Di Mana Silapnya?

4.21.2010
Saya tidak pasti di mana silapnya. Perkara yang sama terus menghantui para pelajar Qiraat Al Azhar dan terus berlarutan setelah bertahun-tahun kejadian yang sama berulang. Perkara yang menjadi punca masih tidak jelas.

Dimaklumkan, saudara Md Saifullah sebagai wakil pelajar yang diamanahkan pada sesi ini sudah lama melunaskan tugas di pihak DPM dan pelajar. Yang tinggal cuma antara pihak Safarah Malaysia dan pihak al Azhar sahaja. Mungkin masalah wujud di pihak Safarah Malaysia dan mungkin juga wujud di pihak al Azhar. Masalah yang sama terus menghantui dan membelenggu seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Dianaktirikan

Pelajar Qiraat terasa seolah-olah dianaktirikan oleh pihak berwajib dalam masalah kenaikan nama. Beberapa tahun kebelakangan ini dilihat seolah-olah urusan kami sengaja dilengah-lengahkan. Kami juga punya hak yang sama sebagai warganegara Malaysia yang menuntut di luar negara.

Kufur nikmat

Mungkin sebagai pengajaran buat para pelajar Qiraat khususnya kerana sikap malas, suka tidur dan banyak main-main yang menyebabkan hal ini terus berlarutan. Sebelum kenaikan nama di Azhar, pagi petang dan malam sibuk berurusan dan berdoa untuk kenaikan nama sebagai pelajar Azhar namun setelah nama dinaikkan, jumlah yang hadir ke kelas setiap hari terlalu mendukacitakan. Terlalu sedikit golongan yang bersyukur dan mempamerkan kesyukuran dengan amal perbuatan.

Tidak dapat dijangka bila masalah ini akan selesai. Mungkin pada tahun akan datang perkara yang sama akan terus berulang selagi mana pihak berwajib tidak mencari alternatif bagi mengatasi masalah ini dan sikap malas, suka tidur dan banyak main terus menjadi pakaian harian para pelajar.
Comments
5 Comments

5 komentar:

  • ana setuju dgn pandangan ust.budak2 ni klu nama tak naik bukan main lagi bising tp bila dah naik, bukan rajin pegi kelas pun..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Itulah hakikatnya, sampai dah tak larat nak nasihat lagi. Entahlah, seolah macam sudah jadi tradisi.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • hmm...tp masalahnya yg malas g kelas bkn bdk2 baru..bdk2 lama gak...kesian pada adik2 baru la...salahnya sape?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • This comment has been removed by a blog administrator.
    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    kepada pelawat : tak payah tuding pada sesiapa. yang baru atau yang lama sama sahaja. koreksi dan ubah diri masing-masing.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda