
Sewaktu masa dahulu, golongan kafir yang menentang Islam menyerang umat Islam melalui peperangan bersenjata tetapi serangan-serangan yang dilakukan oleh mereka dilihat gagal untuk melemahkan umat Islam malah lebih meningkatkan kekuatan ketenteraan Islam kerana perbezaan motif peperangan antara golongan Islam dan golongan kafir adalah umat Islam yang berperang kerana memiliki impian untuk mati(syahid) tetapi golongan kafir berperang adalah untuk hidup. Menurut sejarah, bermula selepas berakhirnya perang Salib, pendekatan yang digunakan oleh golongan kafir bukan lagi menyerang secara membunuh nyawa-nyawa umat Islam tetapi serangan yang digunakan adalah cukup licik dan halus iaitu dengan membunuh pemikiran Islam yang ada dalam jiwa umat Islam secara serangan pemikiran (ghazwul fikr) untuk melemahkan akidah dan melekakan umat Islam daripada memahami dan menghayati Islam seterusnya memudahkan mereka dalam menghapuskan nyawa umat Islam.
Serangan pemikiran keatas umat Islam yang dilakukan secara bertubi-tubi, teratur, kemas dan terancang dilihat berjaya untuk melemahkan umat Islam apabila mampu untuk merosakkan akhlak umat Islam dengan mewujudkan insan yang pincang akhlak serta buruk tingkah laku. Melalui serangan pemikiran juga dapat menghancurkan fikrah Islam, memporak perandakan kefahaman Islam dan meleraikan kesatuan umat Islam malahan lebih dibimbangi ia dapat merosakkan akidah umat Islam dengan menyangsikan umat dengan pegangan Islam.
Terdapat lapan fomula yang dikenalpasti menjadi formula barat dalam menyerang pemikiran umat Islam iaitu
Formula 4 S(Empat S) dan
Formula 4 F(Empat F).
Formula Empat SS 1 : Song (lagu) - Lagu-lagu yang melalaikan daripada mengingati Allah
S2 : Sport (sukan) - kempen membuka aurat, melupakan ibadah dan percampuran diluar batas antara lelaki dan wanita
S3 : Sex (seks) - mengajurkan seks luar nikah
S4 : Smoke (rokok) - ketagihan dan pembaziran harta
Formula Empat FF1 : Fun (seronok) - Keseronokan yang melampau dan tidak mengikut syariat, hedonisme dan arak
F2 : Food (makanan) - Makanan Syubhah(diragui taraf kesahihan halal dan haram)
F3 : Fashion (fesyen) - Pendedahan aurat terutamanya wanita
F4 : Fit (dadah) - ketagihan dan merosak akal sera jasad manusia
Pelbagai kesan buruk timbul terhadap umat Islam seperti umat jahil pada Islam, tidak mengenal Al Quran, tidak memahami erti jihad, politik dikuasai oleh golongan sekular, penguasaan militeri(tentera), kemunduran ekonomi umat Islam, ketandusan generasi pewaris Islam, larutnya keperibadian Muslim dalam jiwa umat Islam dan menyebabkan ketaatan umat Islam kepada orang-orang kafir.
Adakah kita telah tergolong dalam kalangan percaturan dan perancangan musuh-musuh Islam???
Ayuh bangkit wahai umat Islam.
...