Kami Baik Walaupun Tak Tutup Aurat

5.11.2010
Bicara maya dengan seorang kenalan.
"Kalau kamu tutup aurat dengan sempurna, itukan lebih baik."
Responnya.
"Betul. Tapi yang jenis tutup aurat penuh itu pun bukan semuanya baik. Busuk hati, ikut suka hati saja maki orang, hipokrit dan ada yang perangai lebih teruk daripada yang tak tutup aurat.  Yang keluar 'dating' pun ada. Lebih baik tak payah tutup aurat kalau perangai macam tu."
Tambahnya.
"Walaupun kita ni dressing jeans, baju ketat-ketat sikit dan tudung singkat tapi tak bermakna kitaorang ni tak baik, solat kitaorang tak pernah tinggal pun."

Benar, tidak dinafikan ada yang menutup aurat penuh tetapi masih melakukan maksiat, hati busuk, hipokrit malah ada yang punya perangai lebih teruk daripada yang tidak menutup aurat.

Adakah semua yang menutup aurat penuh berperangai begitu? Sangat kejam jika semua sekali dihukum semacam itu. Hanya segelintir.

Situasi sekarang ada tiga golongan, pertama ialah orang yang menutup aurat dan dia tidak melakukan maksiat. Golongan ini tiada sebarang masalah. Golongan kedua adalah orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat dan golongan yang ketiga adalah yang tidak menutup aurat tetapi berkelakuan baik. Golongan kedua dikira berdosa kerana melakukan maksiat dan golongan ketiga berdosa kerana tidak menutup aurat. Golongan keempat tidak termasuk dalam topik ini kerana tidak menutup aurat dan melakukan maksiat.

Di mana neracanya kita mengatakan orang yang tidak menutup aurat itu lebih mulia dan lebih baik daripada orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat? Baik, buruk dan ikhlas hati seseorang hanya terletak pada nilaian Allah SWT. Kita cuma menghukum apa yang zahir sahaja. Kita tidak boleh menghukum orang yang menutup aurat penuh itu sebagai busuk hati atau tidak ikhlas. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang tidak menutup aurat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Secara dasarnya, mereka secara terang-terangan melakukan dosa(mendedahkan aurat) tetapi hendaklah kita bersangka baik bahawa suatu hari nanti mereka akan dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna. Mungkin mereka akan menjadi lebih baik daripada kita dan lebih mulia di sisi Allah. Jangan sesekali mencemuh, nasihati dengan penuh berhikmah. Doakan moga-moga mereka dikurniakan hidayah Allah SWT.

Sepatutnya yang menutup aurat janganlah melakukan maksiat dan yang tidak melakukan maksiat tetapi tidak menutup aurat, sewajibnya menutup aurat. Hapuskan kenyataan "Lebih baik tak payah tutup aurat daripada tutup aurat tetapi melakukan maksiat". Sudahlah melakukan dosa tidak menutup aurat, mahu ditambah lagi dengan dosa yang lain-lain.

Saya paparkan di sini buat tatapan semua setelah diolah gaya bahasa dan ayat-ayatnya. Moga ada hikmah dan pengajaran daripadanya. Dengan siapa bicara saya, biarlah ia menjadi rahsia.


Comments
5 Comments

5 komentar:

  • salam...
    ust..sye xbrape phm la ngan ayt nie..
    "Di mana neracanya kita mengatakan yang tidak menutup aurat tetapi melakukan maksiat itu lebih mulia dan lebih baik daripada yang tidak menutup aurat?"...=)

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Mohon maaf, ada sedikit kesilapan. Yang sebenarnya begini
    "Di mana neracanya kita mengatakan orang yang tidak menutup aurat itu lebih mulia dan lebih baik daripada orang yang menutup aurat tetapi melakukan maksiat?
    Telah diperbetulkan.
    Terima kasih kerana sudi menegur.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • menutup aurat+berkelakuan baik = muslimah sejati
    menutup aurat bukan hanya pada zahir sahaja tetapi menutup segalanya termasuk kelakuan.kalau seseorang tu menutup aurat dengan sempurna serta menunjukkan teladan yang baik,Insyallah dia akan menjadi teladan yang baik kepada org yg di sekelilingnya..
    ~tajidkan niat kenapa kita menutup aurat?insyallah kedua-duanya akan berjalan dengan seiringan~

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Hideossle

    setuju. pengkategorian tak patut dibuat secara melulu, kerana melibatkan "pukul rata" yang tak adil. tutup aurat dan menjauhi maksiat adalah dua tuntutan yang sama diperlukan. tiada sesiapa layak panggil sesiapa "hipokrit", kerana keikhlasan itu hanya Allah yang tahu, hanya Allah yang layak menilai. tugas manusia hanya memperbaiki diri dan umat dengan hikmah.

    tutup aurat tapi buat maksiat? satu hal lagi, lihat secara statistik. berapa ramai tutup aurat yg buat maksiat, dibandingkan tidak tutup aurat yg buat maksiat?

    pernah sekali semut masuk dalam bekas tupperware yg saya dah tutup rapat. tapi kenapa semut boleh masuk? dgn berfikiran negatif, "baik aku takyah tutup mcm ni". tp dgn berfikiran secara kritis, "kalau tutup pun semut boleh masuk, kalau tak tutup, lagi cepat, lagi banyak la semut boleh masuk, kuih jadi lagi teruk rosak". jadi macam mana nak pastikan semut jangan masuk? teruskan amalan menutup tupperware dengan rapat seperti biasa, cuma sekarang, ambil langkah perlindungan seterusnya, seperti letak tupperware kat tempat yg lebih selamat, dsbgny.

    menutup aurat bukan amalan sunat. ia adalah wajib. sebuah kewajipan. ia mungkin tidak mampu melindungi secara keseluruhan, tapi sememangnya ia adalah salah satu dari cabang terbesar dalam melindungi diri dari maksiat dan bahaya.sudah tentu pasti ada sebab Allah mewajibkannya.

    izin saya copy artikel encik ni ke belog saye...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda