Nah! Baca (tugas kita semua)

4.04.2010
Kesempatan yang agak terbatas ini digunakan sebaiknya. Mudah-mudahan menepati kehendak pihak berkenaan(student medik alex). Artikel lalu yang membawa satu pandangan masa depan yang pasti akan benar-benar berlaku sekiranya gejala negatif dan kepincangan moral yang semakin menular tidak dibendung dan dicegah bermula daripada sekarang. Pandangan tersebut adalah umum tanpa menuding kepada mana pihak.

Satu perkara yang boleh dihubungkan antara golongan aliran agama dengan bukan aliran agama dalam hal ini adalah kewajipan berdakwah. Kewajipan berdakwah mesti dipikul oleh semua pihak, tidak dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja. Tidak kira samada seorang ustaz, doktor, pelajar aliran agama atau bukan. Secara dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut keatas setiap individu muslim yang mukallaf dan berdaya.

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka : di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik" - Surah Ali Imran ayat 110.

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada dibahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang bahagian bawah berkata, ‘alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas.’ Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat.”

Mungkin ada yang takut, segan, merasa diri tidak sempurna, banyak kekurangan dan bermacam-macam perasaan yang menghantui diri kerana mereka yang bukan dikalangan orang yang belajar aliran agama atau mereka yang masih tidak mengamalkan segala ilmu yang diketahui yang menghalang untuk menyahut seruan menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Ini adalah satu kekeliruan.

Jika tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran sehingga diri sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran kerana kalangan kita tiada seorang pun yang sempurna.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim” - Surah Fussilat ayat 33

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik" - Sural al Nahl ayat 125

Tidak kira siapa kita samada aliran agama atau perubatan, tugas dakwah ini mesti disahut oleh semua yang melafazkan kalimah syahadah. Usah menuding siapa yang buruk atau mengaku siapa yang lebih baik. Kerjasama yang solid antara kita amat perlu dalam menangani gejala ini kerana kita sedar kita bukan Rambo, Superman atau lain-lain hero yang mampu melaksanakan sesuatu misi secara bersendirian. Pecahkan segala tembok dan jurang yang membatasi kita.

Golongan bukan aliran agama juga adalah pendakwah, serulah kepada kebaikan dan cegah segala kemungkaran.  Kalian perlu terbuka dalam menerima ustaz/ustazah dan jangan menganggap mereka mahu menjaga tepi kain kalian manakala golongan ustaz/ustazah pula usah terlalu 'syadid' dan jangan terlalu cepat menghukum. Gunakan cara yang paling berhikmah. Kita pendakwah bukan penghukum.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"

"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa"

*Entri ini agak panjang, mungkin mem'boring'kan.
Comments
7 Comments

7 komentar:

  • salam saudara zul..apa pandangan anda yang mengajak semua org berdakwah xkira siapa kan..Macam mana keadaan org yg sgt melampau politiknya..Kalau ada ustaz2 dan ulamak2 dalam UMNO berdakwah, ceramah dan mengeluarkan hukum, xde pun org PAS nk dgr...Malah kutuk2 dan memandang -ve hanya kerana fahaman politik...Bila PAS menolak UMNO,sudah tentu org UMNO pun menolak PAS walaupun pengajaran agama sekalipun..Maka ilmu agama, dan dakwah Islamiyah xkan berlaku la...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ibn ghazali

    Salam akhi zul..izinkan ana memberi pandangan untuk saudara anony...

    1. Sudah jelas akhi zul kita menjelaskan pandangan beliau mengenai konsep dakwah beliau dan beliau menganjurkan untuk kita berdakwah tidak kira kepada siapa. jadi tidak timbul persoalan dia UMNO atau dia PAS atau dia KAFIR atau dia dah memangnya ISLAM.

    2. Untuk saudara anony..saya nasihatkan untuk saudara kenal siapa UMNO dan siapa PAS.

    3. Isu yang berlaku pada kerajaan perpaduan dahulu adalah PAS yang ditendang keluar dari UMNO bukan PAS yang menendang UMNO. Jadi sebenarnya siapa yang buang siapa.

    4. Sya tidak pernah merasa sekiranya fatwa ulama' UMNO itu sekiranya tepat berlandaskan syariah ulama PAS akan menolak...baca apa nihttp://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2780:tugu--akhirnya-umno-henti-amalan-syirik-dan-akur-teguran-pas-majlis-fatwa&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99. Ini bermakna PAS tidak menentang UMNO kerana UMNO tapi kerana dasar UMNO.

    5. Jadi jelas sudah konsep dakwah itu ditujukan tak kira kepada sesiapa pun cumanya uslub dakwah juga ada. Kita berdepan dengan org tua takkan sama bila berdepan dengan orang muda dan bila kita cuba berdakwah kepada kerajaan maka cara dakwah juga adalah lain.

    Maafkan saya akhi zul kerana menyatakan pandangan saya di blog akhi.
    Maafkan saya juga kepada saudara anony..kerana saya memberi pandangan saya...saya harap perbincangan ini diterima dengan terbuka dan tidak kita berdendam. Sekiranya timbul marah antara kita maka kita telah menggembirakan syaitan kerana merosakkan ukhuwah kita. Wallahu a'lam

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Benar kata Ustaz Hadi. Saya setuju sangat. Rasanya sudah cukup, tak perlu saya panjangkan lagi. Ustaz2 dalam tak akan terus berada dalam UMNO kalau diorang tahu hakikat dan tuntutan Islam yang sebenar. Mungkin diorang terus berada dalam UMNO demi menjaga periuk nasi atau kepentingan tertentu. Yang hak dan yang batil sudah terang lagi bersuluh.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Kalau nak tinggalkan pesan atau komen, sila la tinggalkan nama. Baru kita tahu siapa yang bertanya.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ~..biarlah rahsia kalau xletak nama..~
    bir suspen sikit..
    bukan anon di atas
    apa2 pn jom berdakwah untuk agam tercinta..
    Ihfazillah yahfazuk ^_^

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Salam, Ustaz Zul...
    Minta maaf nak tanya sikit, surah fussilat bukan surah yang ke-41 ke???
    Syukran...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    betul surah fussilat surah yg ke 41, ayat al Quran tu merupakan ayat yang ke 33 daripada surah fussilat

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda