Jangan Nilai Luaran Saja

2.21.2010
Peribahasa orang putih 'don't judge the book by the cover'.
Walaupun kulit buku tidak seberapa cantik, isi kandungan belum tentu tidak menarik. Kalau setakat kulit sahaja cantik dan menarik tapi isi kandungan langsung tidak bermanfaat tidak ada guna juga.
Hah! Cukupkah menilai seseorang hanya melihat pada luaran sahaja?

Ada suatu cerita...
Seorang ahli sufi telah pergi mengembara ke suatu tempat dengan memakai jubah dan serban yang besar di kepalanya. Dia menaiki seekor keldai. Penduduk di kawasan tersebut begitu kagum melihat kedatangan lelaki tersebut di tempat mereka. Penduduk di kawasan tersebut menggelarkannya sebagai sebagai ulama'. Lalu dia bertanya kepada penduduk kawasan tersebut :
"Kenapa kamu semua menganggap aku sebagai seorang ulama'?"
Penduduk kawasan tersebut menjawab :
"Kami lihat kamu memakai jubah dan serban besar."
Lelaki tersebut segera mencabut serban yang dipakainya lalu diletakkan di atas kepala keldai lalu berkata :
"Baiklah, sekarang ini adakah kamu menganggap keldai ini adalah ulama' kerana di atas kepalanya terdapat serban?"
Mereka semua tercengang dan tidak dapat berkata walau sepatah.


Hah! Lihat keldai di atas. Macho tak?
Inilah gambaran bagi tanggapan segelintir manusia sekarang. Bila lihat sahaja ustaz-ustaz yang tidak berkopiah terus saja cop ustaz-ustaz tersebut dengan bermacam-macam gelaran. Antara yang popular adalah ustaz tersebut 'tidak thiqah'. Itu baru ustaz yang tidak berkopiah, bagaimana pula dengan ustaz yang memakai jeans? Belum lagi bicara pasal ustaz yang dressing ala-ala hip hop dan stylo dengan gaya seolah-olah baru pulang dari negara orang putih. Tidak ingin kaitkan di sini soal ustaz-ustaz yang merokok kerana ustaz tersebut tahu apa hukumnya malahan tanggapan orang terhadap ustaz merokok adalah lebih parah.

Itu baru ustaz, belum lagi ustazah.
Tidak mahu panjangkan artikel
Alahai manusia, makin serabut berbicara
Persoalan, adakah nilaian seorang ustaz hanya pada kopiah di kepala?
Kalau begitu, terlalu ramai yang bergelar ustaz jika diukur pada kopiah yang berada di atas kepala.
Comments
4 Comments

4 komentar:

  • hurmm..btul3...dun ever judge a book by its cover....tp ni la manusia zaman skranng....realiti hidup...how do they can change it?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • QalamNurani

    tak semestinya di luar tampak hodoh di dalam pun hodoh jugakk kan??
    untuk mengenali sseorang kita kena mengenalinya dengan lebih rapat lagi barulah buat tanggapaan terhadap dirinya terutama sahabat2 kita..kadang2 manusia boleh berubah dalam pelbagai bentuk,perangai untuk keadaan yang berbeza..apa pun kita terima orang di sekeliling kita dengan hati terbuka..
    cuma sekiranya dia telah bergelar ustaz or apa2 perkerjaan yang diannggap mulia di sisi masyarakat hendaklah dia pandai membawa imej yang sesuai dengan gelarannya agar menjadi ikutan masyarakat sekeliling..wallahualam

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ye sy stuju dh]gn saudara...
    tapi kalu ustzh x tutup aurat...
    tuh melampau sgt nak ckp dont just a book by its cover...
    kerana msyarakat memerlukan keyakinan untk disandarkn..
    jd first impression menjadi taruhan awal untk menilai sesorg..
    just pndgn shje..
    allahu alam...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • salam~
    tp yg pleknye knape para ustaz skang ni memg da xske pakai kopiah atau saje je..ataupun trpaksa nmpak selari dgn yg lain? nk mix pendapat..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda