Perbahasan Hukum Bacaan Iqlab

5.28.2009

Ambo Mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seusai talaqqi Al Quran dengan riwayat Abu Jaafar Ambo terus bertanya Syeikhuna Syeikh Hassan Rejab (syeikh talaqqi Al Quran bersanad dan panel pentashih Al Quran Mesir) mengenai hukum bacaan Iqlab iaitu bagaimana cara sebenar bacaan hukum Iqlab. Beliau menyatakan bahawa terdapat 2 cara bacaan Iqlab iaitu yang pertama adalah membaca dengan merapatkan kedua dua bibir mulut dan cara yang kedua iaitu cara yang paling sahih adalah dengan membuka sedikit mulut (tidak merapatkan) ketika membacanya. Beliau menambah lagi dengan menyatakan kadar bukaan mulut hanyalah sekadar memuatkan sehelai kertas sahaja. Tidak membuka terlalu besar.

Ini adalah sebahagian perbahasan para ulama’ mengenai hukum bacaan Iqlab.

Iqlab menurut etimologi bererti mengubah sesuatu daripada bentuknya. Berdasarkan istilah tajwid yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Khalil Husori (syeikh al Qurra’ Mesir) rahimahullah di dalam kitab Ahkam Qiraatul Quranul Karim iaitu menjadikan huruf tertentu pada posisi huruf lain dengan mengekalkan ghunnah(dengung) berserta ikhfa’(menyembunyikan). Huruf Iqlab hanya satu iaitu huruf Ba’ dan hukum Iqlab berlaku apabila Nun yang sukun atau Tanwin bertemu dengan huruf Ba’.

Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Sulaiman Bin Hussain Al Jamzuri (pengarang matan Tuhfatul Atfal) di dalam matan beliau :

والثالث الإقلاب عند (الباء) ميما بغنة مع الإخفاء

Maksud yang di sini adalah mengubah huruf Nun yang sukun dan tanwin menjadi Mim apabila bertemu dengan huruf Ba’ dan dibaca dengan Ghunnah berserta Ikhfa’(menyembunyikan) Mim. Jelas di sini bahawa bacaan Iqlab adalah dengan menyembunyikan Mim, bukan bermakna menghilangkan zat huruf Mim secara keseluruhan tetapi melemahkannya dan menyembunyikan zat Mim tersebut daripada bergantung kepada makhraj(tempat keluar) huruf Mim kerana makhrajnya adalah pada dua bibir. Cara yang paling tepat adalah dengan tidak merapatkan kedua dua bibir ketika membacanya

Berkata Imam Ibn Al Jazari Rahimahullah di dalam kitab Al Nasyru bahawa tidak ada perbezaan antara :
أن بورك

يعتصم بالله

Tidak wujud perbezaan antara keduanya adalah kerana wujud persamaan semasa membacanya adalah dengan menyembunyikan Mim. Sebagaimana kita membaca hukum Ikhfa’ Syafawi begitu jua cara dalam membaca hukum Iqlab iaitu dengan tidak merapatkan kedua bibir.

Syeikh Abdullah bin Soleh menyatakan dalam kitab beliau Al Itqan Fi Tajwidil Quran Biriwayati Hafs 'An 'Asim berkenaan cara melafazkan iaitu dengan menyebut dengan Mim tanpa merapatkan kedua dua bibir serta menyebut dengan Mim sukun secara lembut dan tidak berat.

Di dalam kitab Taisir Al Rahman yang dikarang oleh Dr Su'ad Abdul Hamid pula menyatakan bahawa terdapat tiga dalam melafazkan hukum Iqlab :

  • Mengubah Nun yang sukun menjadi Mim
  • Mengikhfa'kan(menyembunyikan) Mim di sisi Ba' tanpa merapatkan bibir mulut
  • Menyatakan Ghunnah secara beriringan untun mengikhfa'kan kemudian merapatkan kedua dua bibir untuk menyebut Ba'

Bacaan Iqlab dengan cara merapatkan kedua dua bibir adalah tepat tetapi cara yang paling tepat dan sahih adalah dengan tidak merapatkan(membuka sedikit) mulut semasa membaca hukum Iqlab.

Rujukan
Matan Tuhfatul Atfal, Syeikh Sulaiman Al Jamzuri
Ahkam Qiraatul Quranul Karim, Syeikh Mahmud Khalil Husori muka surat 144-146
Fathul Aqfal, Syarhi Tuhfatul Atfal, Syeikh Syed Syaltut muka surat 35-36
Al Burhan Fi Tajwidil Quran, Syiekh Muhammad Sodiq Qamhawi muka surat 16
Al Itqan Fi Tajwidil Quran, Syeikh Abdullah bin Soleh muka surat 33 dan 36
Taisir Al Rahman Fi Tajwidil Quran, Dr Su'ad Abdul Hamidmuka surat 182

Comments
6 Comments

6 komentar:

  • Guru Tajwid

    Assalamualaikum,

    Saya nak taya adakah terdapat perbezaan diantara sebutan Al-Iqlab dengan Iqlab? Apakah menjadi kesalahan bila kita menyebut hukum bacaan al-Iqlab?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Ya, ada perbezaan antara sebutan Iqlab dengan al Iqlab. Al-Iqlab pada sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu drpd wajahnya dan pada sudut istilah adalah seperti yang terdapat dalam artikel di atas...
    Yang tepat adalah hukum bacaan Al-Iqlab. Terima kasih kepada Guru Tajwid krn prihatin terhadap artikel saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam penggunaan sesuatu istilah selepas ini.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • assalamualaikum...ade pertanyaan sikit..ade satu kitab yang namenye HIDAYATUL QURRA' LI WUJUBI ITHBAQ ASY-SYAFATAINI INDAL QOLABI WAL IKHFA' tulisan Hamdullah Hafiz As-Softi dan disokong Syeikh Mahmud Amin Tantawi.Kitab ini menerangkan tentang kewajipan merapatkan bibir ketika iqlab dan ikhfa'.Diceritakan yg bacaan merenggangkn bibir ini wujud pd tahun 1970an berdasarkan ijtihad syeikhul maqarie' mesir pada masa itu (Syeikh Amar bin as-said bin usman Asy-Syarqawi Al-Misri) sehinggakan kerajaan mesir mengarahkan agar semua radio2 dimesir merakamkan semula bacaan2 Al-Quran dengan bacaan merenggangkan bibir pd ikhfa' dan iqlab.Tetapi pendapat itu ditentang oleh ulama'2 muktabar pada masa itu dengan hujjah pendapat itu dihasilkan melalui ijtihad sedangkan sepatut perlu diperolehi menerusi bertalaqqi musyafahah.bahkan pemegang sanad tertinggi dimesir pd ketika itu turut menentang.oleh kerana yg mengeluarkan pendapat itu seorang yg alim dan berpengaruh,pendapat itu tersebar secara meluas.tetapi pada akhir hayatnya,beliau telah menarik balik pendapat tersebut dihadapan anak2 muridnya.kemudiannya anak2 muridnyalah yang menyebarkan tentang penarikan balik pendapat yg telah dikeluarkan oleh gurunya melalui penulisan termasuklah kitab HIDAYATL QURRA' ni...jd mintak pendapat ustaz la camne.leh tanye syeikh2 kat shoubra tu.saye blaja sane jugak tp dah balik malaysia.perkare ni timbul bile kami berdiskusi dengan pelajar lepasan syria.lalu dia bagi la kitab ni..mintak pendapat..syukran

    Wa'alaikumussalam w.b.t.
    ana tidak tahu mengenai kisah tu. wallahu a'lam...
    insya'allah ana akan cuba tanya para masyaikh di Shoubra dan para masyaikh di al Azhar tentang hal ini...
    Terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Unknown

    Assalamualaikum..... Maaf syeh kalu ana tersilap, ana salah seorg anak murid syeh hassan rejab di mesir kami talaqi di masjid kazandarah, ana tanya pasal iqlab ni syeh hassan rejab bagitahu paling tepat bacaan iqlab ini perlu merapatkan bibir masa membacanya. Waalhua'la...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda