Kes Buang Bayi Di Mesir

3.31.2010

Apa dosa seorang bayi ini? Sungguh kejam dan tidak berhati perut mereka yang berbuat demikian. Sudahlah menanggung dosa besar berzina kini ditambah pula dengan membuang dan membunuh anak hasil hubungan haram berkenaan tanpa rasa bersalah, lebih teruk daripada binatang. Kes buang bayi begitu sinomin dengan hubungan luar nikah yang dilakukan oleh pasangan muda mudi yang terlanjur dalam perhubungan mereka kerana mahu menutup malu yang menimpa mereka setelah melakukan penzinaan.

Melihat kepada keadaan sosial yang semakin meruncing serta keruntuhan akhlak kian menggila yang sedang melanda pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, adalah tidak mustahil kita boleh menjangkakan satu kesimpulan awal bahawa suatu hari nanti akan muncul kes buang bayi yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia di sini jika keadaan berterusan begini. Tidak perlu diceritakan bagaimana tahap keruntuhan akhlak yang sedang berlaku kini.

Maksiat demi maksiat terus menggila dan semakin tidak terkawal ini tidak boleh dianggap remeh dan dipandang ringan. Mungkin bermula dengan berdua-duaan di sebuah bilik, seterusnya perut si perempuan terus membunting dan membesar. Maka akan lahirlah anak yang tidak berdosa lalu dibuang di dalam tong sampah, di kaki lima dan di lubang tandas demi menutup aib diri. Jika sebelum kedatangan Islam, masyarakat pada waktu itu sanggup menanam anak hidup-hidup, jadi apa bezanya dengan masyarakat kini yang membunuh dan membuang anak yang dilahirkan sendiri?

Semua pihak mesti bertanggungjawab demi membendung gejala maksiat yang semakin mendapat sambutan dikalangan pelajar-pelajar di sini sebelum segalanya terlambat. Jangan nanti apabila sudah terjadi kes buang bayi baru ada pihak yang mahu membuka mata dan bertindak. Cegah sebelum terlambat.
"Mencegah itu lebih baik daripada mengubati"
Comments
13 Comments

13 komentar:

  • "..keadaan sosial yang semakin meruncing serta keruntuhan akhlak kian menggila yang sedang melanda pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.."

    biar betul dh mcm tu kat mesir~ .. sy rase malu [-_-]

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Perlu anda kalian tahu, di Mesir sekarang bukan ada pelajar agama sahaja. Macam-macam manusia ada kat sini. Sesiapa sahaja bebas datang tanpa sebarang sekatan terutama pelajar-pelajar perubatan. Mungkin kebanjiran pelajar yang datang ini adalah punca masalah ini terjadi. Saya rasa kes-kes tu melibatkan pelajar perubatan terutamanya yang datang dengan ejen-ejen.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • QalamNurani

    Assalammualaikum..
    Macam xcaya je kes3 mcm tu terjadi kat sini..
    dahla bumi barakah..
    tetapi kalau dianiayai,boleh jugak terima akal pikiran..
    moga3 akhwat2 di sini terpelihara oleh Allah..
    dari mata jatuh ke atie..
    elakkan..gunalah saluran yang halal untuk melawan nafsu2 kita^_^
    Jauhi maksiat = jauhi zina

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • musafir

    Salam..
    Hm..
    setuju jugak, lagipun skrg byk student medik yg pelbagai background pendidikan dtg ke middle-east (x kisah la egypt ke, jordan ke..) ramai bdk2 dr SBP n sek sains yg datang..

    Tapi i2 pn x mustahil kalau berlaku dlm kalangan bdk2 yg ambik jurusan pengajian Islam.. ye tak?

    Even kt IPTA pn dh mcm2 perkara berlaku yg melibatkan student pengajian Islam...

    Kdg2 malu bila tengok bdk2 kos biasa lebih BAIK dari bdk2 yg belajar agama ttp dlm masa yg sama buat perkara2 yg sepatutnya Pelajar Agama jaga...

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • ZihNuN FaTiN

    Nauzubillah..sedih..xtau nak kata apa lagi...:((

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Ayuh sama-sama tingkatkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Jangan salah paham apa yang Abe Jue nak sampaikan, maksudnya sekarang ni masih tak ada lagi kes buang bayi. Dia cuma nak kata jangan sampai ada kes macam tu baru ada yang nak bertindak. Setakat ini tak ada lagi la kes macam tu. Abe Jue pon jangan la tulis umum sangat, nanti ada orang salah paham. Okey Abe Jue kita tingkatkan amar ma'ruf nahi mungkar.

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • kEyNAh

    salam..

    mungkin ada yang menuding jari pada pelajar PERUBATAN.
    ya, mungkin kerana latar belakang mereka bukan dari sekolah agama.
    saya bukan nak menafikan namun, anda perlu sedar bahawa jangan kerana latar belakang ini anda memandang rendah pada mereka..

    jangan terus menyalahkan mana2 pihak. anda yang sedar kekurangan ini bantu untuk atasinya. rapatkan diri dengan mereka dan berdakwah dengan cara berhikmah.

    jangan terus mengkritik tanpa melakukan apa2..

    ini hanya pandangan peribadi~

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    saya tidak menuding kepada mana-mana pihak. kenyataan saya adalah umum. harap maaf jika ada yang terasa. saya hanya memberikan inzar agar perkara yang tidak diingini itu tidak berlaku. apa yang penting, tugas kita sebagai da'ie perlu tingkatkan usaha dan gerak kerja untuk terus menjalankan misi dakwah

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • kEyNAh

    saya tak maksudkan ust..
    mungkin ada yang terlupa pandang..
    just mengingatkan diri sendiri~

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • QalamNurani

    setuju dgan keynah..
    kita la yg kena bantu mereka..
    terutamanya ustaz2..dekati mereka serta tanamkan ilmu keagaam dlam diri mereka..
    xsemestinya kalu buruk tu,akan buruk sokmo kan?
    ana sgat3 xsetuju bila anon 1st kat ats tu berbicara mngenai student perubatan yg datang dari ejen..
    mnusia sama je..kadang3 yg berilmu pn mmbuat perkara sebegitu..
    jgan nak tunding jari kepada org..
    lihat diri sendiri di samping huur tgan untk mmbawa sahabat3 kita yg lain ke silaturmustaqim..^_^

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Zul Ikhwan Zahari

    Terima kasih atas pandangan anda semua. Islah nafsak wad'u ghairak

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda