Terlalu Memilih?

3.06.2010
Biasanya perempuan akan dikutuk jika tidak tahu memasak dan pasti akan disuruh belajar. Mungkin ada alasan di sisi mereka tidak punya kesempatan kerana desakan daripada keluarga yang hanya menyuruh supaya menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Lebih-lebih yang tinggal di asrama atau kolej dan sibuk dengan kerja-kerja persatuan.

Mesti mahu yang cantik, kalau boleh biar semua mata yang pandang tidak berkelip. Paras rupa juga antara elemen yang penting namun apa yang akan diperolehi jika menilai dengan kecantikan paras rupa semata-mata? Kecantikan yang tidak akan kekal selamanya. Biar rupa sederhana asalkan akhlak dan pekerti mulia kerana itu lebih utama. Rupa sahaja cantik tetapi akhlak buruk pasti akan dilihat hodoh juga.

Jika wanita dinilai dengan rupa paras menarik, ada harta, pandai memasak dan sebagainya, apa yang dinilai pada seorang lelaki? Rupa paras, harta atau keturunan?

Kebanyakkan lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai antara perkara yang utama. Masak mesti handal. Tidak cukup jika handal memasak untuk keluarga sendiri sahaja, kalau boleh perlu handal memasak untuk tiga buah kampung.

beginikah cara memasak untuk 3 buah kampung?

Orang kata lelaki terlalu memilih. Mungkin ada betulnya. Wanita juga berhak memilih. Letakkan syarat kepada lelaki supaya boleh menjadi imam sebelum bergelar suami anda. Kalau boleh mesti mampu jadi imam untuk makmum dari tiga buah kampung atau dua kawasan perumahan. Tambah sikit lagi, kalau boleh siap dengan bagi khutbah jumaat. Berapa ramai yang berani? Pasti ramai yang beralasan sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, hukum tajwid entah ke mana dan asas-asas hukum fiqh Islam tak pernah diambil cakna. Ada juga yang merasa kelakar apabila dirinya yang rugged dan rock menjadi imam. Tidak ada yang kelakar kerana tanggungjawab sang lelaki memimpin keluarganya. Bagaimana hendak meminpin jika diri serba tak kena?

Jika wanita yang tidak tahu memasak disuruh belajar. Jadi apa masalahnya jika lelaki yang tidak boleh menjadi imam dipaksa belajar juga asas-asas penting agama kerana perkara tersebut adalah lebih utama daripada memasak.

Pokoknya, usah cerewet kerana terlalu mencari yang sempurna dengan nilaian kecantikan luaran sahaja tetapi lihatlah pada sudut iman, taqwa dan akhlak kerana perkara ini yang dinilai di sisi Pencipta. Kecantikan juga perlu kerana ia adalah sebagai penyejuk mata dan penenang jiwa namun ia bukan yang utama. Rasulullah SAW telah menyarankan supaya memilih kerana agamanya. Hikmah yang cukup besar terkandung disebaliknya. Tidak perlu mengejar dalam mencari yang paling sempurna untuk diri kita tetapi yang paling utama adalah berusaha untuk menjadikan diri kita sebagai seorang yang sempurna pada setiap sudut dan semua perkara.
Comments
6 Comments

6 komentar:

  • amAL

    salam..terima kasih ya ustaz..mmg entry ustaz kali ni, macam yg ingin saya suarakan tapi x mampu..hehe
    n__n .. keep it up

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    sama2..saya cuma menyatakan pandangan saya. cuba suarakan, insya'allah anda mampu lakukan. niat kerana Allah swt..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nasrullah

    Salam. Entry yang menarik, teruskan ber'blogging'..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • kEyNAh

    betul~
    kalau perempuan tak pandai masak kecoh abis..
    camna kalau lelaki tak pandai@tak berani jadi imam..
    hehe~
    syarat wajib..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • huh..sokong sangat kalau artikel yg memihak kpd pompuan. betul la ust ju kata tu, tapi tak la sampai semua orang lelaki kena jadi imam untuk 3 buah kampung..kalau semua jadi imam, sapa nak jadi makmum?hehe...
    alah, boleh jadi imam untuk keluarga sendiri pun dah kira okey la kan...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • huh..sokong la tu kalau artikel ni memihak kpd pompuan =)
    betul la ust ju tulis tu tapi tak la semua orang mesti kena jadi imam 3 untuk 3 buah kampung. kalo semua jadi imam, sapa nak jadi makmum??
    hehe..sekurang2nya boleh jadi imam utk pimpin keluarga sendiri pun dah kira okey...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda