Pulang Nanti Jadi Doktor???

8.22.2009
Ya, pulang ke Malaysia nanti kewajipan kita untuk menjadi seorang doktor. Bukan doktor yang biasa-biasa malah kita perlu menjadi seorang doktor yang benar-benar pakar. Tentu timbul persoalan kerana pengajian kita di Mesir atau di Jordan atau di mana sahaja dalam bidang pengajian Islam, langsung tidak wujud perkaitan dengan jurusan kedoktoran. Sebenarnya ia langsung tidak bercanggah, istilah 'doktor' yang digunakan adalah tepat dan benar.

Biar saya jelaskan. Keadaan akhlak dan gejala sosial yang melanda masyarakat di negara kita kini kian meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan. Anda masih ingat satu kajian yang dilakukan terhadap lebih kurang 80 orang gadis dan hasil kajian tersebut hanya seorang sahaja yang tidak pernah melakukan hubungan seks(sila betulkan fakta sekiranya silap). Kajian ini dianggap 'sampah' oleh pihak kerajaan dan memandang remeh kebejatan akhlak yang melanda masyarakat. Fakta tersebut sudah cukup menjadi bukti gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang kini berada pada tahap kritikal. Tidak perlu saya ceritakan hal-hal yang lain seperti gejala murtad , pesta seks songsang dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila baik daging tersebut maka akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila rosak daging tersebut maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Daging tersebut adalah hati"

"Setiap dosa yang dilakukan akan menyebabkan satu titik hitam pada hati"

Perkaitan dengan hadis di atas adalah masyarkat kita kini sedang mengalami keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang sangat kritikal, puncanya adalah berlaku kerosakan dan masalah yang amat teruk pada hati kerana tidak ada nur dan hidayah Allah s.w.t lalu menyebabkan seluruh anggota lain turut rosak serta hanyut dalam kancah kemaksiatan. Sehingga ke saat ini masih tidak terdapat sebarang ubatan di hospital kerajaan mahupun swasta yang menjadi penawar kepada 'kerosakan hati' ini.

Siapa doktor yang akan mengubati penyakit ini? Apakah penawarnya? Jawapannya adalah kita, golongan yang belajar dan memahami ilmu agama. Kita perlu menjadi 'doktor' yang mampu menyediakan ubatan dengan memberi suntikan ilmu dan kefahaman Islam supaya penyakit tersebut tidak terus membelenggu masyarakat. Kita perlu membimbing masyarakat dalam menerapkan vaksin keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t agar mereka kebal daripada sebarang kuman dan virus maksiat. Kita adalah bakal doktor yang menyampaikan dakwah Islam dan menjadi 'rijal al taghyir' (lelaki yang menjadi agen pengubah) kepada umat untuk merubah hati segenap lapisan masyarakat dan seluruh anggota masyarakat seterusnya mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Menjadi doktor dalam bidang ini bukan suatu perkara yang mudah, sistem imunisasi yang sangat kuat perlu ada pada diri kita sebagai doktor. Imunisasinya adalah kefahaman Islam yang mendalam, keimanan dan ketaqwaan yang kukuh serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh itu kita jangan sia-siakan peluang sebelum kita pulang menjadi doktor untuk meningkatkan imunisasi dan mempersiapkan bekalan ubatan dan vaksin untuk diberi dan dicurahkan kepada masyarakat yang sangat memerlukan doktor pakar untuk mengubati berbagai penyakit mereka pada ketika dan saat ini.

Pandangan Anda Klik Di Sini
Comments
2 Comments

2 komentar:

  • salam,guud post bro!, "golongan yang belajar dan memahami ilmu agama"
    gua ragu langsung dgn ayat di atas, apa bro bilang puak yang belajar agama dan faham ilmu agama bisa mengobah gejala aqidah punah-parah umat? Aduh!, tidak begitu bro,berapa ramai "golongan belajar dan memahami ilmu agama" ini sebenarnya hanya melapikkan ilmu hanya dari zahir sahaja?, apa dgn hitam putih, ijazah dan berbagai-bagai macam sijil "ilmu agama" bisa memberi kefahaman agama yang sahih? Nggak bisa bro,harus kenapa ya "puak belajar agama dan memahami ilmu agama" ini malu mau amal sunnah-di madrasah pakai kopiah pastu balik rumah tanggal kopiah-jadi! mana intipati "FAHAM AGAMA" yang bro ujarkan?...Ngak ada rasanya, Faham agama mau amal sunnah--gua selalu serempak dgn al-fadhil al-ustaz [kontemporari=moden-prostaz] yang seluarnya labuh heret bumi, janggut-jambang langsung cukuran-tengok maksiat keliling bisa senyum aja, jika sudah bisa "FAHAM AGAMA",lagi kenapa bisa malu besar mau amal sunnah-apa lengkap agama jika sunnah mau pinggir terus?. Nggak bisa ni, Jadinya, kalo "puak belajar dan memahami ilmu agama"-[kononnya]ini sudah bisa tinggal terus sunnah-lalu apa lagi dgn umat umum, dah tentu mereka lagi haram tak cinta sunnah. Alah, itu baru yang kecil bro..! Berapa ramai "puak belajar dan memahami ilmu agama" yang bila keluarnya bisa berjuang di medan dakwah yakni mau korbankan diri,masa & hartanya demi agama Allah s.w.t?. Ya, mungkin mereka hebat dalam tajwid,sirah,hukum ahkam agama,quran,hadis [ah!memacam lagi la],jadi apa dengan ilmu itu bisa mereka pergunakan untuk merobah struktur iman,akhlak,aqidah ummat sekeliling? Ya,jika benar ada mungkin sikit bangat jumlahnya..Jadi,point gua di sini ialah soal belajar dan memahami ilmu agama dengan FAHAM AGAMA adalah suatu yang berbeza bro!.Kalo setakat belajar+faham ilmu agama nah!, ramai sekali pensyarah berbangsa Yahudi yang mengajar [bukan belajar] ilmu agama di universiti di Eropah.Maka,gua mau bro lebih jelas disini yang pentingnya ialah perlunya FAHAM AGAMA kerna di dalamnya akan wujud rasa sayang,cinta dan akrab dengan agama. Bila terlihat orang mau memaksiat akan terbitlah bibit-bibit rasa BENCI-KECEWA-LARA kerna agama telahpun digores-calar-bakar! Nah! jika ada rasa ini dari hati seseorang maka ia jauh lebih BAGUSS dari sifulan yang ADA ilmu agama yang lebat tapi masih lena tidurnya, lebar-luas hilai tawanya ketika MAXSIYAT berlegar di retina matanya. Gua mau suma kita think about it.Belajar nggak salah malahan bagus amat dong! Namun, INGAT!!, curahkanlah ilmu agama yang ada itu untuk membela agama Allah s.w.t.Ini Pesan Untuk Diri Sendiri-Diriku Gua[qarqunzuhud@yahoo]

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • encik qarqunzuhud...
    saya amat tertarik dgn pandangan anda tetapi saya tidak faham kenapa anda berpendapat demikian. Memang la org2 yang belajar agama kini ramai yang cuma mahu mendapatkan kertas2 sijil sahaja namun saya faham apa saudara zulikhwan cuba kaitkan adalah org2 yang belajar serta memahami ilmu agama. Ramai yang belajar tp tidak faham, tidak amalkan dalam kehidupan seharian. Kalau kita tidak belajar macamna kita nak faham ilmu agama??tak dapat tidak kita kena belajar utk memahami agama..hanya mereka yang memahami Islam akan mengamalkan sunnah n membela agama..anda kata org yahudi yg belajar agama dan menjadi pensyarah di Eropah, mereka itu golongan orientalis, belajar utk menyesatkan org Islam...anda juga akui bahawa kefahaman agama itu penting tp bagaimana utk mendapatkan kefahaman agama jika kita tidak belajar n mendalami ilmu agama????
    Hamba Allah - belajar dan berjuang

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda