Impian Besar Tetapi Usaha Kecil

12.27.2010

Sebagai manusia, kita sering mengimpikan setiap sesuatu yang dapat memuaskan hati kita. Terutamanya pada seorang pemuda atau remaja. Sememangnya pada peringkat umur sebegini, kita lebih cenderung untuk bersifat Idealis dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Sememangnya tidak ada masalah untuk kita bercita-cita besar. Itu akan membuatkan kita mempunyai jiwa yang besar dan sentiasa optimis. Inilah yang akan melahirkan orang-orang yang tidak hanya mengimpikan kejayaan-kejayaan kecil dan selesa dengannya, bahkan kita akan sentiasa berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik seperti yang kita sasarkan.

Itu secara teorinya dan memang itu tidak dinafikan. Sekarang cuba kita analisis dari segi realiti pula. Ertinya di sini dari segi kemampuan sebenar kita dan kesanggupan kita. Tiada masalah kita ingin berlari ke langit jika kita bisa berjalan merentasi pelangi. Itu sekadar analogi. Ertinya di sini cita-cita yang besar kemudiannya memerlukan usaha yang tidak kurang hebatnya. Jika tak sanggup melecur tangan, jangan main dengan api, kelak binasa diri.

Do not expect too much when you give too little. Sekadar peringatan agar kita sentiasa berjaga-jaga dan bersungguh-sungguh jika ingin merealisasikan sesuatu yang besar dalam kehidupan. 

Harus sanggup berkorban dan tidak mudah melatah kerana perkara kecil, barulah kita akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sesuatu yang besar.

Comments
8 Comments

8 komentar:

  • Jihe berkata " kendatipun begitu, umat hari ini meletakkan impian hanyalah dari sudut material semata-mata..Seolah Impian Itu Hanyalah Pada Nilai harta Semata-mata;camne pandangan ustaz? (x salah kan nk punya impian nk jd kaya,tp impian akhirat camne ea)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Tidak salah bercita-cita untuk memiliki harta kekayaan yang banyak tapi perlu ada sifat zuhud dengan dunia dan harta. Harta cuma di tangan, bukan di hati. Seorang mukmin bukan hanya bercita-cita mahu kaya di dunia, malah mahu menggunakan kekayaannya sebagai wasilah untuk 'kaya' di akhirat. Harta dimanfaatkan untuk perjuangan Islam. Pemikiran umat Islam yg hanya mahu kaya pada sudut material di dunia adalah pemikiran yg sempit dan dangkal kerana wawasan dan cita-cita umat Islam sebenar adalah lebih luas, lebih jauh dan terkedepan kerana wawasan kita adalah untuk kehidupan semula setelah kematian...
    -pandangan saya.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • jihe berkata" kalo x kaya material,macamana nk bantu saudara seagama yg lain? mohon ulasan

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Kalo x mampu dgn harta, bantulah dengan doa, doa adalah senjata mukmin. Berikan kata-kata yang baik, nasihat dan teguran yang baik serta dgn akhlak peribadi seorang muslim.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Kalo x mampu dgn harta, bantulah dengan doa, doa adalah senjata mukmin. Berikan kata-kata yang baik, nasihat dan teguran yang baik serta dgn akhlak peribadi seorang muslim.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Kalo x mampu dgn harta, bantulah dengan doa, doa adalah senjata mukmin. Berikan kata-kata yang baik, nasihat dan teguran yang baik serta dgn akhlak peribadi seorang muslim.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • jihe berkata " ntahla,dgn sekian banyak konflik kat dunia yg memerlukan pembelaan dlm bentuk bantuan duit (material/ubat/makanan/senjata); sy rs duit juga faktor penting dlm menghadapi konflik dunia" atau bagaimana?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Ya, betul. Sy setuju dan sy tidak menafikannya.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda