Kenapa Suka Buruk Sangka?

8.21.2009

Kenapa suka buruk sangka?
Sejak dahulu hinggalah kini manusia memang suka bersangka-sangka, bermacam sangkaan yang dibuat, ada yang bersangka baik dan ada bersangka buruk.
Sesama teman dan saudara sendiri pun nak berburuk sangka. Di mana nilai persaudaraan kita? Bukankah setiap umat Islam itu bersaudara?
Inilah antara sangkaan buruk manusia
Pantang saja tengok...
Orang rajin beribadah disangka riak kerana hendak menunjuk-nunjuk amalannya
Orang rileks disangka sebagai pemalas
Orang pakai baju baru disangka tidak zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka berjimat
Orang senyum disangka mengejek
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka mengasingkan diri
Orang masam disangka merajuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang buruk disangka mulia

Namun siapa tahu...
Orang rajin beribadah itu adalah kerana ketaatan dan keikhlasannya kepada Allah s.w.t
Orang yang makan sedikit itu supaya nanti tidak malas untuk beribadah
Orang yang diam itu kerana bimbang percakapannya akan menambah dosa
Orang senyum kerana itu adalah bersedekah
Orang masam kerana mengenangkan dosa-dosa lalu
Orang bermuzakarah kerana berbincang masalah umat

Jauhilah sikap suka buruk sangka kerana ia bakal memusnahkan titian
ukhuwwah seperti musnahnya kayu dimamah api
Tanamlah di hati sifat suka bersangka baik(husnu zhon) sesama kita

Maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al Hujurat ayat 12 :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa...
Salam ukhuwwah dan selamat berjuang sahabat-sahabat sekalian....
Comments
2 Comments

2 komentar:

  • kekdg terlalu ber husnu Zon jugak memakan diri..huhu
    selalu pikirkan org ..sehingga diri terluka 2 teraniaya...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Mungkin betul jugak yg anonymus kata tu us jue..
    xleh jgk kita terlalu nak berhusnu zon sokmo sampai kita yang teraniaya...
    buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda