Nanti Nak Makan Apa?

3.27.2010
Mesti berani menghadapi hidup. Benak fikiran makin kusut, risau memikirkan tentang apa? Mungkin ada banyak perkara.

Mereka Sudah Punya Separuh Agama

Terbaru, Fadzli Hassim dan Zahid Abu Bakar (siap keluar dalam akhbar metro), Hafizul Akhbar besok tarikh keramatnya. Tahniah buat mereka semua. Anda bila?

Betul-betul hairan, mengapa perlu bimbang? Teruskan sahaja jika sudah bersedia.
Rata-rata yang diperhatikan memikirkan tentang soal harta, tidak punya apa-apa yang berharga, sedang diri pun masih ditanggung oleh orang tua. Maklumlah belanja sekarang boleh mencecah sehingga empat atau lima angka. Nyahkan persoalan itu daripada terus membelenggu jiwa, yakin hanya pada Yang Maha Esa. Dia Maha Berkuasa.

Jelas sudah Allah menerangkan di dalam kitabNya, kita juga yakin, beriman dan percaya. Cuma perlu ada usaha, mengerahkan keringat dan segala tenaga yang ada, bukannya menanti bulan jatuh ke riba. Kebanyakkannya takut mendirikan rumahtangga kerana bimbang dan takut 'nanti nak makan apa?'. Ini persoalan biasa. Bimbang sebab tidak punya kerja dan tidak berharta. Banyak lagi persoalan lain yang lebih utama, perkara yang menjadi agenda utama dan permasalahan yang perlu menjadi topik bicara kita. Mengapa asyik dengan memikirkan tentang makan dan harta benda? Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

Usah Bimbang

Maksud firman Allah SWT :
"berapa banyak binatang yang melata tidak sanggup membawa rezekinya(makanan keperluannya), Allah menjamin rezekinya, juga terhadap kamu" - al Ankabut ayat 60

"Perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya. Kami(Allah) tidak menuntut supaya mencari rezeki, Kami(Allah) menjamin rezekimu, dan akibat(kemenangan yang terakhir) bagi orang yang bertaqwa." - Taaha ayat 132

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya." - al Israa' ayat 30

"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Memberi rezeki Yang Mempunyai kekuatan yang sangat kukuh." al Zariyaat ayat 57-58

Cukup rasanya. Masih banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan maksud yang sama. Kita fikir-fikirkan bersama. Ulat dalam batu pun boleh hidup, apatah lagi kita yang bergelar manusia.
Comments
3 Comments

3 komentar:

  • Assalammualaikum..
    Alhamdulillah..
    yup3 betul tue,rezeki datang dari Allah kan??sokong juga ulat dalam batu pun boleh hidup.
    Tapi kita sebagai manusia hendaklah berusaha..
    Kalau ekonomi masih tak stabil..
    Tapi masih ingin membina masjid..
    Boleh..Tak salah..
    tapi kita kena ingat..
    kalau dah berkahwin mesti akan mempunyai anak kan?kalau kita masih merempat..kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..apa akan terjadi kepada nasib nyawa2 yang bakal melihat dunia ini??apa kesudahan yang bakal mereka terima kelak?hanya akan mewarisi kemiskinan mak ayah yang tak upaya menghantar mereka ke sekolah??takkan kita nak meraih simpati serta belas kasihan dari orang lain?
    jangan kerana kemahuan kita untuk membina masjid tetapi kesudahannya kita meyusahkan kembali anak yang akan bakal melihat dunia ini..banyak kes sekarang anak3 terbiar sebab mak ayah tidak mempunyai kewangan yang baik untuk menghantar anak3 ke sekolah la..berapa banyak kanak3 yang terbiar nasib nya??yang bermain2 tanpa kasut??yang tiada pendedahan mengenai pembelajaran..cuba renungkan pengajaran yang boleh kita dapat dari program "bersamamu"..nak salahkan sape mase tu?kalau mereka tak menerima pelajaran yang sewajarnya akan menyumbang pula kepada bilangan mat rempit di malaysia..apa3 pun.pikir sehingga habis..jangan sudah ternatuk baru terngadah..cume pandangan sendiri..kalau terasa,maaf..kekayaan bukan menjamin kebahagian..itu betul..tapi masa akan datang perlu dipikir..tak perlu terlebih kaya..cukuplah bersederhana..wallahualam..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Rezeki anak2 yang bakal tu pun Allah sudah tentukan. Mereka ada rezeki masing2. Tak yakin ke? Percayalah segalanya Allah sudah aturkan. Kita cuma perlu berusaha..bukan dengan menanti bulan jatuh ke riba. =)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ooo...betul tu..cuma janganlah terlampau pikirkan nak kahwin ja..pikirkan urusan kewangan untuk membentuk keluarga yang sakinah..insyallah

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda