Bahana Kos Kahwin Tinggi

5.20.2010
Serius. Iktibar buat semua.
Sangkaan pada awalnya cuma sekadar gurauan biasa daripadanya tetapi akhirnya jangkaaan meleset. Apa yang diperkatakan dan diakui sendiri oleh seorang lelaki mengenai perkara benar-benar terjadi dan menimpa dirinya sendiri. Mengaku berzina dan melanggan pelacur! Alasannya tidak mampu untuk berkahwin kerana untuk berkahwin memerlukan kos yang terlalu tinggi. Tanpa berfikir panjang mengenai dosa, halal dan haram, jalan singkat terus diambil dengan berzina dan melanggan pelacur akibat gagal membendung gelojak nafsu yang menggila tanpa kawalan. Mohon perlindungan daripada Allah daripada perbuatan keji ini.

Lelaki biasa, pekerja di sebuah kedai minuman, memiliki pendapatan harian yang sederhana. Cukup-cukup makan. Berkeinginan dan mahu berkahwin tetapi tidak berkemampuan menampung kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi. Memerlukan kos sebanyak 50000, sebuah kereta dan sebuah rumah yang lengkap dengan perabot dalaman. Dirinya tidak mampu menahan gelojak nafsu yang menggila akhirnya melepaskan keinginan pada jalan yang salah dan haram. Berzina dan melanggan pelacur. Katanya kos lebih murah dan mudah.
Gila! Cari nahas!

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu jalan yang keji dan perbuatan yang buruk" - al Isra' : 32

Nasihat kepadanya supaya meninggalkan perbuatan keji itu dengan serta merta dan segera bertaubat. Saranan juga supaya berpuasa sebagaimana Nabi SAW yang menyuruh sesiapa yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa agar dapat menjadi perisai dan mengendurkan nafsu syahwat.

Janganlah melampau dalam meletakkan mahar dan kos-kos lain dalam perkahwinan kerana akan menyusahkan dan membebankan. Ini adalah sebahagian kesan daripada proses perkahwinan yang menyusahkan dan membebankan, akhirnya menjerat ke kancah kemaksiatan. Ramai yang menyangka mahar yang tinggi melambangkan kemuliaan keluarga dan keagungan wanita seolah-olah nilai harga bagi seorang wanita. Dalam kata lain, seperti menjual anak. Mereka tidak memikirkan kesan negatif disebalik tindakan tersebut, kemudaratan akan menimpa kaum lelaki, wanita dan seluruh lapisan masyarakat.

Ini adalah faktor yang menghalang sesebuah perkahwinan dan mendorong melibatkan diri ke kancah kemaksiatan, berzina dan segala macam perkara keji. Kebaikan bertukar menjadi kemaksiatan dan ketenangan bertukar menjadi kesukaran. Sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling mudah"

"Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya"

p/s : permudahkan dan jangan menyusahkan.
Comments
9 Comments

9 komentar:

  • Unknown

    Nauzubillah....

    itulah mslhnya bila meletakkan mahar yg mahal...

    tp kekuatan iman juga dr pihak sana juga perlu mantap..huhu

    akk yg x pnh ltk mahar ni pn xkwin2 lg cne?hehehe..

    jodoh xsmpi lagi...^__^

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Bagi masyarakat Mesir, mahal juga kan? apa pendapat ustaz?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Ya, benar. Kos kahwin masyarakat Mesir mahal. Tak perlu nak mahal-mahal sebab akan menyusahkan dan timbul macam-macam masalah..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • sayangibu

    akak fatin ni xkawin lagi, xletak mahar yang mahal tapi mungkin akak kot yang "jual mahal". ke cane akak???:-)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • sayangibu

    ust zul kita dah nak kawin ke? cari yang murah2 insyaallah berkat perkahwinan ust... semoga cepat kahwin ust...:-)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Unknown

    sayang ibu:

    xde istilah jual mahal pn pd diri akk..^__^

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    sayang ibu :
    Sapa yg tak nak kawen..hehe. Doa-doa jela moga cepat segalanya, elak banyak maksiat.
    Cari yang faham, insya'allah berkat.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Pena Daie

    Zihnun Fatin:
    Insya'allah akan ada la tu. Mungkin belum sampai masa lagi. Doa la banyak-banyak mohon segerakan..huhu.
    Sayang Ibu tu kosong lagi kot..haha
    =)
    Nak tunggu sampai bila?

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Nur Fannun

    nak wt cm ne dunia akhir zaman, zina lagi mudah dr kahwin..kahwin susah, mahar mahal, hantaran lagi, psiapn khwin..tak kursus khwin xleh khwin, ic tak de, xleh akad..mcm2 peraturan wt, padahal xda pun dlm rukun nikah..
    sje je bikin susah..kesian mereka yg nk khwin ni..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda