Biar Tak Soleh, Asalkan Genius

6.10.2010
Masyarakat Islam kini tidak lagi meletakkan Islam ditempat pertama, menyisihkan Islam daripada kehidupan seharian. Secara zahirnya, diperhatikan Islam kini diamalkan oleh masyarakat kita hanya pada empat keadaan sahaja iaitu semasa kelahiran (majlis aqiqah dan tahnik), semasa berkhatan, perkahwinan dan kematian. Hakikatnya Islam sebenarnya adalah satu tatacara hidup yang menyeluruh meliputi segala ruang lingkup kehidupan.

Ramai yang mengambil cakna mengenai keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM anak-anak rakan dan saudara mara namun tidak ramai yang bertanya mengenai keputusan PSRA, PMRU, SMA dan STAM. Tidak ramai juga yang mengambil peduli mengenai anak-anak yang tidak tahu solat, tidak kenal huruf al Quran dan tidak pernah berpuasa. Inilah realitinya, masyarakat kita cuma menganggap agama cuma perkara sampingan dalam kehidupan.

Jika mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, pasti ramai yang bertanya ke negara mana mahu terbang menggunakan biasiswa JPA atau MARA tetapi pasti ramai yang kecewa jika jawapannya mahu menyambung Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kerana mahu terbang mendalami ilmu agama. Mungkin hal ini kita anggap biasa namun ia sudah cukup menggambarkan pada sudut mana agama diletakkan di sisi masyarakat kita. Tanya saja, berapa ramai ibubapa yang menyuruh anak-anaknya bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama, ramai yang cuma tahu menghabiskan wang beratus ringgit membayar tuisyen demi memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Sanjungan yang terlalu agung diberikan kepada anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik, bijak, genius dan pandai. Mereka dihantar ke tempat-tempat pengajian yang terbaik tetapi jika anak-anak yang agak sengal, lembab dan bodoh-bodoh ubi mereka dicampakkan ke mana-mana pondok untuk mendalami ilmu agama. Kata mereka "kalau sudah bodoh tu pergilah belajar agama, yang cerdik pandai jadi doktor dan engineer. Nanti dapat gaji mahal, hidup pun senang". Masyarakat kita sudah tunggang terbalik. Sisi pandangan masyarakat kini mengatakan tidak layak golongan cerdik pandai mendalami ilmu agama. Tidak perlu tunggu lama, sedikit masa lagi kita boleh lihat akan lahir golongan mufti, imam-imam dan ustaz-ustaz yang daripada kalangan yang 'bodoh'. Mengapa yang genius-genius tidak dihantar mendalami agama? Bukankah itu menjadi sumbangan yang besar kepada Islam? Mungkin masyarakat kita menjawab, biarlah tidak soleh mana pun, asalkan genius, hidup senang dan gaji mahal. Dunia memang sudah terbalik. Kita tanya kembali, boleh ke hidup senang tanpa agama? Nanti nak masuk kubur bawa apa? Kereta, harta atau agama?

Perancangan Yahudi Nasrani dilihat semakin mencapai matlamat iaitu menerapkan pemikiran sekular dan meterial dalam minda umat Islam. Agama dan dunia dipisahkan malahan agama dianggap tidak penting dan tidak perlu. Ahli agama dipinggirkan sebaliknya ahli dunia yang diagung-agungkan.

p/s : Jika ada lagi kenyataan "Yang 'bodoh-bodoh' tu pergilah belajar agama", jangan terkejut jika tumit kaki yang singgah di muka. Jangan sampai ada yang hilang sabar.
Comments
16 Comments

16 komentar:

  • adikeica

    well, that is how education systems has moulded us..sistem meritokrasi yg membuatkan manusia mengejar ilmu dengan keputusan peperiksaan dunia

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nurhamizah Ismail

    tp skrg da xcmtu..bdak2 skola agama da rmai yang amik engineering n medic..agak balance da skarang..klau pendapat 'anak2 yg nakal hntr skola pondok' tu rsenye wujud wujud lg..ape2 pn ilmu tu kn luas..belaja sume same..care kite nk apply tu yang penting..bile da blaja n dpt apply dgn baik, xdela org kate kite 'xpndai' lg.. ^_^

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Betul ramai yang amik medic n engineering tapi pelajar2 sekolah agama sekarang ni pun belajar cuma utk ambik peperiksaan sahaja. Pengamalan ilmu Islam entah ke mana. Cuma melengkapkan 'syarat' sahaja belajar agama. Kalau belajar agama setakat sekolah menengah sahaja, agak2nya sudah boleh ke menyelesaikan permasalahan agama?
    Pada saya tidak cukup. Cukup sedih bila tengok Islam dan orang yang belajar ilmu Islam disisihkan.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nurhamizah Ismail

    ade je yg keep mendalami ilmu agama dorg even dorg pilih engineering/medic..kt uni sy pn rmai je x-smka+maahad..dorgla jd naqib/naqibah..tabik kt dorg..tp xdela setaraf dgn mreka2 yg mmg specialize bidang agama kn..ni yg pure skola agame la..yg celup2 cm kami nije yang hampeh..huhu..

    nape kate org yg belajar ilmu islam disisihkan?rase tersisih ke?rsenye parent skrg berebut2 nk hntr anak g skola agama..

    ktorg pn rse tersisih gk..mntk kje asyik kne rejek je..hutang blaja keliling pinggang..huhuuu..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Sayangibu

    erm tapi skrg ju, dak2 medic dan power. kimia, dentist dan sebagainya. kadang2 diorg lagi hebat dari segi praktikal dalam agama. y blja agama lak kadang2 nmpak kurang menjadi. praktikal xde...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    To Nurhamizah : Yang tu sy tak nafikan, cuma saya fikir siapa yang bakal memimpin negara dengan agama nanti kalau semua sibuk mengejar dunia. Siapa yang akan jadi mufti, pakar rujuk agama, pemikir islam, imam dan ustaz? Adakah dikalangan yang mengaji medic atau engineer? Pelajar agama tidak rasa tersisih tetapi masyarakat kini yang menyisihkan agama dalam kehidupan. Tak ramai yang berebut2 nak hantar anak2 khusus utk mendalami ilmu agama. Berapa ramai ibubapa yang becita2 supaya anaknya nanti benar2 alim dalam bidang agama...
    Terima kasih kerana sudi memberi komentar

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    To Sayang Ibu : Betul tu Mat, yang mengaji agama pun sambil lewa saja. Sekadar nak mengisi periuk nasi saja, praktikal tak ada. Harap2 Mat balik nanti jadi pakar rujuk yer...Boleh ana rujuk kat enta sokmo kalu ada apa2...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Assalamualaikum... bende2 macam ni dah jadi adat sbb pemikiran bergini dah jadi turun temurun. Saya harap makin ramai imam yang benar dan boleh dirujuk dalam masyarakat supaya penerapan nilai islam yang sebenar boleh dipupuk kembali kepada generasi baru.Malu kalau sekadar Islam pada nama.

    p/s: nak tanye pendapat saudara Ikhwan, sekarang ni kalau ustaz mahu kawin mesti cari wanita solehah.. bagus tu.. tp pendapat saya, tak salah kan kalau ustaz cuba cari wanita yang biasa2 dan cuba bentuk dia menjadi solehah.. itupun jihad juga kan? wallahualam.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nurhamizah Ismail

    "Siapa yang akan jadi mufti, pakar rujuk agama, pemikir islam, imam dan ustaz?"
    jwpn:sudah tentula kamu2 yg specialize dlm bidang agama..we trust antum~
    maaf,xberada dlm kelompok yang menyisihkan agama/pelajar agama..alhmdllh org skeliling sy xmcm tu..kwn2 ke,fmly ke..sume positive..parents ke atok nenek ke,suke je cucu2 jd ustaz/ustazah..cme laen org laen minat die..minat bnde yg technical..da ditakdirkn antum2 yg memegang power utk posisi2 di atas..kami stakat fardu kifayah je..
    -same2..topic anda menarik..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Sayangibu

    hamizah: erm memang betul. lain orang lain minat. cumanya kita juga mampu membentuk minat tersebut kearah mana kita nak tuju. ye x... pape pun stiap posisi yang kita pegang kita memainkan peranan masing. yang jadi DR lagi banyak peranan dan sumbangan yang boleh diberikan. bnyk patient jmpa DR. di situ boleh ambik pluang untuk sebarkan islam. yang penting peranan perlu dimainkan... bnyk pluang DR andai digunakan sebaik mgkin
    zul: insyaallah anta pun apa kurang hebatnya. kita sama2 usha menjadi yang terbaik...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nurhamizah Ismail

    sayangibu:btul tu..dr byk jmpe ngn org..minat bole dibentuk tu pn btul..tp kite masing2 ade strength and weakness sendiri..sy xbrape pndai handle manusia, so pilih bidang yg lebih teknical..n sy rse,klau sy pilih bidang agama pn, sy xde kekuatan utk share or yakinkn org dgn ape yg sy tahu..(xreti bercakap)..skill tu pntg..da tau lemah kt situ..jd pilih yg kite ade advantage..btol x..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • DEVOTEE

    emm.. jgn marah2 ye.. kedua2nya penting utk pembangunan Islam. kdua2nya sama, kalau rajin insyaAllah boleh. sikap boleh diubah, kepandaian pun boleh diusahakan. semoga kita seimbang antara dunia akhirat... =)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Cuba untuk menjawab :
    Anonymous : Memang tak salah tapi siapa yang x mahukan yg solehah? Saya pasti semua mahukan yang solehah. Rasulullah SAW yang sarankan supaya pilih wanita sebagai isteri kerana agama, bukan kerana rupa, keturunan dan harta. Jika agama yang kita pilih, Rasulullah menjamin kita akan beruntung.


    Nurhamizah : Betul minat orang berbeza, didikan ibubapa juga mempengaruhi minat kita. Tak kisah la di posisi mana kita berada, yang penting kerja buat dan tindakan kita untuk Islam dan mencari redha Allah. Cuma saya yang bangkitkan adalah kurangnya yang cerdik bijak pandai mendalami ilmu agama. Itu saja.


    Devotee : Tiada siapa yang marah, kita masing2 menyatakan pandangan. Alhamdulillah perbincangan yang baik. Sama2 penting untuk Islam. Jika dilihat sekarang, kurangnya masyarakat memilih untuk hantar anak2 mengaji agama.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Sayangibu

    NS: erm betul la tu. pilih bidang yang diminati. dalami sedalam yang mungkin. setrusnya berikan sumbangan terbesar buat islam. seperti yang ditekankan pada awal, di masa sahaja posisi kita, kita perlu berikan sumbangan yang terbaik mngikut kemampuan yang ada...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nurhamizah Ismail

    to author:[kurangnya yg cerdik pndai mendalami ilmu agama] sama x dengan [yang cerdik pndai xminat nak mendalami ilmu agama?]

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Minat seseorang boleh dipupuk dan persekitaran sekeliling seperti tarbiyyah ibubapa juga mempengaruhi minat.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda