Kalau Pasal Kahwin, Semangat!!

6.15.2010
Memang semua bersemangat. Artikel lepas "Mak! Saya Mahu Kahwin" mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Jangan kata yang belum kahwin, yang sudah kahwin juga sama sahaja. Persoalan saya, mengapa kita sangat tertarik dengan perbahasan sedemikian? Kata sebahagian responden, memang fitrah manusia begitu. Sisi pandangan yang lain pula mengatakan perkara yang selari dengan keinginan nafsu, siapa yang tidak suka? Pasti semuanya suka. Ada pula yang kata, pemikiran kita didoktrin begitu. Ada benarnya juga.

Saya berpandangan hal ini berpunca daripada doktrin-doktrin minda yang amat kotor telah menyerang  fikiran umat kita. Doktrin kotor yang mengajar bahawa kepuasan nafsu mesti diutamakan, materialisme, sekularisme dan pergaulan bebas yang disalurkan melalui lagu-lagu jiwang, drama-drama melayu yang 'tidak sah' jika tiada percintaan, para pelakon yang memdedahkan aurat dan pergaulan bebas. Semua ini meracuni pemikiran umat dan menjadi 'guru secara tidak formal' mengajar umat bahawa pendedahan aurat adalah fesyen terkini serta pergaulan bebas adalah budaya masyarakat maju. Tidak hairan jika kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah mengerti soal cinta kepada pasangan berlainan jantina, berpakaian ala-ala artis dan lagak serta gaya seperti seorang samseng.

Doktrin kotor ini juga menyebabkan kajian ilmiah, sejarah Islam, isu-isu umat Islam dan lain-lain tidak ramai yang ambil peduli. Jika ditanyakan kejayaan dan sumbangan orang barat dalam mencipta sejarah dan peradaban, pasti boleh mereka nyatakan satu persatu. Bermula daripada kejayaan the Wright’s Brother dalam penciptaan kapal terbang, Thomas Edison dalam mencipta lampu mentol, Alexander Graham Bell dalam mencipta telefon, dan kejayaan Albert Einstein mencipta formula E=mc2. Tidak semua tahu sejarah hidup Rasulullah SAW daripada lahir sehingga kewafatan baginda, tetapi mereka tahu sejarah penuh Adolf Hitler. Tak ramai juga yang tahu sejarah pembunuhan Saidina Umar, Uthman dan Ali, tetapi mereka tahu sejarah penuh pembunuhan John F Kennedy, Princess Diana dan juga skandal-skandal artis lain.

Mungkin kita sibuk, sibuk dengan aktiviti dunia yang tidak kunjung habis. Peminat bola sepak, sibuk dengan World Cup. Peminat gosip sibuk dengan isu artis-artis. Peminat shopping sibuk dengan produk-produk terkini. Peminat wanita, sibuk dengan aktiviti cuci mata. Ini juga doktrin kotor yang meracuni pemikiran kita. Siapa yang peduli masalah umat Islam? Siapa yang mendengar rintihan dari Gaza? Siapa yang bangkit menentang lesen 'judi halal'?

Bebaskan minda daripada diracuni doktrin kotor yang menjadi punca kepada perkara keji yang berleluasa. Kita seharusnya tahu kejayaan Islam dalam membina tamadun yang paling unggul, cukup harmonis dan sesuai dengan setiap jiwa manusia. Islam yang mempelopori sudut ilmiah, teknologi, ekonomi, pemerintahan, ketenteraan dan Islam menghapuskan pengabdian manusia sesama manusia kepada pengabdian yang Maha Esa. Islam adalah solusi keseluruhannya.

Bimbang, risau dan berfikir panjang. Jika kita punya zuriat pada masa akan datang, adakah punya tempat dan suasana yang menjamin mereka terselamat daripada doktrin-doktrin minda yang kotor ini kerana doktrin kotor ini berada di mana-mana.
Comments
5 Comments

5 komentar:

  • adikeica

    saya setuju pandangan mengenai doktrin dan sebagainya ini..

    Tapi bagi saya, ada satu benda yg tertinggal. Allah mencipta hati yang boleh merasa perasaan..dan antara perasaan itu ialah kasih sayang, cinta, takut dsb.

    Cinta mampu merubah manusia.

    Masalahnya ialah bila cinta dan sayang itu disalurkan pada tempat yang salah.

    Sebab itu bagi saya klu kita lakukan amal kebajikan kerana kta takutkan Allah itu bagus. Tetapi jika kita lakukan amal itu kerana kita cintakan Allah dan sayangkan Islam itu lebih lebih baik..

    Alangkah baiknya jika cinta manusia kepada Penciptanya mampu merubah yang cuka jadi gula =D

    Sekadar pandangan. Allahua'lam.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Terima kasih atas lontaran dan perkongsian pandangan. Moga dalam redha Allah sokmo..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Bukan tujuan mencari isu hangat/ publisiti, sekadar berkongsi pendapat. Biar ore lain la yang tulis pasal tajuk tu, blog ni tak sesuai kot. Lain la kalu blog Unit Bait Muslim...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda