Nak Kahwin Tapi Tak Cukup Duit

6.29.2009
Salam Kehangantan. Hari ini lebih hangat daripada biasa, cukup bersesuaian dengan tajuk yang mungkin agak hangat ini...
Semua orang nak berkahwin(kalau yang tak nak tu tak normal la), tak kira lelaki atau perempuan kerana itu adalah fitrah seorang manusia dan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka yang telah berkahwin juga berkeinginan hendak berkahwin lagi(lelaki sahaja) apatah lagi mereka yang belum berkahwin.

Ramai orang yang nak kahwin tapi tak cukup duit. Tidak cukup duit adalah salah satu daripada yang masalah telah dikenal pasti menjadi punca kepada perkahwinan lambat berlaku kerana memikirkan pelbagai perkara seperti mas kahwin, wang hantaran, kos kenduri, barangan hantaran dan lain-lain. Suatu perkara yang menjadi keresahan pihak lelaki adalah pada jumlah wang hantaran(bukan mas kahwin) yang kini seolah-olah seperti wujud sifir nilai wang hantaran berdasar kelulusan seseorang wanita seperti yang terdapat dalam jadual di bawah :

sifir wang hantaran mengikut tahap kelulusan

Maksud sabda Rasulullah s.a.w : daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda "sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam perkahwinan adalah yang sederhana maharnya"(riwayat Imam Ahmad)

Benarkah perkara ini berlaku?(seperti dalam jadual)
Adakah perlu menetapkan wang hantaran yang begitu tinggi mengikut kelulusan seperti dalam jadual di atas?
Bagaimana mengatasi hal ini?

Pohon pandangan para pembaca yang mulia. Untuk menyatakan pandangan, sila klik
Comments
11 Comments

11 komentar:

  • hahaha...menarik jugak entri ko kali nie..
    mmg betul pn mcm tu sekarang ni, hantaran memang tinggi lebih2 lg yg ada kelulusan agk tinggi seolah2 mcm 'jual anak' pulak..ish3.
    sebenarnya x perlu nak tetapkan 'harga' yg terlalu tinggi sbb nnti akn menyusahkan lelaki sampai kena wat pinjaman dn mungkin nnti x de org yg nak kat anak dia sbb mahal sgt...
    hehehe..sekadar memberi pandangan aku

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • benarkah ia berlaku seperti dlm jadual??
    sebenar tidak sama sekali@duakali..akan tetapi hal ini boleh berlaku bagi gologan yang 'mata pitih' .harga yang ditunjukkan tuh tahap rendah lagi bagi golongan yg 'mata pitih'... tapi ingat itu bukan menyusahkan lelaki tetapi satu 'cabaran' bersunguh2 ke ingin menjaga anak perempuan mereka nih... jasa ibubapa lebih harganya dr itu ,membesarkan anak perempuan mahupun lelaki...sbb itu de kata pepatah 'jaga lembu sekandang lebih snang dr jaga anak perempuan seorang'.. bukan bandingan ank perempuan dengan lembu.. tidak sama sekali...fikirkanlaaa

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    "sebenarnya tidak sama sekali @ dua kali tetapi boleh berlaku bg golongan 'mata pitih'"
    mcmne tu ye?tidak sama sekali tp boleh berlaku, jadi ia memang berlaku la..
    mcmna kalau cabaran tu sampai membebankan pihak lelaki?sehingga kena wat pinjaman utk kahwin..
    nanti akn menyusahkan pihak perempuan jgk...
    'sebaik-baik mahar adalah yg sederhana nilainya'

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • adakah mahar dengan hantaran mende yang sama?
    tidak kan?
    'sebaik-baik mahar adalah yg serdahana nilainya"
    mahar telah ditetapkan setiap negeri dimesia,kecuali tganu n kelate...bagaimana pula dengan penetapan itu??

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    mahar & hantaran 2 benda yg berbeza. mahar wajib atas suami n disebut dlm aqad serta hak milik isteri sedangkan hantaran tidak.
    mas kahwin @ mahar tidak dihadkan oleh syara' samada banyak @ sedikit terpulang kepada persetujuan kedua belah pihak..
    Ayat Al Quran menyebutkan secara mutlak(umum) tanpa menentukan kadar, maksud firman Allah:
    "Dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yg lain daripada yg tersebut itu, untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara bernikah"- An Nisa':24
    Maksud hadis Nabi s.a.w: "berkahwinlah, walaupun dengan bermas kahwinkan sebentuk cincin besi"

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • gee

    salam.. tertarik gak ngan isu yg satu ni... tp actually bukan tahap pendidikan jugak yg tentukan kadar hantaran@maskawen, tp keegoan pihak pompuan je... huhu.. ada yg tak habis sekolah pun mintak sampai 3ribu hantaran.. yg penting calon yg anda cari tu mcm mana tahap iman die.. to me, degree bkn lesen mtk hantaran byk2... "wanita yg paling baik adalah yg rendah maharnya" <--- ni yg penting... tp salah lelaki jugak pi carik yg suka pitih sape suruh... hahaha..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • perempuan la yang kena letak hantaran yang sederhana baru ada org nak...
    sebab tu la sekarang ramai yg jadi Andalusia (anak dara lanjut usia) sebab hantaran ramai..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • write2me.talk2me

    mmg hantaran saban tahun makin tinggi..salah satu sebab belanja untuk majlis kawin makin tinggi..ikut pemgalaman saya, ayah gunakan sepenuhnya wang hantaran untuk belanja untuk majlis kawin..dan majlis kawin pun bukan yang gah, di hotel, catering, persandingan , fotographer, mak andam n pelbagai,cuma majlis sederhana, dengan jemputan sanak saudara dan sahabat handai..apa pun perbincangan antara bakal suami isteri dan kemudian dengan keluarga masing2 amat perlu seupaya tidak membebankan kedua2 belah pihak..insya allah, perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Now I realize you can find nonetheless a number of you people that happen to be asking yourself - does
    the Bowflex definitely function - and also the concern has more to accomplish with all the point that it is not going to use free weights to supply resistance.


    Feel free to visit my blog post :: dumbbell sets

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Like a prolonged length runner, I be aware of what dietary supplements are suggested for
    preserving increased levels of energy for the duration of training
    and lowered muscle problems after physical exercise.

    Have a look at my page: incl Post Article Comments Name : EmailAddress : URL : Comments : Article Categories �

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • One particular should be to be examined by a physician and
    obtain his clearance in advance of starting an training regime.


    Also visit my website - Read This method

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda