Lelaki, Perempuan & Baitul Muslim. Benarkah?

9.27.2010

Beberapa orang asyik berbincang dengan hujah masing-masing. Bersemangat dan bersungguh-sungguh.

"Dunia ni perempuan semakin ramai, biasa la tu"
Ujar seorang teman. Ringkas dan padat.

Siapa yang tidak tahu mengenai sistem baitul muslim, bukan keluarga muslim yang baru menikah. Maksudnya satu badan/unit yang menguruskan ahli-ahli yang ingin menikah, sebagai menjaga kesucian tatatertib rumahtangga yang bakal dibina. Sebagaimana biasa, setiap orang perlu mengisi borang yang kemudian diserahkan lalu diteliti oleh pihak pengurusan yang bertanggungjawab mengikut ciri-ciri dan kesesuaian setiap calon. Kemudian ditemukan untuk berkenalan melalui perantara samada saling berkenan atau sebaliknya.

Benarkah ikhwah (lelaki) sekarang hanya segelintir sahaja yang mengisi borang? Tanya seorang rakan. Tidak dapat dipastikan bagaimana pada sudut pendataan yang sebenar. Mungkin juga benar, berbondong-bondong akhawat (perempuan) yang mengisi borang tetapi tidak ramai kalangan ikhwah yang mengisi borang. Macam mana nak jadi. Kata orang, 'sistem ada, tapi orang tak go through system. Biarlah standard system macam mana sekalipun, menang award dengan sistem pengurusan tahap terbaik tapi kalau tak ada orang nak guna sistem sama saja macam tak ada. Bukan masalah pada sistem, tetapi customer sistem yang bermasalah.' Fikir-fikirkan.

Ya, bila orang sudah mula tidak percaya kepada sistem, inilah yang penangannya. Sistem yang bertindak menjaga kesucian muamalah antara lelaki dan wanita telah diratah awal-awal sebelum tiba saat yang selayaknya. Masa melakukan kerja dakwah disibukkan dengan mengisi hati dengan panahan syaitan. Waktu mengejar redha Allah, dialihkan dengan mengejar pasangan. Mungkin kerana salah faham pada janji Allah bahawa lelaki baik untuk perempuan baik, lalu terhasillah satu konsep dakwahnya cuma mahu jadi baik kerana mahukan perempuan yang baik. Jiwanya kosong, tiada keaslian dalam melakukan gerak kerja dakwah. Melakukan kerja sambil memilih-milih mana yang dirasakan berkenan di hati. Menyelam ke dasar laut sambil makan mee goreng mamak.

Kata seorang teman yang telah berkahwin, kesannya dapat dilihat dengan jelas sekarang. Sistem baitul muslim yang dilambaki dengan akhawat yang merasa dirinya sudah tak mampu nak mencari sendiri atau rasa-rasa diri tak laku atau telah merangkul status andalusia dan andartu (muda-muda dulu asyik menolak dengan alasan tak bersedia dan nak tumpu pelajaran serta macam-macam alasan yang dicipta). Yang ikhwah terus dengan pilihan sendiri hasil carian melalui search engine mereka sendiri yang dipandu syaitan manakala borang-borang akhawat terus berbaris menanti-nanti di kaunter baitul muslim. Ikhwah yang telah menikah pula langsung menyepi daripada arena kerja dakwah. Tenaga kerja dakwah yang mendapat tempias daripada masalah ini.

Mudah-mudahan segala perbincangan dan tanggapan ini hanya sekadar hipotesis awal yang salah. Jika betul, sama-sama kita perbaiki diri kita. Ikhlaskan niat kita dalam berdakwah. Tingkatkan amal ibadah kita. Jangan jadi orang bodoh sombong. Bila rasa seronok, kita terima. Bila rasa sakit terhantuk, mula naik angin, marah-marah dan terus menolak.
Comments
3 Comments

3 komentar:

  • Nurhamizah Ismail

    wah..xde org komen..sy nk komen!

    hurm..cmne kalau jodoh die bkn dr senarai ahli ataupn mgkn juga dr klgn ahli2 di cwgn laen ke..ataupn mmg org luar trus ke..satu2 UBM tu ade link ngn UBM laen x?relevenkah soklan ini?kalau xreleven maaf ye..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Sakinah Ismail

    pernah terfikir perkara yang sama. bimbang sistem yang menjadi salah satu platform yang murni disalah guna.
    menjadi jalan terakhir bila dah terdesak, ataupun menjadi tempat untuk memilih.
    wallahu'alam.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    soal ketentuan jodoh tu, Allah SWT sudah tetapkan. Setiap orang dusah ada. Usahakan mencari. UBM sebagai pemudah cara n perantara. Antara UBM dengan UBM lain, ada link. Utk lebih lanjut sila tanya wakil UBM di tempat masing2.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda