Persampahkan Alasanmu

3.10.2010
Saya juga tahu, bukan sesuatu mudah. Biasalah, sunnah orang berjuang. Orang mengeluh itu dan ini, pernahkan kita berusaha menghilangkan keluhan itu?

Alasan yang popular :
Saya masih belajar lagi, kena fokus pada pelajaran. Belajar pun ibadah juga. Exam sudah nak dekat, banyak lagi yang tak study. Kena tumpu pelajaran, lagipun mak ayah hantar suruh belajar saja. Nanti la semua ini selesai dulu..

Saya banyak kerja, tak cukup masa. Kena tumpukan pada kerja, nanti hasil kerja tak memuaskan. Orang kata tak profesional, tak berdisiplin. Meeting kat sana sini.

Saya tak pandai, saya tak tahu, saya tak cukup ilmu, saya takut, saya malu, saya tak biasa, siapalah saya ini, orang biasa saja. Ramai lagi yang lain-lain.

Diri sendiri pun entah ke mana-mana, tidak terurus, serabut. Sibuk nak fikir tentang perkara lain.

Rilek la dulu, muda lagi. Kita enjoy dulu.

Saya dah nak kahwin, sibuk dengan macam-macam perkara. Saya baru saja kahwin, tak sempat nak fikir benda lain. Saya ada keluarga, kena jaga makan pakai anak bini. Itu adalah kewajipan saya. Nanti apa kata mertua dan ibubapa.

Sampai bila nak berada pada zon selesa? Sampai bila nak beralasan?
Tugas yang dipikul ini memerlukan keazaman dan tekad yang tidak akan padam, keikhlasan yang tinggi, semangat yang sentiasa membara, keimanan yang kukuh dan ketakwaan yang sejati.

Mengaku saja 'Aku Malas', usah beri alasan yang berjela-jela. Habis cerita.
Comments
3 Comments

3 komentar:

  • Raisul Fadhla Bin Safiruddin

    Jangan menunggu masa luang baru nak berdakwah! Tapi luangkanlah masa untuk berdakwah!

    Sebab kalau tunggu masa luang untuk dakwah bermakna dakwah menjadi kerja part time dan dilakukan pada saki baki masa yang terluang. Itupun kalau buat. Selalunya masa yang terluang tu lah orang nak rehat daripada berbagai kepenatan dalam hidup. Tapi ade jugak orang yang memiliki banyak kelapangan masa tapi rasa macam tak de mase je untuk dakwah. Hu hu hu...

    Adapun kalau kita cuba ikhtiar luangkan masa untuk berdakwah, insya Allah sesempit-sempit masa yang kita ada tetap boleh dicurahkan untuk dakwah. Apatah lagi kalau masa yang terluang begitu banyak.

    Berkenaan hal ini kita pernah mendengar kisah yang masyhur tentang Hasan Al-Banna yang berusrah masa pakai kasut.

    Hal ini merujuk kepada sifat Munazhzham fi syu'unihi (tersusun dlam urusannya) dan harisun 'ala waqtihi (menjaga masa).

    Wallahu ta'ala a'lam.

    Kalau ade yang tersilap, mohon betulkan ye! :)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]

  • yoe

    ermm mmg best dengar ust Jue komen ni..ape2 pun dalam setiap gerak geri kerja kita seharian,pastikan bebas dari menyatakan alasan..teruskan penulisan anda..mabruk

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda