Semua Pelajar Tahun 1 Wajib Hadir

5.02.2010

Kepada semua pelajar tahun satu Qiraat, Shoubra. Pastikan anda menghadiri Solat Hajat ini. Saya cukup kecewa dengan kehadiran kalian semasa Solat Hifzi tempoh hari. Diharapkan jangan ulangi perkara yang sama.  Kalau tidak malu pada kawan-kawan tahun satu, terbitkan sedikit rasa malu kepada mahasiswa tahun 2 dan 3 yang hadir memberi sokongan dan prihatin pada masalah yang menimpa pada kalian. Adakah kalian kini masih tidak sedar dengan situasi yang berlaku pada kalian sekarang? Nama pun masih entah ke mana, peperiksaan lebih-lebih lagi tidak tahu bila.

Ayuh kita sama-sama mohon pada Allah SWT, semoga kita semua dapat melangkahkan kaki  ke dewan peperiksaan dengan tenang pada 8 Mei nanti. Allah pasti mendengar segala rintihan hambaNya.

Ayuh sama-sama ke Markaz, pastikan semua pelajar tahun satu hadir.

* dah lama tak menyentuh tool's dalam adobe photoshop, siap juga satu iklan. Inilah hasilnya.
Comments
1 Comments

1 komentar:

  • salam..ana memahami perasaan saudara..apa yg ana tau, ada di kalangan thn 1 yg hadir, tp disebabkan penuh, mereka trus blk..lg pun publisiti mengenai perbincangan mengenai imtihan slps solat tu x meluas..harap dapat memahami..

    [Klik Untuk Balas Komen Ini]
  • Post a Comment

    Apa komen anda