Hukum Wangian Semerbak Kaum Wanita

6.20.2012
Wanita keluar rumah, tak kira la ke mana-mana. Mereka memakai wangian. Ada yang biasa-biasa saja. Ada yang hebat, dalam jarak lima tiang elektrik pun orang tahu dia akan muncul kerana wangian yang dipakainya. Huh!

Inilah fenomena umum yang menjadi kebiasaan bagi kalangan wanita. Keluar rumah dengan memakai wangian yang menjelajahi segenap ruang yang menjadikan para lelaki tertarik dan tergoda dengan umpanan wangian tersebut.

Rasulullah s.a.w memberi amaran mengenai perilaku ini dengan sabda baginda :

 أيما امرأة استعطرت ثم مرت على القوم ليجدوا ريحها فهي زانية

"perempuan manapun yang menggunakan pewangi yang kemudiannya melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina"

Kebanyakan wanita pada hari ini sengaja meremehkan hal ini sehingga sengaja melampau-lampau dalam mewangikan diri. Tak peduli di sekitar mereka ada kalangan lelaki sama ada pemandu, penjual, pengawal atau orang lain-lain yang tak mustahil akan tergoda dengan wangian mereka.

Berhubung dengan masalah ini, Islam menunjukkan tatacara kepada wanita yang memakai wangian, jika hendak keluar rumah, mereka mesti mandi terlebih dahulu seperti mandi janabah. Sekali pun tujuan keluar dari rumah kerana ingin menuju ke masjid.

Sabda Rasulullah s.a.w :

أيما امرأة تطيبت ثم خرجت الى المسجد ليوجدوا ريحها لم يقبل منها صلاة حتى تغتسل اغتسالها من الجنابة

"perempuan manapun yang memakai wangian kemudian pergi ke masjid, (dengan tujuan) agar wangian tercium oleh orang lain maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi sebagaimana mandi janabah"
Kita boleh perhatikan para wanita di sekeliling kita yang memakai wangian keluar rumah dalam pelbagai pesta, kenduri kendara, ziarah. Pergi beli gula kat kedai runcit pun spray pewangi sampai menyengat hidung. Wangian yang dipakai bukan hanya pada majlis keraian, keluar ke pasar-pasar, shopping di supermarket sahaja, bahkan ke masjid juga memakai wangian semerbak yang boleh menyebabkan imam asyik membaca ayat sama dalam surah al Kafirun dan tak jumpa-jumpa mana hujungnya.

Syariat Islam memberi batasan, wangian muslimah tidaklah mengharum semerbak wangiannya.

Kita pohon pada Allah memberi taufiq dan hidayah kepada golongan yang berkenaan dan Allah tidak murka kepada kita. Semoga tidak menghukum orang-orang soleh lagi baik di kalangan lelaki dan wanita dengan sebab dosa orang-orang bodoh. Semoga kita mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t ke jalan yang lurus.


Comments
0 Comments

0 komentar:

Post a Comment

Apa komen anda