Keputusan Yang Mengecewakan

5.06.2010
Keputusan daripada pihak JPMK berhubung kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Shoubra dan Mansurah. Klik link di bawah untuk membaca kenyataan tersebut :

1. JPMK.info
2. Atase Pendidikan MSD Cairo

Beberapa fakta punca masalah dan tindakan di atas amat saya ragui kebenarannya seperti :

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK.

Sila nyatakan dengan jelas dan buktikan prosedur apakah yang tidak diikuti oleh wakil pelajar.

Ekoran daripada sebab-sebab di atas, semua fail pelajar diserahkan kepada Idaratul Wafidin (Pejabat Pelajar Luar Negara) selepas 26 Disember 2009.

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK.


Saya amat meragui kenyataan ini. Terlalu banyak persoalan yang timbul.

Saya amat berharap supaya diadakan dialog khas (soal jawab) antara JPMK dan mahasiswa/wi berhubung isu ini. Tidak memadai dengan kenyataan bertulis ini sahaja. Mohon supaya semua sahabat tahun satu Qiraat bersabar dan menerima keputusan ini dengan tenang. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Mahu JPMK adakan dialog dengan mahasiswa!!
Comments
1 Comments

1 komentar:

  • nuraini juwita

    Salam. saya lagi.saya akan terus menegur selagi ada ruang.

    boleh sahaja cadangan untuk membuat sesi dialog.TAPI.muhasabah dahulu,kita berjidal kerana hendak menang atau nak pertahankan kebenaran?
    pastinya,saya rasa,pengurusan pelajar juga ada silapnya..begitu juga dengan pengurusan jpmk.

    Jadi,berlapang dada la. Jaga hubungan baik sesama Islam. sebagai ahli pmram tu,tunjuk contoh yg baik dari segi bermu'amalah.ok.

    meminjam kata2 anda..
    Mohon supaya semua sahabat tahun satu Qiraat bersabar dan menerima keputusan ini dengan tenang. Pasti ada hikmah disebaliknya.

    Saya pasti,ada hikmahnya.Yakinlah,DIA ada bersama orang2 yg benar.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda