Muslimah 'Playgirl'

6.02.2009
Tajuk entri kali ini mungkin agak panas tetapi kebenaran tetap perlu dinyatakan. Alhamdulillah, walaupun agak berat sikit untuk post entri ini namun berjaya juga. Sedih juga bila memikirkan perkara semacam ini kerana umat Islam kini semakin hari semakin jauh daripada petunjuk dan bimbingan Allah s.w.t. Muslimah dilihat sebagai salah satu ikon kesyumulan Islam tetapi segelintirnya yang menjadi parasit yang merosakkan nama baik wanita muslimah. 'Seorang lelaki playboy' merupakan istilah yang sangat masyhur sejak sekian lama dikalangan lelaki dan wanita namun kini istilah 'wanita playgirl' dilihat cuba untuk menyaingi istilah 'lelaki playboy'. Berdasarkan konsep yang sama dengan istilah lelaki playboy, istilah 'playgirl' juga menunjukkan keperibadian yang sangat buruk terhadap seseorang wanita. Ramai dikalangan wanita kini yang menjadi playgirl atas bermacam-macam sebab dan tidak hairan jika ramai dikalangan wanita playgirl adalah daripada kalangan wanita yang memakai skirt pendek, jeans londeh dan ketat sehingga menampakkan pusat dan berbaju atau singlet ketat dan sendat menjadi seorang wanita 'playgirl'. Apa yang dibimbangi kini adalah wanita muslimah yang tahu dan belajar agama juga turut tergolong dikalangan 'wanita playgirl'.

Perlu difahami dengan sebaiknya, tujuannya bukan ingin menabur fitnah kepada para muslimah tetapi ingin memberi kesedaran agar para 'muslimah sejati' membuka mata melihat kepincangan akhlak yang berlaku dikalangan muslimah khususnya dan seluruh umat Islam amnya. Perlu diketahui bahawa wujud juga dikalangan muslimah yang boleh dikategorikan sebagai 'playgirl' kerana memiliki ramai teman lelaki. Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada 'muslimah sejati'. Jika dilihat pada sudut perwatakan secara zahir, merupakan pelajar agama yang menampakkan keperibadian baik, kesantunan, kesopanan, bertudung litup, berjubah dan hanya kadang-kadang berbaju kurung. Baju singkat dan seluar ketat jauh sekali dan memang tidak dipakai tetapi disebalik nilai ke'Islaman' yang ditonjolkan, tersirat suatu keperibadian yang menunjukkan akhlak yang sangat buruk dikalangan muslimah 'yang berlakon baik ini'. Di depan dengan keperibadian cukup baik sekali tetapi di belakang dia merupakan seorang muslimah yang 'playgirl'.

Ambo tidak menulis tanpa bukti dan jauh sekali hendak menabur fitnah kepada kaum muslimah. Hal ini berlaku kepada seorang teman yang telah menjadi mangsa kepada muslimah 'playgirl' ini. Bermodalkan rupa paras yang agak ayu, cantik dan menarik serta berjaya 'melakonkan' keperibadian yang cukup baik sehingga mampu membuatkan ramai lelaki tertarik kepadanya, muslimah ini berjaya mencairkan dan menawan hati ramai lelaki. Lebih kurang 3 atau 4 lelaki yang berjaya dikuasainya. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Keperibadian dan akhlak sebenar muslimah ini akhirnya 'terkantoi' apabila dua daripada lelaki yang menjadi temannya merupakan dua orang sahabat baik. Ambo dikhabarkan bahawa muslimah tersebut tidak pernah keluar 'berdating' dengan mana-mana lelaki yang menjadi temannya dan hanya berhubung melalui SMS dan telefon (kononnya bercinta cara Islam).

Mungkin istilah yang agak berat kerana Ambo gunakan kerana melabelkan muslimah tersebut sebagai seorang 'playgirl' tetapi Ambo rasa itu adalah suatu istilah yang paling sesuai kerana akhlak yang ditunjukkan langsung tidak mempamerkan akhlak dan keperibadian seorang muslimah sejati. Ambo tidak menghukum semua para muslimah, hanya kerana segelinitir kecil muslimah 'playgirl' ia menjadi fitnah yang cukup besar kepada muslimah sejati. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Buat para muslimah sejati, anda adalah aset Islam yang cukup penting dan usah terasa dengan entri ini kerana siapa yang makan lada, dia yang akan terasa pedas lada tersebut. Khas buat 'muslimah playgirl', sedarlah bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan usah terpedaya dengan kehendak nafsu,tipu daya dunia dan hasutan syaitan. Jangan kerana anda, maruah Islam yang tercemar. Pesanan buat kaum lelaki(termasuk Ambo), berhati-hati dalam memilih pasangan dan usah terpedaya dengan kecantikan rupa paras yang tidak kekal, pilihlah yang benar-benar memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan(bukan sekadar berlakon) nescaya kita tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat.

Comments
23 Comments

23 komentar:

  • maaf yer..
    nak tanya, betul nie?
    ke awak saja je buat cerita?
    berdosa buat fitnah tau!!!
    bertaubat la...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ambo

    ambo tidak memfitnah...
    kalau tak percaya silakan buat kajian yang lebih menyeluruh.
    apa yg ambo tulis tu benar2 berlaku..
    bukan stu dua kes malah banyak kes 'playgirl' ni melibatkan para muslimah kita..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • slm..
    nak ngomen jgak..
    betul,ada je muslimah jenis ni,nnmpk je bgus,tp pasang kabel merata..
    nak tnya la..
    klu muslimin yg de kawan berlainan jantina ramai,dikira playboy jgk ke?
    dia bkawan dgn sume sb dia mgkn famous asyan pimpinan ke pape ke..
    bg nak raikn sume,so dia bkawan je ngn sume muslmat..
    camne tuh..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • NURUL LAILATI MAHAT

    slm.setuju dgn artikel ni.mmg ada di klgn kwn ana sendiri yg cmni wlupun bilangannya tak ramai tp agak mncacatkan imej agamawan jgkla,lbh2 lg klu dia dr golongan hamalatil quran.mslhnya para lelaki mudah sgt tertawan dgn perempuan yg rupawan,tak selidik dulu latarbelakangnya.cmne pun,tak dpt disangkal lagi bhw ust yg playboy pun ramai,apatah lg klu dia ada tittle 'exco' atau seorang yg fofuler,maka dgn mudahnya dia memasang kabel merata-rata.belum kwin lg dah praktis poligami.ish3

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ambo

    Ambo to Anonymous
    Ambo rasa kalau lelaki mmg dah maklum ramai yg playboy. cumanya kalo yang ada jawatan tu berhubung setakat kerja persatuan sudah la, jgn lebih2. Biasa la org kalau dah famous mesti ramai yg minat

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ambo

    Ambo to Nurul Lailati
    Ya, jgn mudah tertawan dgn rupa yang cantik. cuma bukan semua yang ada title @ yang fofuler jenis suka pasang kabel merata. segelintir saja, ini yang memburukkan imej pelajar agama. Syukran sudi berkongsi..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • NURUL LAILATI MAHAT

    slm.mksud ana,buka cawangan.ala2 praktis poligami sblm kawin.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • To Ust Nurul Lailati
    Apa masalahnya ustazah kalau lelaki pasang ramai sebelum kahwin?
    sebabnya lelaki boleh kahwin lebih daripada satu...
    Seolah-olah macam ustazah dengan hak lelaki dalam Islam..(sori agak kasar sikit)
    yang jadi masalahnya kalau perempuan yang pasang lebih daripada satu..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • slm..klu berkawan dgn muslimat dlm 3-4 org atas dasar kawan juga dikira 'pasang kabel' jugak ke? klu jenis yg kawan lebih dr 10 muslimat tu kira 'pasang' apa lak? ~ confius dgn statement ustzh nurul lailati,blh cite bg jelas sikit tak,spya kaum adam ni tak slh fhm dgn ustzh lailati.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • slm..mcm faham maksud ukht lailati...mmg wujud mslh2 ni tp pa2 pun sama2 jaga iman mg x terjebak ya saudara seislamku.bgi ana if stakat brhubung coz perkara pnting itu rasanya x da mslh.cth nak mntk tlong or tnya hukum ka...tp if berhbng saja2 tu...ana x pasti,tp sebaiknya hindarknlh saudara seislamku...bercintalah lepas bina masjid..i2 yg tebaik

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Salam..ditekankan alfitnah assyaddu mina qottl.!! Mungkin apa yg dceritakn shbt nta tu hanya salah fhm.. Smungkin apabila nta memandang dr sdt positif muslimah ni mgkn hy berkwn tanpa ada myimpan perasaan mana2 kpd kdua org shbt baik tsebut ttp ceritanya dmanipulasi oleh shbt nta mfitnah pula kperibadian muslimah tu.mgkn dia sudah bertaubt n bkahwin n nta xsepatutnya mbuka buku lama muslimah tsebut. Wa Allahua'lam.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Diperingatkan.. Tiada istilah cinta kpd ajnabi sblum bkahwin dan cinta sejati ialah slp bkahwin n cinta y sblm kahwin itu hanyalah fitnah n dugaan smata. Cinta dgn pasangan mnurut islam hy slp bkahwin.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Anonymous said 3.56p.m
    'alfitnah asyaddu mina qott'-apa maknanya ni??
    dilarang sama sekali menulis ayat al quran dengan tulisan rumi..
    ingat tu..
    dah la eja pun salah..
    kalau nak tulis, tulislah maknanya sahaja dan ayat yg dirujuk

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Hmm..cerita terlalu dangkal. Isi pun amat tidak bernas. Pada saya, lelaki-lelaki itulah yang salah kerana mereka cuba mengurat dan muslimah ini melayan dgn baik. Tak tau lah apa isi SMS2 itu, tapi lelaki-lelaki itu merasakan muslimah itu 'kepunyaan' mereka. Kalau dah berkenan, masuklah meminang. Selagi belum bertunang, sesapa pun boleh merisik, tak gitu?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Dahnyer playgirl x muslimah la tu.. muslimah ape ke nyer...

    kaedah digunakan pun x gambarkan muslimah.. kesanggupan ada teman lelaki dengan sms ke apa pun dah tak muslimah dah... gunakan kaedah sebenar.. hantar wakil.. risik.. kahwin.. kalo nak tunggu, tunggu la.. xyah sms dan jiwang2.. kalo tak jadi tiada sapa rugi..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Salam..entri ini menunjukkan sikap tidak matang penulis.mempertahankn shbt atau diri sendiri? Ana cdgkn nta mengkaji n menyelidik terlebih dahulu. Dsertakn hujah2 y bernas n berisikn nasht bkn kritikn y memalukn. Ingatlah org y dzalimi doanya amat mustajab. Ingat tu!

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • apa yang dikatakan oleh penulis adalah benar dan ia sememangnya berlaku di alam realiti...
    di hujung penulisannya, penulis juga turut menyatakan nasihat untuk kesedaran kita bersama...
    persoalannya, siapa yang dizalimi sebenarnya?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Yang salah ialah lelaki yg perasan bercinta dgn muslimah.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • NURUL LAILATI MAHAT

    (Baca semula komen ini)

    "Apa masalahnya ustazah kalau lelaki pasang ramai sebelum kahwin?
    sebabnya lelaki boleh kahwin lebih daripada satu...
    Seolah-olah macam ustazah dengan hak lelaki dalam Islam..(sori agak kasar sikit)
    yang jadi masalahnya kalau perempuan yang pasang lebih daripada satu.."

    >>sekarang ana dah nampak siapa yg terkena ;)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • wahai cik nurul lailati
    sedarkah anda? itu hak lelaki..
    boleh je nak kawin lebih drpd satu??
    anda cuba menafikan hak ini?
    fikir-fikirkan...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • NURUL LAILATI MAHAT

    ish bila masa pulak ana menafikan hak?mesti nta ni playboy kan..sbb tulah seboleh-bolehnya nak jugak pasang banyak2 walaupun ketika belum berkahwin.well,polygamous itu memang sifat semulajadi lelaki kan..terpulang utk menilai kata2 ana.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    hmmm...terpulanglah kepada anda semua untuk menyatakan pandangan masing-masing.
    Jangan sampai menggadaikan ikatan ukhuwah sesama kita..-peace-

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda