie. Oooh silap, mustahil Germany akan bertemu Spain di final. Mungkin Germany akan bertemu Uruguay di final nanti.

    Saya tetap pilih Germany.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • adikeica

    owh i never knew than persie is a muslim!

    tapi germany pon ada juga yg muslim..ozil!

    yupp cant deny the importance of the teamwork!

    hebat awak ni world cup siap kait dengan amal fardi, jamaie sume ni..hehehe

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda