Muslimah Upload Gambar

7.18.2009

Dunia semakin canggih, segalanya hanya di hujung jari. Klik saja terus dapat. Bercerita tentang aktiviti meng'upload' gambar pada laman-laman tertentu seperti Friendster, Myspace, Facebook, Blog dan lain-lain dilihat kini menjadi perkara biasa sahaja terutama dikalangan wanita yang bergelar muslimah. Gambar-gambar yang di'upload' itu disertai dengan bermacam-macam ragam, aksi(aksi yang paling popular adalah 'peace' dengan dua jari) dan gaya 'posing' yang berbagai sehingga ada gambar-gambar yang di'upload' menampakkan kesan-kesan jerawat yang ada di muka. Terbit rasa hairan di dalam hati ini, di manakah perginya rasa segan mereka? Tidakkah terbit rasa malu di hati mereka? Malu adalah merupakan lambang keimanan...

Berbagai kemungkinan yang menjadi tujuan utama mereka meng'upload' gambar-gambar pada laman-laman tertentu seperti gambar tersebut adalah untuk tontonan umum sebagai menceritakan perkara-perkara yang telah berlaku dengan gambar seperti menyambut hari lahir, hari raya dan pergi melancong. Kemungkinan juga tujuannya adalah supaya orang yang tidak mengenali mereka boleh mengenali dengan gambar dan mungkin juga sebagai tontonan untuk mereka yang sudah kenal serta boleh melihat gambar selalu. Mungkin juga mereka ingin mempertontonkan kepada umum kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Ada golongan yang mem'private'kan album gambar mereka dan hanya boleh ditonton oleh orang-orang tertentu sahaja(jawapan ada dibawah). Berbagai kemungkinan, segalanya bergantung kepada tujuan dan niat masing-masing.

Tidakkah kalian merasa gambar kalian adalah sangat berharga? Adakah wajah kalian yang cantik itu dicipta hanya untuk tontonan umun? Tidak salah rasanya jika ada yang menyatakan bahawa ramai yang bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yangg telah dikurniakan Allah kepadanya. Sanggupkah kalian menjadikan wajah yang cantik itu untuk memerangkap kaum lelaki, menggoyahkan iman kaum lelaki dan seterusnya mampu meruntuhkan iman kaum lelaki yang melihat gambar tersebut? Sanggupkah kalian menjadikan gambar dan diri kalian menjadi bahan umpatan bagi kaum lelaki? Tentu kalian tidak tahu apa yang mereka bualkan di belakang, jika kalian tahu sudah tentu kalian akan 'cuak' untuk meng'upload' gambar.

Dunia hari ini semakin canggih sehingga kita tidak mampu untuk mengejar satu persatu kelajuan perkembangan teknologi. Perlu kalian ingat bahawa hanya dengan 'klik' pada butang tetikus sahaja gambar kalian akan ter'save' secara automatik dan dimuat turun ke mana-mana komputer sahaja. Bagi kes mereka yang mem'private'kan album gambar, perlu diketahui bahawa orang lain mungkin tidak mampu untuk memecah masuk ke album 'private' anda tetapi perlu kita ingat bahawa 'owner'(pemilik) laman tersebut senang sahaja melihat gambar-gambar 'private' kalian. Perlu kalian tahu bahawa selain pemilik laman tersebut, mungkin ada dikalangan 'hackers' yang mampu memecah masuk ke album-album peribadi kalian. 'INGAT', dengan segala kecanggihan yang ada kini dengan mudah sahaja gambar-gambar kalian di'edit' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan Superimpose Photo, Photoshop, Fireworks dan lain-lain. Jangan kalian terkejut sekiranya gambar-gambar kalian terpampang pada skrin laman-laman yang tidak sepatutnya kerana hanya satu kesilapan sahaja. Adakah ketika itu kalian mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu adalah hanya merintih tak tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan oleh kalian sendiri.

Perlu ambo tekankan di sini bahawa ambo bukanlah musuh-musuh kalian semua, bukan mahu mengaibkan atau menghentam kalian semua tetapi ambo adalah saudara seislam kalian yang hanya mahu mengingatkan diri ini sendiri dan kalian semua agar gambar-gambar kita tidak dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

http://www.youtube.com/watch?v=OVHDB7BnuWo

http://gadis-melayu-bertudung.blogspot.com

Jika kita perasan, laman di atas kadangkala mencerita perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan gambar yang dipamerkan. Semoga kita memelihara diri dan maruah kita daripada dicemari oleh manusia yang tidak berakhlak.Kadang-kadang kita hendak menasihati orang supaya jangan meletakkan gambar dengan sewenang-wenangnya pada laman friendster, myspace, facebook, blog dan lain-lain tetapi seolah-olah macam tak makan saman. Nanti kata "ala..ape salahnye..". Tapi kalau tak peduli kena eksploitasi..terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau nak letak sangat gambar, sila fikirkan bagaimana keadaan gambar itu supaya tak dieksploitasi seperti yang ada dalam laman di atas. Apa-apa pun, marilah sama-sama kita menjaga pandangan kita.

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". - An-Nuur: 30

Apa Pandangan Anda?? Klik di sini

Comments
11 Comments

11 komentar:

  • NSOH

    ye benar, dalam kecanggihan teknologi sekrang nih macam2 leh berlaku superimpose dan etc, cukup senang untuk mengubah sesuatu keadaan..yang mungkin tak disangka-sangka..hacker skrg mmg ramai... semakin ramai orang berpelajran semakin ramai yg akan jadi 'penjenayah'.. beringat sebelum terkena....'mencegah lebih baik dr mengubati'

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • yer...mencegah lebih baik daripada mengubati.
    beringat sebelum kena...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Terima kasih atas peringatan dan izinkan ana menyebarkannya. Kalau dari segi hukum pulak mcm mana tu ustaz? Syukran.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Faridah Selamat

    slm..ana setuju dgn artikel ni.. baraKallahufiek..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • syekhulislam

    entry amat bergne...hehe..ambo sokong alek blake

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Salhatul Asma Ruslan

    Assalamualaikum,mashaAllah.
    syukran ust.mgkin ramai masih xsdr akn hal ni.mohon copy utk tatapan sahabaiah lain.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • PeNgEmBaRa AkHiRaT

    Assalammualaikum ustaz..
    syukran atas peringatan tersebut..
    insyallah mari kita sebar2kan..mohon jua untuk di copy agar membuka mata yang sedang terpejam..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • salam...syukran ats en3 yg bmnfaat ini...barakallahufik...
    truskn bdakwah...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    sama-sama. silakan utk sebaran ilmu dan dakwah..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • salam..ust...
    dlu sye pn penah dgr sal bnda neyhh..
    syukran atas pnulisan ust y dh byk mmbuka mata sye..
    hurmmm...sye nk mitak maaf snbrnye..
    sye rase sye ad trbwat slah ngan ust..maaf yerr...
    truskn prjuangan ust...=))

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    segalanya daripada Allah SWT...
    doakan saya.
    minta maaf sbb apa?
    siapa anda?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda