Sekolah Menjahilkan Umat Islam

12.05.2010

Sekolah-sekolah yang ada kini (tidak semua sekolah) adalah pusat menjahilkan umat Islam, sekolah-sekolah kini juga memberikan kefahaman mengenai Islam secara menyeluruh. Jika ada, ia hanyalah kulit, bahkan kulit yang telah diburukkan. Lihat sahaja situasi masyarakat kita, kanak-kanak dan remaja yang memasuki sekolah dan keluar daripada sekolah tersebut mengenali sejarah Eropah lebih banyak daripada sejarah Islam. Mereka mengenali lebih Napoleon berbanding Nabi Muhammad SAW serta mendalami secara mendalam kebangkitan Perancis berbanding dakwah Islam. Umat Islam dijahilkan di sekolah.

Umat Islam juga tidak mengetahui sirah para nabi melainkan hanya beberapa muka surat sahaja. Mereka juga mengetahui kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW melainkan hanya perselisihan dan peperangan sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengetahui apakah mesej risalah Muhammadiah dan mereka dibutakan tentang kehebatan dalam keperibadian Nabi Muhammad SAW, tidak juga didedahkan apa yang dibawa oleh baginda kepada seluruh alam ini serta disorokkan apakah keistimewaan dan ciri-ciri generasi yang telah dididik oleh Rasulullah SAW. Mereka turut dijahilkan daripada mengetahui bagaimanakah tamadun Islam yang sempurna.

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang rabbani, insani, 'alami dan akhlak yang telah dibentuk oleh Islam disaat pihak barat pada ketika itu hanya mampu melihat cahaya yang samar sahaja.

Pendidikan Seks

Sebagaimana dimaklumi, bermula Januari 2011, satu lagi subjek wajib baru akan mula diperkenalkan di sekolah bagi murid tahun satu iaitu Pendidikan Seks. Bukan kita menyempitkan pemikiran dengan hanya memikirkan aspek kelucahan dalam pendidikan seks tetapi apa motifnya pendidikan seks? Adakah mahu membendung gejala seks bebas? Atau hanya sebagai projek baru tambahan tanpa hasil seperti PPSMI? Jika diteliti, perlaksanaan pendidikan seks di sekolah masih lagi kabur perlaksanaannya tanpa diketahui dengan jelas kurikulum yang akan diterapkan.

Andaikata pendidikan seks diberikan kepada pelajar pada peringkat awal lagi, kita seharusnya khuatir masalah ini pasti akan melibatkan lebih ramai remaja daripada golongan bawah umur. Ini adalah kerana apabila sudah diberikan pendedahan secara teori, sifat semula jadi remaja yang ingin tahu akan membuak-buak untuk mengetahuinya secara praktikal pula. Adakah pelaksanaan pendidikan seks adalah bagi mengisi penubuhan Sekolah Harapan oleh kerajaan Melaka baru-baru ini yang bakal mencetuskan epidemik hamil luar nikah di kalangan pelajar di negara ini. Mungkin juga sedikit masa lagi sekiranya pemerintah yang ada terus memerintah, sekolah merempit, sekolah mat dadah, sekolah perompak dan sewaktu dengannya akan ditubuhkan serta diterapkan juga pendidikan selari dengan tertubuhnya sekolah tersebut.

Fahaman sekular yang merajai dan menjajah negara kita menafikan secara total Islam sebagai penyelesaian dalam membendung gejala seks bebas dan bukan dengan memberi kondom serta menyediakan pendidikan seks di sekolah. Islam adalah sebaik-baik penyelesaian terhadap permasalahan ini.

Saya fikir, jika guru Bahasa Melayu kita gelarkan dengan 'Cikgu BM', apakah gelaran yang sesuai diberikan kepada guru Pendidikan Seks?
Comments
3 Comments

3 komentar:

  • shakirshafiee

    Muhammad Aizat AmiruddinPendidikan seksualiti adalah suatu inisiatif yg baik dan amat diperlukan. Tetapi pelaksanaannya sebagai satu subjek asing di sekolah rendah dan menengah bermula sebulan dari sekarang adalah amat tergesa-gesa. Siapa tenaga pengajarnya (sedangkan masih ada subjek yg kekurangan guru)? Bila pula tenaga pengajar akan dilatih? Bagaimana pula dengan jadual p&p tahunan yg telah siap disusun?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    kenapa ia diperlukan?
    soalan2 anda yang agak baik..
    terima kasih

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Jihe berkata " setuju ngn akhi syakir..Method yg nk digunakan,adakah pendekatan biologi,pendekatan islami @ bagaimana yg digunakan??

    Misalnya,kalo pdekatan biologi,samela cam yg kite blaja sistem reproduktif waktum form 3,,kalo pdekatan islami plak-tunjukkan dalil2 yg berkaitan dgn seks ni supaya ilmu itu dikaitkan langsung dgn Allah swt..Sekian..wallau'lam

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda